omniture

LLVISION Tawar Pengukuran Suhu Lengkap dan Penyelesaian Panduan Jarak Jauh dalam Perjuangan Perangi COVID-19

Beijing LLVision Technology Co.,LTD
2020-06-05 05:17 263

BEIJING, 5 Jun 2020 /PRNewswire/ -- LLVISON, perintis dan peneraju bagi perkhidmatan perusahaan AR, telah melancarkan sepasang kaca mata termometer AR dwi-spektrum berkuasa AI sebagai respons kepada pandemik COVID-19.

Dual Spectrum Infrared Thermometric AI Smart Glasses
Dual Spectrum Infrared Thermometric AI Smart Glasses

Kaca mata pintar GLXSS SE-IR yang dinaik taraf menyediakan pengalaman interaksi perspektif pertama yang lebih baik, ditampilkan dengan semakan suhu yang pantas dan tepat, yang dapat membantu perusahaan mengatur penyambungan semula kerja. 

LLVISION and SAP have co-launched the AR FSM to bring a new generation of AR field management service solution.
LLVISION and SAP have co-launched the AR FSM to bring a new generation of AR field management service solution.

Demi menyelesaikan amalan dan pengurusan lapangan di tapak tanpa pekerja ekoran sekatan perjalanan yang dikenakan baru-baru ini, LLVision turut melancarkan versi terkini Platform Kolaborasi Jarak Jauh Industri ARISE. Platform ini menyediakan penyelesaian semua-dalam-satu, yang membolehkan pengguna untuk mencapai penyelesaian masalah dan ujian pelengkap, selain untuk mengesan prestasi perniagaan, dengan ciri-ciri kolaborasi jarak jauh yang canggih seperti pengecaman kecerdasan buatan video jarak jauh serta analisis data.

"Pandemik COVID-19 benar-benar menjejaskan perniagaan. Bagi membantu syarikat-syarikat mengatasi cabaran ini, kami telah menaik taraf Platform Kolaborasi Jarak Jauh Industri kami bagi membolehkan penggunaan yang tidak mengganggu demi manfaat orang awam dan kakitangan," kata Roy Lou, Pengarah Produk LLVISION. 

Penaiktarafan Produk: GLXSS SE_IR  

Mengaplikasikan teknologi canggih seperti algoritma AI dan pengimejan dwi-spektrum, GLXSS SE_IR yang dinaik taraf bukan sahaja mendayakan penyasaran suhu pada dahi yang automatik, tetapi juga masa pemprosesan, ketepatan dan dimensi data yang lebih baik.

Pada masa kini, penyelesaian ini digunakan di lebih 30 tapak dan 50 lapangan terbang, pusat pemeriksaan kastam, sekolah dan taman perindustrian di seluruh China. Perkhidmatan LLVISON turut diperkenalkan ke UAE, India, Jerman, Itali, Malaysia, Thailand, Australia, Filipina, Afrika Selatan, Pakistan, Chile, Indonesia dan Arab Saudi.

1. Ketepatan ±0.3 darjah C dijamin melalui algoritma padanan dwi-spektrum yang menyasarkan bahagian dahi, digabungkan dengan pembetulan ralat dan teknologi penentukuran jasad hitam. 

2. Kaca mata AR memberi jarak operasi yang selamat memandangkan kaca mata ini boleh mengukur suhu berbilang sasaran yang bergerak sehingga sejauh 3 meter dan mengesan muka sehingga 8 meter.

3. Dilengkapi dengan kuasa pengkomputeran 1T Flops/W dan cip pengkomputeran pinggir, kaca mata ini dapat menyokong pengesanan berbilang individu masa sebenar yang berterusan sehingga 200 orang seminit.

4. Setiap keputusan suhu boleh dikaitkan dengan keputusan pengecaman wajah, masa, lokasi, imej di lapangan dan maklumat lain serta boleh direkodkan dan dilaporkan ke platform pengurusan.

Platform Kolaborasi Jarak Jauh 

LLVISION juga telah menaik taraf Platform Kolaborasi Jarak Jauh Industrinya bagi menyediakan penyelesaian perkhidmatan lapangan AR+AI yang komprehensif bagi mengurangkan kos operasi dan meningkatkan kecekapan pengurusan untuk syarikat-syarikat dan taman-taman perindustrian.

1. Patuh IP67, kaca mata pintar GLXSS SE AR hanya seringan 33.4g dan diuji dengan MIL-STD. Produk ini serasi dengan topi keledar, gogal serta peralatan pelindung diri yang lain.
2. Fungsi perspektif pertama menyediakan pengalaman imersif menerusi perkongsian video serta pertemuan audio dan video berbilang pihak.
3. Tanda AR masa sebenar diaplikasikan pada video untuk pengesanan automatik apabila bergerak. Selain itu, ia menyokong tanda pada tangkapan skrin.
4. Menyokong penghantaran imej dua hala, teks, fail arus perdana. Gambar dan teks akan dipaparkan pada skrin kaca mata secara automatik.
5. Platform Industri Arise boleh diaplikasikan pada senario perkhidmatan di lapangan seperti pengurusan proses operasi, pengurusan aset taman dan kognisi AI.

Latar Belakang LLVISION 

LLVISION, sebagai pakar bagi perkhidmatan perusahaan AR + AI, menyediakan produk perkakasan dan sokongan perisian yang berkaitan. Penyelesaiannya kini digunakan secara meluas dalam industri-industri seperti keselamatan, perindustrian dan penjagaan kesihatan. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan kepada lebih 5000 syarikat di seluruh dunia, menjimatkan perbelanjaan perjalanan pelanggan sebanyak lebih 100 juta dolar AS.

Pada tahun 2020, sebagai salah satu rakan kongsi kaca mata pintar AR yang pertama dengan SAP, LLVISION dan SAP bersama-sama melancarkan AR FSM untuk membawa generasi baharu penyelesaian perkhidmatan pengurusan lapangan AR.

https://www.llvision.com/en/ 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200603/2820490-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200603/2820490-1-b?lang=0

Source: Beijing LLVision Technology Co.,LTD
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources New products/services