omniture

CEC: Kerajaan Zambia Bertindak untuk Ekspropriasi Infrastruktur Kuasa CEC

Copperbelt Energy Corporation plc
2020-06-05 00:26 140

LUSAKA, Zambia, 4 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Copperbelt Energy Corporation Plc (CEC) telah menyedari akan Instrumen Berkanun No. 57 tahun 2020 (SI 57) yang dikeluarkan oleh Menteri Tenaga, Yang Berhormat Mathew Nkhuwa, bagi mengisytiharkan semua saluran pengedaran dan penghantaran CEC sebagai Pengangkut Umum.

Pengisytiharan ini dibuat hanya beberapa jam sebelum tamatnya perjanjian bekalan kuasa (PSA) CEC dengan Konkola Copper Mines Plc (KCM), yang berkuat kuasa pada tengah malam 31 Mei 2020 dan dalam konteks rundingan gagal yang lebih luas untuk pembaharuan Perjanjian Bekalan Pukal (BSA) antara CEC dan ZESCO, yang luput pada 31 Mac 2020. Sehingga kini, baik KCM mahupun ZESCO dikawal dengan berkesan oleh Kerajaan Republik Zambia (GRZ).

CEC mencatat peristiwa penting yang berikut yang membawa kepada penerbitan SI 57 oleh GRZ:

  1. 8 Mei 2020 - CEC menetapkan langkah-langkah untuk mendapatkan semula hutang daripada KCM, yang kini telah meningkat kepada kira-kira USD144 juta 
  2. 13 Mei 2020 - KCM mengakui berhutang dengan CEC
  3. 26 Mei 2020 - ZESCO meminta untuk menggunakan rangkaian penghantaran CEC bagi membekalkan kuasa kepada pelanggan baharu yang tidak dikenali melalui Copperbelt dan meminta untuk diadakan mesyuarat pada minggu pertama Jun 2020
  4. 28 Mei 2020 - CEC mengakui akan permintaan ZESCO, menyatakan bahawa ia bersedia untuk memulakan rundingan selagi mana pelanggan yang terlibat tidak mempunyai perjanjian yang sah dengan CEC dan tidak berhutang wang dengan CEC
  5. 28 Mei 2020 - Menteri Tenaga menulis kepada CEC yang meminta agar Syarikat memberi laluan kepada ZESCO untuk membekalkan kuasa kepada KCM
  6. 29 Mei 2020 - GRZ melalui Menteri Tenaga mengumumkan SI 57 mengisytiharkan infrastruktur CEC sebagai PENGANGKUT UMUM
  7. 31 Mei 2020 - ERB menulis kepada CEC bagi menetapkan tarif putaran yang bersamaan dengan kira-kira 30% daripada tarif rangkaian semasa CEC (tarif semasa dikenakan kerana menggunakan rangkaian CEC)

Daripada peristiwa yang disebutkan di atas, CEC percaya bahawa GRZ telah mengambil langkah-langkah untuk semua maksud dan tujuan yang membawa kepada ekspropriasi infrastruktur CEC dan kini CEC hampir gagal membayar balik semua pinjamannya yang dipinjam daripada pemberi pinjaman antarabangsa. Tindakan oleh GRZ mempunyai kesan penuh untuk merampas hak komersial dan harta CEC serta menghalang sepenuhnya Syarikat ini daripada mengambil keputusan perniagaan berdaya maju termasuk menguatkuasakan hak undang-undang dan komersialnya demi kepentingan terbaik perniagaan.

CEC mengambil peluang ini untuk menasihatkan semua pelaburnya mengenai tindakan daripada GRZ ini yang amat memudaratkan kesejahteraan perniagaan dan keupayaannya untuk meneruskan perniagaan sebagai usaha berterusan. Pelabur dimaklumkan bahawa CEC akan, pada ketika ini, terlibat dalam dialog bersama GRZ dengan harapan untuk memperoleh hasil secara berbaik-baik dan saksama yang disasarkan untuk memulihkan hak-hak komersial dan harta Syarikat. CEC akan memastikan semua pelaburnya mendapat maklumat terkini sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Chama S. Nsabika
Pengurus Kanan Komunikasi Korporat
+260 212 244914
+260 966 792922
nsabika@cec.com.zm
https://cecinvestor.com/

Source: Copperbelt Energy Corporation plc
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Accounting news, issues Domestic policy Legal issues