omniture

Huawei Umum Siri OceanStor Pacific Generasi Seterusnya, Tetapkan Penanda Aras Baharu untuk Storan Data Besar-besaran

Shenzhen Huawei Technology Co., Ltd.
2020-05-30 05:21 1603

SHENZHEN, China, 30 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Huawei mengumumkan pelancaran seluruh dunia bagi sistem storan besar-besaran generasi seterusnya -- Siri OceanStor Pacific. Siri ini membawa perkhidmatan yang cekap, berkesan kos dan andal untuk AI, HPC, video dan senario data besar-besaran yang lain dengan menerobos sempadan seni bina, perkhidmatan dan prestasi serta memanfaatkan saling kerja berbilang protokol tanpa kompromi, algoritma EC elastik generasi seterusnya dan siri perkakasan khusus. Siri ini melambangkan piawaian baharu untuk storan data besar-besaran berorientasi masa depan, bagi membantu perusahaan untuk menyerlahkan kuasa data sepenuhnya dalam era pintar.

Revolusi perindustrian keempat telah menjadikan pengeluaran digital sebagai mata wang untuk model perniagaan moden. Pengeluaran digital menukarkan data menjadi peluang, kemudian peluang ini ditukarkan menjadi perkhidmatan dan akhirnya kepada keuntungan. Menerusi faktor pengeluaran baharu ini, perusahaan perlu mencari jalan mengumpul dan menyimpan jenis-jenis data yang berbeza secara berkesan kos seperti data berstruktur daripada perkhidmatan teras dan data tak berstruktur besar-besaran daripada 5G, IoT serta UHD. Perusahaan menggunakan teknologi AI untuk menganalisis dan memproses jumlah data yang besar untuk menukarkan data menjadi pengetahuan dan perkhidmatan, lalu meningkatkan kecekapan pengeluaran.

Peter Zhou, Presiden Storan Data dan Barisan Produk Visi Pintar Huawei berkata, "Data besar-besaran akan memainkan peranan yang semakin penting dalam transformasi digital perusahaan. Hari ini, hanya 2% daripada data global disimpan dan hanya 10% data dilombong untuk memperoleh nilai selanjutnya. Perusahaan menghadapi kapasiti yang tidak mencukupi, silo data dan pengurusan yang rumit apabila mengendalikan data besar-besaran. Siri OceanStor Pacific kami direka untuk menyelesaikan masalah-masalah utama ini, menetapkan penanda aras baharu untuk storan data besar-besaran yang cekap, menjimatkan dan berkekalan serta membantu kami untuk menjadi pilihan yang dipercayai untuk data besar-besaran."

Peter Zhou, Presiden Storan Data dan Barisan Produk Visi Pintar Huawei, melancarkan Siri OceanStor Pacific generasi seterusnya
Peter Zhou, Presiden Storan Data dan Barisan Produk Visi Pintar Huawei, melancarkan Siri OceanStor Pacific generasi seterusnya

Shang Haifeng, Presiden Domain Storan Besar-besaran Huawei, menghuraikan mengenai tiga hala tuju strategik Huawei untuk senario data besar-besaran:

  • Teknologi terkini: Huawei membina siri perkakasan khusus dan memanfaatkan inovasi perisian seperti saling kerja berbilang protokol, algoritma pengurangan yang cekap dan keandalan berbilang peringkat bagi memenuhi keperluan khusus-senario.
  • Inovasi perniagaan: Huawei memanfaatkan teknologi perlindungan dan pengurangan lewahan data yang utama dalam industri untuk menjadi pengusaha industri yang pertama mempromosikan model perniagaan untuk kapasiti yang tersedia. Model ini membolehkan pengguna untuk mengetahui dengan tepat apa yang akan mereka perolehi dari mula, membantu mengurangkan kos perolehan, TCO dan ambang penggunaan storan besar-besaran.
  • Kepakaran industri: Dipacu oleh keperluan khusus dalam industri, Huawei tekal menginovasi produknya, mempercepatkan transformasi digital perusahaan dan menyerlahkan kuasa data.
Shang Haifeng, Presiden Domain Storan Besar-besaran Huawei, menghuraikan Siri OceanStor Pacific
Shang Haifeng, Presiden Domain Storan Besar-besaran Huawei, menghuraikan Siri OceanStor Pacific

Cekap, Menjimatkan dan Berkekalan: Pilihan yang Dipercayai untuk Data Besar-besaran

Huawei melancarkan generasi pertama storan fail pada tahun 2009 dan sejak itu terus melabur dalam storan data besar-besaran, menduduki kedudukan No. 1 dalam bahagian pasaran di China selama empat tahun berturut-turut. Siri OceanStor Pacific bertujuan untuk menjadi pilihan yang dipercayai untuk data besar-besaran dengan memanfaatkan sepenuhnya pengetahuan selama bertahun-tahun dalam perisian dan perkakasan serta mencetuskan inovasi perintis dari segi kecekapan, kos dan keandalan.

  • Cekap: Siri ini menerobos sempadan perkhidmatan bagi melaksanakan saling kerja tanpa kompromi antara fail, HDFS dan protokol objek, menangani isu-isu prestasi dan kehilangan semantik yang disebabkan oleh get laluan tradisional. Dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) pemanduan berautonomi, satu sistem storan Huawei memperkemaskan pemprosesan data dalam fasa-fasa berbeza. Data tidak perlu dipindahkan antara berbilang sistem storan, meningkatkan kecekapan pemprosesan perkhidmatan sebanyak 25% dan mengurangkan ruang sebanyak 20%. Dengan menerobos sempadan prestasi, sistem fail generasi seterusnya menyokong aplikasi intensif lebar jalur dan OPS, beradaptasi kepada beban HPC yang semakin rumit.
  • Menjimatkan: Siri ini menerobos sempadan seni bina menerusi mod vNode yang inovatif dan sangat andal berserta teknologi EC elastik generasi seterusnya. Ia menghasilkan penggunaan cakera sehingga 93%, lebih 40% lebih tinggi berbanding purata industri, tanpa menjejaskan prestasi dan keandalan. Nod serba baharunya dengan kepadatan tinggi dan kapasiti yang besar menyokong 120 cakera hanya dalam ruang 5 U dengan kepadatan 2.67x berbanding pelayan storan tujuan am dan pengurangan ruang 62.5%. Data panas, suam dan sejuk disusun bertingkat secara automatik ke dalam SSD, HDD dan cakera Blu-ray atas permintaan, yang bererti bahawa data boleh mengalir dengan bebas tanpa campur tangan.
  • Berkekalan. Siri ini menyediakan mekanisme empat peringkat untuk data, peranti, sistem dan penyelesaian bagi menjamin keandalan yang tinggi. Pengesanan dan prapemprosesan sub-kesihatannya yang komprehensif dapat mengenal pasti risiko kegagalan sebelum ia berlaku. Siri OceanStor Pacific menggunakan mekanisme DR aktif-aktif rentas-kelompok dan berbilang-aktif tiga-tapak untuk DR rentas-wilayah, bagi menjamin perkhidmatan dalam talian 24/7 untuk imej perbankan, video dalam talian serta aplikasi pengeluaran yang lain.

Storan OceanStor Huawei telah digunakan di lebih 150 negara untuk lebih 12,000 pelanggan dalam pelbagai sektor, termasuk pembawa, kewangan, kerajaan, tenaga, penjagaan kesihatan, pembuatan dan pengangkutan. Storan OceanStor Huawei merupakan pilihan yang ideal untuk pelanggan seluruh dunia yang ingin menyimpan dan memproses data perkhidmatan mereka.

--Tamat--

Latar Belakang Huawei

Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Dengan penyelesaian bersepadu dalam empat domain utama iaitu rangkaian telekomunikasi, IT, peranti pintar dan perkhidmatan awan, kami komited untuk membawa fungsi digital kepada setiap orang, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya.

Portfolio produk, penyelesaian dan perkhidmatan hujung-ke-hujung Huawei bersifat kompetitif dan selamat. Melalui kolaborasi terbuka bersama rakan-rakan kongsi ekosistem, kami mencipta nilai yang berkekalan untuk pelanggan kami, berusaha untuk memperkasa orang ramai, memperkaya kehidupan di rumah dan menginspirasikan inovasi dalam semua bentuk dan saiz organisasi-organisasi.

Di Huawei, inovasi memberi tumpuan pada keperluan pelanggan. Kami banyak melabur dalam penyelidikan asas, menumpu pada kejayaan teknologi yang mendorong dunia untuk melangkah maju ke hadapan. Kami mempunyai lebih daripada 194,000 pekerja dan kami beroperasi di lebih 170 negara dan wilayah. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah sebuah syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei 
http://www.twitter.com/Huawei 
http://www.facebook.com/Huawei 
http://www.youtube.com/Huawei

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200528/2815733-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200528/2815733-1-b?lang=0

 

 

Source: Shenzhen Huawei Technology Co., Ltd.
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services