omniture

XCMG Lonjak ke Kedudukan Empat Teratas Global dalam Yellow Table 2020 KHL Terus Terajui Firma-firma OEM Cina

XCMG
2020-05-21 03:08 188

XUZHOU, China, 21 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Dengan pendapatan sebanyak USD 11.162 bilion, XCMG (SHE: 000425) telah mendaki ke tempat ke-4 dalam senarai kedudukan 50 pengeluar peralatan pembinaan terbaik dunia, menurut Yellow Table 2020 yang dikeluarkan oleh penerbit British KHL Group. Sekali lagi XCMG menerajui pertumbuhan antara syarikat-syarikat pengeluar Cina yang tersenarai.

XCMG Lonjak ke Kedudukan Empat Teratas Global dalam Yellow Table 2020 KHL Terus Terajui Firma-firma OEM Cina
XCMG Lonjak ke Kedudukan Empat Teratas Global dalam Yellow Table 2020 KHL Terus Terajui Firma-firma OEM Cina

50 syarikat terbaik yang disenaraikan dalam Yellow Table 2020 mewakili jumlah pendapatan sebanyak lebih US$200 bilion pada tahun 2019, meningkat 10 peratus berbanding tahun 2018. Data terkini yang didedahkan oleh KHL Group menunjukkan bahawa walaupun terdapat turun naik yang tinggi dalam pasaran jentera pembinaan global, jenama-jenama dari China menjadi sumber pertumbuhan yang semakin penting. Syarikat-syarikat berpangkalan di China dalam senarai 2020 mencapai hampir USD 36 bilion, yang bersamaan dengan 17.7% jumlah pendapatan daripada 50 jenama.

Pada tahun 2019, Inisiatif 'Jalur dan Jalan' mendorong eksport jentera dan peralatan pembinaan China, pemulihan ekonomi global turut mendorong permintaan yang semakin meningkat dalam pasaran jentera pembinaan, manakala faktor-faktor seperti pertumbuhan pelaburan infrastruktur domestik yang tinggi, lonjakan permintaan untuk peralatan penggantian dan pemulihan industri perlombongan, semuanya menyumbang kepada pembangunan yang pesat namun stabil dalam industri jentera pembinaan China.

"XCMG sentiasa menekankan untuk mencapai puncak Everest sebagai aspirasi utama syarikat, yang ditunjukkan dengan mencapai kejayaan cemerlang teknologi secara berterusan, pengembangan global yang disokong oleh kualiti, pemasaran dan perkhidmatan produk yang unggul. Beginilah caranya kami mengukur dan mencapai kejayaan kami setakat ini," kata Wang Min, Pengerusi XCMG.

XCMG kini mempunyai hampir 1,000 teknologi teras, 32 peratus daripadanya merupakan teknologi perintis. Kejayaannya dalam sektor peralatan super-tan merupakan salah satu kuncinya untuk berdiri teguh dalam pasaran antarabangsa, seperti kren rangkak 4,000 tan XGC88000, kren No.1 di dunia yang telah mencatat pelbagai rekod dunia.

Jenama-jenama jentera pembinaan Cina hanya menyumbang sebanyak 2 hingga 5 peratus daripada jualan luar negara 10 tahun yang lalu, tatkala China mengalami transformasi ke arah pembuatan berorientasi kualiti, bilangan tersebut kini meningkat kepada 30 peratus.

"Strategi XCMG di tengah-tengah transformasi perindustrian ini merupakan tumpuan pada kualiti tinggi, kecekapan tinggi, nilai tinggi dan mampan. Kami ingin mewujudkan laluan baharu yang menyumbang kepada pembangunan berkualiti tinggi terhadap industri pembuatan dan juga ekonomi," kata Wang Min.

Generasi baharu produk-produk "Canggih dan Tahan Lama" daripada XCMG telah memberi prestasi yang cemerlang dalam projek-projek pembinaan global seperti pembinaan stadium FIFA World Cup Qatar 2022™, Landasan Kereta Api Mombasa Nairobi 480-kilometer dan projek penapisan Dangote yang terbesar di Afrika. Di peringkat dunia, kini XCMG mempunyai empat pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) luar negara, 15 tapak pembuatan, kilang atau usaha sama KD, 70 subsidiari dan pejabat serta lebih 300 wakil penjual. Ia merupakan pengeksport peralatan pembinaan No.1 China dan telah memegang gelaran ini selama 31 tahun berturut-turut.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200519/2807987-1?lang=0 

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Construction/Building Oil/Energy Transportation Utilities Survey, Polls & Research