omniture

GAC Motor Serahkan 550,000 pelitup muka buatan GAC kepada Rakan Kongsi Edaran Antarabangsa di 26 Negara

Semangat muhibah disebarkan apabila rakan kongsi sumbangkan pelitup muka buatan GAC kepada insitusi-institusi perubatan tempatan
GAC MOTOR
2020-06-02 04:44 756

GUANGZHOU, China, 2 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Sebanyak 550,000 pelitup muka yang mula dihantar ke luar negara oleh GAC Motor pada awal April lalu telah tiba di 26 negara untuk pekerja tempatan, rakan pengedaran dan pelanggan. Beberapa rakan kongsi menyebarkan semangat muhibah dengan menyumbangkan sebahagian daripada pelitup muka tersebut kepada organisasi-organisasi yang memerlukan bekalan perubatan seperti institusi-institusi perubatan tempatan.

 

Alami Siaran Berita Berbilang Saluran yang interaktif di sini: https://www.prnasia.com/mnr/gacmotor_202005.shtml

GAC Motor menerima sokongan padu daripada pekerja dan rakan kongsi luar negara bagi menyokong langkah pencegahan dan kawalan COVID-19 di China pada peringkat awal wabak. Pada penghujung Februari, GAC Group, syarikat induk GAC Motor, mentransformasikan dan mewujudkan barisan pengeluaran pelitup muka bagi tujuan pencegahan dan kawalan jangka panjang. Apabila wabak ini tersebar, pekerja dan rakan kongsi luar negara turut mengalami kekurangan bekalan pelitup muka. GAC Motor memutuskan untuk membantu mereka sebagai membalas budi dengan pelitup muka buatan GAC.

Semangat muhibah tidak pernah berhenti. Selepas menerima pelitup muka, rakan-rakan kongsi memutuskan untuk menyampaikan semangat muhibah tersebut dan menyumbangkan sebahagian daripada pelitup muka kepada institusi-institusi perubatan tempatan. CIG Motors, rakan kongsi GAC Motor di Nigeria, menyumbangkan sebanyak 50,000 pelitup muka pembedahan perubatan dan bekalan-bekalan lain ke kemudahan-kemudahan kesihatan tempatan. Impofactor CA, syarikat perwakilan GAC Motor di Ecuador menyerahkan 30,000 pelitup muka kepada Jawatankuasa Operasi Kecemasan Nasional bagi menyokong perjuangan memerangi COVID-19 dan menyokong Cañar Red Cross bagi menjalankan ujian pantas COVID-19 di rumah dengan kenderaan GAC MOTOR. Pengedar eksklusifnya di Panama Grupo Auto Comercial menyumbangkan sebanyak 10,000 pelitup muka kepada hospital kanak-kanak tempatan dan Instituto Nacional de Medicina Física y Rehabilitación. Di Bolivia, kira-kira 10,000 pelitup muka buatan GAC telah dihantar kepada kerajaan Santa Cruz, yang akan diedarkan ke hospital-hospital serta pusat-pusat kesihatan di bandar berkenaan.

Dengan bantuan daripada ibu pejabat GAC Motor, wakil penjual luar negara juga telah bertindak untuk memerangi wabak ini dan memastikan kelangsungan operasi perniagaan termasuk melaksanakan pembasmian kuman setiap hari, semakan suhu dan langkah-langkah pencegahan wabak yang lain dengan ketat. Mereka turut berkongsi panduan penjagaan dan pembersihan kereta bagi mengurangkan risiko pendedahan kepada COVID-19 untuk pengguna.

Syarikat menganggap kesihatan dan keselamatan pelanggan dan pekerja sebagai keutamaan tertinggi. Bagi tujuan ini, syarikat induknya, GAC Group telah menandatangani satu perjanjian kerjasama strategik dengan Guangzhou Institute of Respiratory Health untuk bersama-sama membina sebuah pusat teknologi kejuruteraan dan tapak pengeluaran untuk langkah pencegahan dan kawalan jangkitan pernafasan. Salah satu fokus kemudahan ini adalah untuk mengkaji dan membangunkan teknologi pembasmian kuman, pencegahan jangkitan dan kawalan untuk kereta, yang dijangka akan diaplikasikan pada produk GAC MOTOR pada masa akan datang dan menyediakan pengalaman mobiliti yang menyeronokkan buat pengguna global syarikat ini.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:

Laman Sesawang Rasmi: www.gac-motor.com
Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor
YouTube: http://www.youtube.com/c/GACMotorOfficial

GAC MOTOR menyediakan pelitup muka kepada rakan kongsi luar negara.
GAC MOTOR menyediakan pelitup muka kepada rakan kongsi luar negara.


 

Pelitup muka GAC kedai pengedar di UAE.
Pelitup muka GAC kedai pengedar di UAE.

 

Video - https://cdn5.prnasia.com/202005/gacmotor/video2.mp4
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200529/2816800-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200529/2816800-1-b?lang=0

Source: GAC MOTOR
Keywords: Auto Infectious Disease Control Transportation Corporate Social Responsibility