omniture

QPS Dianugerah Dua Anugerah Kepimpinan CRO 2020

QPS
2020-06-02 18:55 104

NEWARK, Delaware, 2 Jun 2020 /PRNewswire/ -- QPS ialah sebuah organisasi penyelidikan kontrak (CRO) yang mematuhi GLP/GCP dan diperakui oleh CLIA yang menyediakan perkhidmatan penemuan, pembangunan ubat-ubatan praklinikal dan klinikal sejak tahun 1995. Sebagai peneraju memenangi anugerah yang memberi tumpuan pada bioanalitik dan percubaan klinikal, QPS telah dianugerahkan dua Anugerah Kepimpinan CRO 2020 oleh majalah Life Science Leader. Diiktiraf oleh pelanggannya kerana melangkaui jangkaan mereka, QPS diberi penghormatan dalam dua kategori utama: Kepakaran (Industri Farmaseutikal) dan Keandalan (Industri Farmaseutikal).

Bagi menentukan penerima anugerah tahunan ini, Life Science Leader dan Clinical Leader bekerjasama dengan Industry Standard Research (ISR), sebuah firma penyelidikan pasaran farmaseutikal khidmat-penuh, bagi menilai 60 CRO menerusi lebih 20 metrik prestasi. Pada tahun 2019, QPS turut menerima dua Anugerah Kepimpinan CRO, yang mengiktiraf QPS atas kecemerlangannya dalam Keandalan (Industri Farmaseutikal) dan Kualiti (Industri Farmaseutikal).

Direkrut daripada syarikat-syarikat farmaseutikal dan biofarmaseutikal dengan pelbagai saiz, peserta yang disoal selidik hanya menilai syarikat-syarikat yang mana mereka pernah bersama-sama mengusahakan sebuah projek penyumberan luar dalam tempoh 18 bulan yang lalu. Mereka turut menjalani proses penyaringan yang ketat bagi memastikan agar respons mereka menggambarkan pengalaman sebenar mereka dengan CRO dan bukan persepsi mereka terhadapnya.

"QPS diberi penghormatan untuk menerima pengiktirafan ini dalam dua kategori utama – Kepakaran dan Keandalan," kata Benjamin Chien, Ketua Pegawai Eksekutif QPS. "Kami amat berbangga dengan keupayaan serta kapasiti makmal global kami serta percubaan klinikal kami yang berkualiti tinggi. Rakan-rakan kongsi kami sedia maklum bahawa mereka boleh bergantung pada kepakaran saintis-saintis dalam makmal bioanalisis kami yang mematuhi GLP/GCP dan diperakui oleh CLIA bagi menyediakan data yang andal serta berkualiti terbaik. Kami gembira kerana ahli pasukan kami diiktiraf atas kerja keras mereka."

Anugerah Kepimpinan CRO dibangunkan pada tahun 2012 untuk memudahkan proses penapisan bagi memilih rakan-rakan kongsi penyumberan luar. "Ketika berbual dengan eksekutif operasi klinikal, saya dimaklumkan bahawa proses pemilihan CRO boleh menjadi salah satu tugas mereka yang paling tertekan dan memakan masa," kata Ed Miseta, ketua editor, Clinical Leader. "Apa sahaja yang dapat kami lakukan untuk membantu mengarahkan pembaca kami kepada rakan kongsi yang dapat memenuhi keperluan mereka dengan cara terbaik boleh mengurangkan dengan ketara beban pencarian mereka. Atas sebab inilah kami sekali lagi berbangga dapat bekerjasama dengan Industry Standard Research untuk menghasilkan Anugerah Kepimpinan CRO tahunan kami. Organisasi-organisasi yang diberi penghormatan telah membuktikan organisasi-organisasi mereka sebagai pengamal terbaik bagi Keserasian, Keupayaan, Kepakaran, Kualiti, Keandalan dan Fasa IV. Kami turut memuji syarikat-syarikat ini atas kerja keras mereka bagi memenuhi keperluan dan harapan pelanggan farmaseutikal dan bioteknologi mereka."

LATAR BELAKANG QPS HOLDINGS, LLC 

Syarikat ini merupakan sebuah organisasi penyelidikan kontrak (CRO) global yang menyediakan perkhidmatan penemuan, pembangunan ubat-ubatan praklinikal dan klinikal sejak tahun 1995. QPS mempunyai makmal yang diperakui CLIA dan mematuhi GLP yang bersiap sedia untuk mempercepatkan keputusan novel coronavirus RT-qPCR/QPCR dan Cerakinan Serologi serta program pembangunan vaksin. Sebagai peneraju memenangi anugerah yang memberi tumpuan pada bioanalitik dan percubaan klinikal, QPS terkenal dengan standard kualiti terbukti, kepakaran teknikal, pendekatan yang fleksibel terhadap penyelidikan, kepuasan pelanggan serta makmal dan kemudahan siap guna. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.qps.com atau emelkan kepada infopr@qps.com.   

HUBUNGI QPS:

Nama: Gabrielle Pastore
Telefon: 1-302-369-5274
Emel: Gabrielle.Pastore@qps.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1171746/CRO_Leadership_Awards_and_the_QPS_Logo.jpg

 

Source: QPS
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Awards Clinical Trials/Medical Discoveries STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)