omniture

GCLSI Dianugerahkan sebagai Pengamal Terbaik dalam Kad Skor Keandalan Modul PV 2020 PVEL bagi Tahun ke-4 Berturut-turut

GCL-SI
2020-05-30 05:27 436

SUZHOU, China, 30 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Pada 28 Mei, GCL System Integration, penyedia penyelesaian solar yang terkemuka di dunia, dianugerahkan sebagai Pengamal Terbaik dalam Kad Skor Keandalan Modul PV 2020 PVEL selama empat tahun berturut-turut. Kad skor ini diumumkan semasa satu webinar yang bersama-sama dianjurkan oleh PV-tech. 

Lebih daripada 70% pengeluar modul yang terkemuka dan 90% syarikat solar terbaik memilih untuk menghantar produk mereka kepada PVEL untuk diuji. Dengan hampir sepuluh tahun pengalaman dan data terkumpul, PVEL menjalankan ujian yang menunjukkan kredibiliti teknologi solar. Ujian keandalan yang bebas memberi seleksi modul dan peralatan PV yang cekap untuk pembangunan serta pembiayaan projek solar.

Tristan Erion-Lorico, Ketua Bahagian Perniagaan Modul PV (PVEL), berkata, "Produk GCL SI telah meraih pengiktirafan sebagai Pengamal Terbaik Modul PV dalam Kad Skor Keandalan Modul PV PVEL untuk tahun keempat berturut-turut. Prestasi yang mantap dalam rejim ujian PVEL yang dipercepatkan merupakan penunjuk penting bagi keandalan dan kualiti, maka dengan ini kami mengucapkan tahniah kepada GCL SI atas keputusan ini."

Eric Luo, pengerusi GCL SI, berkata, "Telah dapat mengungguli carta berkenaan buat kali keempat, kami bersyukur kerana diiktiraf untuk kreativiti dan visi kami yang membolehkan kami menonjol sebagai jenama pilihan untuk pelanggan, pelabur dan bank. GCL akan terus membawa produk solar yang andal dan amat cekap kepada dunia.

Kini, GCL SI mempunyai kapasiti pengeluaran modul sebanyak 8GW. Dengan sokongan data raya, dipacu oleh inovasi saintifik dan teknologi, syarikat ini akan mengoptimumkan perkhidmatannya bagi menyediakan modul yang lebih cekap dan andal.

Latar Belakang GCL-SI

GCL System Integration Technology Co. Ltd (Saham Shenzhen 002506) (GCLSI) merupakan sebahagian daripada GCL Group, konglomerat tenaga global, Syarikat Tenaga bukan milik negara yang terbesar di China dengan tumpuan diberikan pada tenaga baharu, tenaga bersih dan perkhidmatan yang berkaitan. Kini, GCL System Integration beroperasi di seluruh dunia dan mempunyai lima tapak pengeluaran modul di tanah besar China dan satu di Veitnam, dengan kapasiti modul mencecah 8GW dan tambahan 4.3GW bagi kapasiti sel berkecekapan tinggi, menjadikannya sebagai pengeluar modul yang bertaraf dunia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.gclsi.com/

 

 

Source: GCL-SI
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards