omniture

Bigo Live Umum Kempen Pengumpulan Dana 'Global BIGOer One World Together' Sokong WHO Dalam Perjuangan Perangi COVID-19

Bigo Live
2020-05-13 21:50 217
  • Kempen pengumpulan dana "Global BIGOer One World Together" menghimpunkan komuniti BIGO global untuk mengumpul derma buat COVID-19 Solidarity Response Fund Pertubuhan Kesihatan Sedunia
  • Sorotan utama kempen termasuk pelancaran video muzik yang menampilkan 100 penyiar dari lebih 20 negara, mempamerkan perpaduan.
  • Penonton diundang untuk menikmati kelab secara langsung muzik 24-jam yang menampilkan penyiar dari seluruh dunia pada 14 Mei 2020 dan menyumbang kepada Solidarity Response Fund di aplikasi Bigo Live.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Bigo Live, platform peyiaran langsung global yang terkemuka, hari ini mengumumkan kempen pengumpulan dana 'Global BIGOer One World Together' bagi menyokong petugas kesihatan dan komuniti yang mudah terdedah yang terkesan oleh COVID-19. Kempen 'Global BIGOer One World Together' menghimpunkan barisan penyanyi dan pemuzik yang berbakat dari seluruh dunia yang akan bersiaran di aplikasi Bigo Live, dengan hasil kutipan akan disumbangkan kepada Solidarity Response Fund Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Join BIGO LIVE broadcasters as they belt their way into your hearts and raise funds for WHO Solidarity Response Fund
Join BIGO LIVE broadcasters as they belt their way into your hearts and raise funds for WHO Solidarity Response Fund

Mike Ong, Naib Presiden BIGO Technology berkata, "Pengumpul dana 'Global BIGOer One World Together' bermatlamat untuk mengumpulkan dan menyatukan komuniti menjadi satu melalui kuasa muzik. Sebagai platform global yang menghubungkan dan membawakan orang ramai bersama-sama, kempen ini disasarkan untuk memupuk perpaduan pada skala global untuk tujuan yang amat penting. Dengan kerjasama penyiar Bigo Live, kami berharap agar dapat menghimpunkan komuniti bagi memberi sokongan kami kepada golongan profesional penjagaan kesihatan barisan hadapan dan komuniti yang paling memerlukan semasa pandemik COVID-19 ini."

Sebuah video muzik yang menunjukkan perpaduan telahpun dihasilkan oleh lebih 100 penyiar dari lebih 20 negara yang mempersembahkan lagu popular Michael Jackson yang dinyanyikan semula "We Are The World". Ia akan dilancarkan pada 12 Mei 2020 di kesemua saluran media sosial Bigo Live.

Acara utama ialah kelab secara langsung (livehouse) muzik selama 24-jam di Bigo Live yang akan berlangsung pada 14 Mei 2020 bermula jam 12:00 pagi GMT +8. Kelab secara langsung muzik - 'bilik' tunggal di Bigo Live yang akan menganjurkan persembahan ini - akan mempersembahkan penyiar dari seluruh dunia yang menstrim terus dari rumah atau studio mereka. Penonton akan berpeluang untuk berhubung dan berbual dengan penyiar serta komuniti menggunakan pelbagai ciri pada aplikasi ini. Penonton digalakkan untuk menderma dengan ikhlas terhadap usaha pengumpulan dana ini melalui Bigo Live.

Sejak bermulanya wabak tersebut, Bigo Live telah melancarkan beberapa kandungan dipilih khas oleh penyiar di seluruh dunia bagi memberi ketenangan hati dan kegembiraan sewaktu berada keadaan yang mencabar ini. Ini termasuk kempen #STAYATBIGO yang mengadakan sesi perkongsian bersama golongan profesional penjagaan kesihatan, persembahan oleh DJ muzik tempatan dan senaman oleh peminat kecergasan bagi membantu komuniti tempatan kekal cergas dan sihat di rumah. Mereka juga menjadi yang pertama membawakan kelab awan sebagai bentuk hiburan kepada komuniti di Asia Tenggara, Australia dan New Zealand.

"Perjuangan menentang COVID-19 ialah satu perjuangan yang panjang dan sukar. Sebagaimana kempen-kempen sebelum ini yang diadakan sejak beberapa bulan yang lalu, kami berharap agar kempen Global BIGOer One World Together akan membantu menyatukan orang ramai dan menunjukkan perpaduan kita kepada golongan profesional barisan hadapan, di samping berpeluang untuk menyebarkan sedikit kegirangan dan keceriaan," tambah Mike.

Penonton boleh mengharapkan untuk melihat penyiar popular seperti "RCT_RAM" dari Indonesia, "6L Milk" dari Vietnam dan "Black Jack" dari Thailand mengadakan persembahan dalam aplikasi antara jam 12.45 malam hingga 7.30 malam GMT +8.

Untuk menyertai strim langsung 'Global BIGOer One World Together', cari ID Bigo: "music" dalam aplikasi.

Pengguna web juga boleh menyertai kelab secara langsung muzik melalui pautan di sini: https://bigolive.onelink.me/sG8X/Livehouse

Latar Belakang Bigo Live 

Bigo Live ialah salah satu komuniti sosial penyiar langsung yang paling pantas berkembang di dunia yang membolehkan pengguna bersiaran pada masa sebenar untuk berkongsi detik-detik kehidupan, menunjukkan bakat mereka dan berinteraksi dengan orang ramai dari serata dunia. Bigo Live mempunyai sekitar 400 juta pengguna di lebih 150 negara dan kini merupakan peneraju pasaran dalam industri penyiaranan langsung. Dilancarkan pada Mac 2016, Bigo Live dimiliki oleh BIGO Technology yang berpangkalan di Singapura.

Muat turun aplikasi Bigo Live di sini: https://bigolive.onelink.me/sG8X/bigoliveapp

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200511/2800166-1?lang=0

Source: Bigo Live
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Music Licensing/marketing agreements New products/services Not for profit