omniture

Medicom Umum Kemudahan Pengeluaran Pelitup Muka Baharu di Singapura

AMD Medicom Inc.
2020-06-05 00:30 93

MONTREAL, 5 Jun 2020 /PRNewswire/ --  Medicom Group, ("Medicom"), salah satu pengeluar yang terkemuka di dunia bagi pelitup muka pembedahan dan pernafasan, mengumumkan pengembangan lanjut jejak globalnya menerusi pembukaan sebuah kemudahan pembuatan pelitup muka di Singapura. Ditubuhkan sebagai syarikat KHM Engineering, kilang ini akan mengeluarkan berjuta-juta pelitup muka sebulan. Pandemik COVID-19 yang sedang berlaku menekankan kepentingan rantaian bekalan yang berdaya tahan untuk peralatan perlindungan diri. Penubuhan kemudahan pengeluaran baharu ini akan menyaksikan Singapura sebagai negara terkini daripada bilangan negara yang semakin meningkat yang mendapat pelaburan daripada Medicom bagi menjamin kehampiran pengeluaran kepada pasaran akhir.

KHM Engineering company: bringing Medicom mask manufacturing expertise to Singapore
KHM Engineering company: bringing Medicom mask manufacturing expertise to Singapore

Awal tahun ini, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengumumkan bahawa Kerajaan Kanada telah membuat pesanan untuk berpuluh-puluh juta pelitup muka daripada Medicom dan satu perjanjian telah dimeterai bagi menyokong pembukaan sebuah kemudahan pembuatan di Kanada bagi membantu memastikan bekalan yang berterusan untuk permintaan tempatan. Dalam minggu yang sama, Presiden Perancis Emmanuel Macron melawat kemudahan Kolmi-Hopen Medicom berhampiran Angers, Perancis, bagi meyakinkan penduduk Perancis bahawa kerajaan beliau bekerjasama dengan pengeluar pelitup muka nombor satu di negara tersebut bagi memaksimumkan output untuk golongan profesional penjagaan kritikal tempatan.

Sebagai pengeluar peralatan perlindungan diri yang dipercayai selama lebih tiga puluh tahun, Medicom telah membina hubungan yang telah lama terjalin dengan kerajaan dan penyedia penjagaan kesihatan di seluruh dunia. Kepakaran syarikat, berserta pengalaman penting dalam menavigasi kontrak besar dan mewujudkan keupayaan pengeluaran besar-besaran, menjadikan syarikat ini sebagai rakan kongsi yang menarik buat mereka yang ingin mendapatkan bekalan tempatan dan antarabangsa demi memenuhi keperluan semasa dan akan datang.

"Salah satu kekuatan utama kami di seluruh dunia ialah perkongsian mantap kami bersama kerajaan tempatan dan pihak berkepentingan penjagaan kesihatan, yang diwujudkan di Hong Kong, Perancis, Kanada dan kini Singapura," ujar Ketua Pegawai Operasi Global Guillaume Laverdure. "Bekerjasama dengan Medicom Group ialah salah satu cara yang paling cekap untuk menjamin bekalan yang berterusan, yang penting semasa berlakunya pandemik, namun kami percaya bahawa ia juga amat penting sepanjang masa."

Dengan operasi pembuatan yang diedarkan secara strategik merentas tiga benua dan rangkaian global pembekal bahan mentah yang luas, Medicom berkedudukan unik untuk memenuhi permintaan yang meningkat dengan pesat untuk produk perlindungan diri seperti pelitup muka sepanjang krisis yang berlaku masa kini. Walau bagaimanapun, peranan syarikat dijangka tetap kritikal walaupun selepas pandemik COVID-19 berakhir.

Baik sepanjang krisis yang sedang berlaku ini mahupun selepasnya, Medicom tetap komited untuk memenuhi keperluan peralatan perlindungan diri golongan profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia, sama ada dengan membuka kemudahan pembuatan tempatan atau melalui perjanjian bekalan antarabangsa.

Latar Belakang Medicom  
Medicom Group ialah salah satu pengeluar dan pengedar yang terkemuka di dunia bagi produk pencegahan dan kawalan jangkitan sekali guna yang berkualiti tinggi untuk pasaran perubatan, pergigian, perindustrian, kesihatan haiwan, makmal, peruncitan serta kesihatan dan kesejahteraan. Medicom mengedarkan produk kawalan jangkitan di bawah jenama-jenama Medicom, Ritmed, Ocean Pacific, Kolmi dan Hopen serta di bawah jenama Hedy yang diambil alih baru-baru ini. Medicom beroperasi di bawah syarikat Kolmi-Hopen di Angers, Perancis, Medicom Asia di Hong Kong dan KHM Engineering di Singapura.

Medicom mempunyai pengalaman yang luas dalam memberi respons terhadap permintaan peralatan perlindungan diri semasa berlakunya pandemik. Medicom ditubuhkan pada tahun 1988 sebagai respons kepada keperluan segera terhadap sarung tangan perubatan untuk golongan profesional penjagaan kesihatan semasa berlakunya krisis HIV global. Sejak itu, syarikat telah menjadi pembekal yang andal bagi penyelesaian kawalan jangkitan semasa berlakunya pelbagai peristiwa wabak termasuk penyakit selesema burung, SARS, H1N1 dan Ebola.

Untuk maklumat lanjut mengenai Medicom dan portfolio penyelesaian kawalan jangkitan mereka yang komprehensif termasuk rangkaian luas pelitup muka perubatan, sila kunjungi Medicom.com.

Hubungan Media: Gayle Padvaiskas, Naib Presiden, Pemasaran, AMD Medicom Inc., gpadvaiskas@medicom.ca

 

Source: AMD Medicom Inc.
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services