omniture

Samtrade FX Terus Perkukuh Kedudukannya di Asia dengan Lantik Pengurus Besar SIAS, Richard Chris Dyason, sebagai Ahli Baharu Lembaga Penasihatnya & Duta Jenama

Samtrade FX
2020-05-13 00:42 270

SINGAPURA, 13 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Bagi menyokong pertumbuhan organisasi, Samtrade FX meningkatkan tadbir urusan dan pengawasannya bagi memastikan agar organisasi ini terus mematuhi amalan terbaik risiko dan tadbir urus. Dalam tempoh jangka panjang, hal ini akan memastikan Samtrade FX terus memberi perkhidmatan dan jaminan yang dituntut oleh pelanggan mereka.

Bagi melanjutkan objektif ini, Samtrade FX membuat penambahan ke dalam lembaga penasihatnya dan dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Richard Chris Dyason sebagai Duta Jenama dan Penasihat Samtrade FX. Dyason mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun dengan 20 tahun pengalaman dalam sektor perkhidmatan kewangan dan kini merupakan Pengurus Besar SIAS.

Sejak tahun 2017 (tahun penubuhan) Samtrade FX memperluaskan secara berperingkat-peringkat operasi dan pasarannya. Hari ini, Samtrade FX mempunyai pejabat-pejabat di Singapura, Hong Kong dan Shanghai bagi menyediakan perkhidmatan diperibadikan yang menyeluruh buat pelanggan dan rakan kongsi, menyediakan perkhidmatan FX dan CFD di 8 negara di rantau Asia Pasifik.

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Samtrade FX telah mencapai pertumbuhan yang luar biasa, dengan lebih 50,000 pelanggan berdagang merentas 8 negara, kami bermatlamat untuk membina kepercayaan dan keyakinan melalui setiap perdagangan," kata Sam Goh, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Samtrade FX.

Sebagai duta jenama, Dyason juga akan berusaha untuk mengukuhkan dan meningkatkan hubungan dua hala perniagaan antara pemegang kepentingan dan Samtrade FX, selain daripada menasihati berhubung persekitaran dan peraturan pelesenan Teknologi Kewangan (Fintech) Singapura, memberi khidmat nasihat mengenai pemerolehan lesen.

Kapasiti Dyason sebagai ahli BOA Samtrade FX, beliau juga akan memberi nasihat untuk persekitaran dan peraturan pembrokeran derivatif Singapura.

Samtrade FX yang memenangi anugerah ini mempunyai jaringan kehadiran serantau di Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam dan China, bagi menyediakan perkhidmatan diperibadikan yang menyeluruh kepada pelanggan dan rakan kongsinya.

Selain daripada penghargaan sedia ada mereka—berserta banyak pencapaian hebat yang lain dalam industri ini selama bertahun-tahun -- baru-baru ini Samtrade FX memenangi anugerah "Platform Perdagangan Terbaik, Asia", "Broker Pengenalan Forex Terbaik, Asia" dan "Broker ECN/STP FOREX Terbaik" di The London Trader Show 2020, dengan undi keyakinan dan pengiktirafan daripada panel pakar yang utama dalam industri serta pedagang runcit di seluruh dunia.

Syarikat ini didaftarkan di Republik Saint Vincent dan Grenadines, dan merupakan ahli yang dibanggakan dalam The Financial Commission, yang merupakan sebuah organisasi antarabangsa yang terlibat dalam penyelesaian pertikaian dalam industri perkhidmatan kewangan bagi pasaran Forex.

Dengan penambahan Richard Dyason ke dalam pasukannya, syarikat broker tukaran mata wang asing (forex) ini mengambil langkah yang penting dalam usahanya untuk memperluas kehadirannya secara global sekali gus menyediakan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa.

Latar Belakang Richard Dyason

Richard memperoleh BA dalam Ekonomi beliau daripada Massey University pada tahun 1990 dan jurulatih pakar ini dahulunya pernah bertugas sebagai Naib Presiden SGX dan beliau dikenali sebagai pakar FX yang terkemuka di Singapura. Beliau juga merupakan Pengurus Besar Securities Investors Association Singapore (SIAS) dengan pengalaman selama lebih 20 tahun dalam menyandang pelbagai jawatan pengurusan dalam perkhidmatan kewangan dan pengalaman pengurusan dan perundingan lebih 30 tahun. Beliau telah menjadi jurulatih untuk beberapa organisasi dan beliau berminat dengan latihan pelaburan dan mendidik pelabur.

Untuk maklumat lanjut mengenai Samtrade FX, sila kunjungi laman sesawang di:

www.samtradefx.com 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Richard Dyason, sila kunjungi:

www.linkedin.com/in/richard-christopher-dyason-3180481 

 

 

Source: Samtrade FX
Keywords: Banking/Financial Service Corporate Expansion Personnel announcements