omniture

Shanghai Electric Percepatkan Pendigitalan Industri dengan Penaiktarafan kepada SEunicloud

Shanghai Electric
2020-06-02 04:54 333

SHANGHAI, 2 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric, pengeluar dan pembekal penjagaan kuasa serta peralatan perindustrian yang terkemuka di dunia, mengumumkan penaiktarafan kepada platform penyelesaian digital syarikat SEunicloud dengan harapan agar dapat mempercepatkan evolusi kerja dan pembentukan semula industri.

 

Dibangunkan oleh Shanghai Electric Digital Technology Co., Ltd dan dilancarkan secara rasmi pada tahun 2019, platform ini boleh digunakan dalam pelbagai senario, termasuk operasi kuasa angin pintar, operasi kuasa terma jarak jauh, penyelenggaraan alat mesin, penyimpanan dan pengagihan tenaga. Platform ini menyediakan penyelesaian yang cekap termasuk penyelesaian masalah, operasi jarak jauh, penyelenggaraan dan perancangan tenaga bagi memenuhi tuntutan pelbagai senario.

Penyelesaian rantaian bekalan pintar Shanghai Electric pada platform SEunicloud direka bentuk bagi memadankan secara langsung pengeluaran kilang dengan tuntutan loji janakuasa. Syarikat ini telah mewujudkan 1781 proses perolehan secara dalam talian, dengan jumlah tawaran terakhir mencecah lebih 800 juta yuan sejak penyambungan semula kerja-kerja pada bulan Februari.

Sebagai platform digital berbilang aspek yang canggih, pengguna boleh mempercepatkan proses pembinaan semula dengan menyelesaikan tekanan rantaian bekalan yang ketat dengan menjalankan diagnosis peralatan secara jarak jauh, memperoleh dan mengurus rantaian bekalan dan memantau kontrak pembekal, penawaran sumber, pembelian dalam talian dan penyelarasan pesanan. Platform rantaian bekalan pintar juga menyediakan pemadanan antara penjual dan pembeli melalui analisis data terdahulu dalam proses penetapan harga perolehan dan mengesan serta mendokumentasikan secara automatik prestasi terdahulu pihak pembekal, memfaktorkannya ke dalam proses pengurusan rantaian bekalan keseluruhan untuk ketekunan wajar.

Penyelesaian perancangan tenaga DES-PSO pada platform SEunicloud bersama-sama dibangunkan oleh Shanghai Electric Distributed Energy Co., Ltd dan Lawrence Berkeley National Laboratory. Penyelesaian ini menampilkan reka bentuk & perancangan, analisis pelaburan dan fungsi penilaian risiko, bagi membolehkan pelanggan menilai daya maju kewangan projek-projek pengeluaran tenaga berskala besar sebelum menugaskan pembinaannya.

Penyelesaian E-Dagang Shanghai Electric pada platform SEunicloud mencakupi 90% daripada senarai produk alat ganti "yang perlu dimiliki" di loji janakuasa dan merupakan platform sehenti yang dilengkapi dengan alat ganti, perkhidmatan penyelenggaraan, pengoptimuman transformasi dan banyak lagi. Ia dapat memudahkan penghantaran dalam talian sebanyak lebih 22,000 produk alat ganti dan 70 pakej pembaikan standard—kesemuanya pada harga mendekati harga kilang. Pelanggan boleh menggunakan format terpiawai untuk tujuan keperluan. Ini dapat meningkatkan kecekapan transaksi dengan menyelaraskan proses komunikasi antara pembeli dan penjual. Melalui analisis data raya, platform E-dagang dapat mendorong harapan untuk menginkubasikan penyelesaian dipacu data bersepadu untuk produk dan perkhidmatan pintar serta tersuai.

"Di bawah gambaran besar 'infrastruktur baharu', Shanghai Electric memanfaatkan kelebihan daya saingnya dalam data raya menerusi pelbagai saluran dan membuka laluan untuk penyelesaian berasaskan platform bersepadu untuk seluruh industri kuasa," kata Huang Ou, Pengarah dan Presiden Shanghai Electric Group, "Matlamat kami adalah untuk memperkasa perusahaan-perusahaan dalam industri-industri berbeza menerusi teknologi ini pada masa depan yang dapat diramalkan."

Latar Belakang Shanghai Electric
Shanghai Electric Group Company Limited (SEHK: 02727, SSE: 601727) terlibat terutamanya dalam reka bentuk, pembuatan dan penjualan peralatan kuasa dan peralatan perindustrian. Ia memberi tumpuan pada Perniagaan Peralatan Tenaga termasuk pembuatan dan penjualan peralatan penjanaan kuasa arang batu, peralatan penjanaan kuasa gas, peralatan kuasa nuklear, peralatan kuasa angin, peralatan penyimpanan tenaga, peralatan kimia berkualiti tinggi, penyelesaian sistem bekalan kuasa pintar grid kuasa dan perindustrian, Perniagaan Peralatan Perindustrian termasuk pengeluaran dan penjualan lif, motor elektrik bersaiz sederhana dan besar, peralatan pembuatan pintar, komponen asas perindustrian, peralatan perlindungan alam sekitar, peralatan pengindustrian pembinaan dan Perniagaan Perkhidmatan Bersepadu termasuk tenaga, perlindungan alam sekitar dan kejuruteraan pengautomatan dan perkhidmatan, perkhidmatan internet perindustrian, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan perdagangan antarabangsa, perkhidmatan hartanah mewah, dan sebagainya.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200424/2786026-1-LOGO?lang=0
Video - https://cdn5.prnasia.com/202006/shec/video.mp4 

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electrical Utilities Multimedia/Online/Internet Oil/Energy Utilities New products/services