omniture

The European Art of Taste, Projek oleh CSO Italy Khusus untuk Pasaran Asia, Mulakan Semula untuk Sokong Sektor Buah-buahan dan Sayur-sayuran Itali

THE EUROPEAN ART OF TASTE
2020-05-06 19:17 1108

Projek ini, dibiayai sebanyak 3.7 juta euro oleh Kesatuan Eropah dan CSO Italy serta dikhususkan untuk China, Jepun dan Taiwan, telah mencapai keputusan penting dalam tahun pertama aktivitinya

BOLOGNA, Itali, 6 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Walaupun berlakunya keadaan semasa yang dirumitkan oleh kesan Covid-19, The European Art of Taste: Italian Fruit & Veg Masterpieces meneruskan aktiviti-aktivitinya bagi mempromosikan buah-buahan dan sayur-sayuran Itali, segar dan diproses, di China, Jepun dan Taiwan. Projek berkenaan, yang dibiayai oleh Kesatuan Eropah dan CSO Italy, disokong oleh syarikat-syarikat yang paling penting di Itali seperti Origine Group, Oranfrizer, RK Growers, Mazzoni Group, Kingfruit, Joinfruit, Jingold dan Conserve Italia.

Dalam tahun pertamanya, projek ini memberi tumpuan pada promosi dan penyebaran nilai serta kualiti buah kiwi, oren merah serta buah-buahan dan sayur-sayuran terproses Itali, mencapai lebih 600 juta kontrak yang dimeterai untuk tahun 2019.

Angka-angka ini adalah hasil daripada usaha komunikasi yang penting, yang melibatkan wartawan, KOL (Pemimpin Pendapat Utama), pengguna dan golongan profesional buah-buahan dan sayur-sayuran. Hasil usaha pejabat akhbar dan keberkesanan senarai mel, dengan lebih 4000 kenalan akhbar, telah membenarkan penerbitan 800 artikel di China dengan 500 juta anggaran kenalan (seperti yang dikesan oleh Cision/Alexa), 20 di Jepun dan 14 di Taiwan. Pengguna dan pempengaruh telah terlibat melalui media sosial (Weibo dan Wechat) bagi mendekati lebih daripada satu juta pengguna. Keputusan yang baik ini juga dicapai oleh laman sesawang rasmi (www.europeanartoftaste.com dan europeanartoftaste.cn).

Wartawan dan golongan profesional juga dijemput ke Itali untuk menyertai satu siri lawatan akhbar pada bulan September, November dan Januari, semasa kempen memetik buah tomato, buah kiwi dan oren merah untuk merasai pengalaman langsung penanaman dan penghasilan buah-buahan serta sayur-sayuran Itali.

Projek ini melibatkan pembeli dengan penyertaan dalam 4 pameran perdagangan yang mana mereka telah mengadakan mesyuarat B2B selain daripada lebih 2300 aktiviti dalam kedai dengan 750,000 anggaran kenalan.

Walau bagaimanapun, keadaan darurat Covid-19 telah mengurangkan bilangan acara semasa bulan Disember dan Januari, iaitu tempoh memetik buah kiwi dan oren merah, namun begitu keputusan yang menggalakkan daripada tahun pertama telah mewujudkan asas bagi menjalin kerjasama yang produktif pada masa akan datang.

Untuk maklumat dan butiran lanjut: www.europeanartoftaste.com; www.europeanartoftaste.ch

Pejabat akhbar: RP Circuiti Multimedia – press@rpcircuiti.it – info@rpcircuiti.it

Source: THE EUROPEAN ART OF TASTE
Keywords: Agriculture Amusement Parks and Tourist Attractions Food/Beverages Travel New products/services