omniture

Menuju Awan, Menuju Global: HUAWEI CLOUD Terajui Perusahaan Internet Asia Pasifik untuk Berkembang ke Persada Antarabangsa

HUAWEI CLOUD
2020-06-12 06:29 615

SINGAPURA, 12 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Industri Internet Asia Pasifik HUAWEI CLOUD Dalam Talian melabuhkan tirai dengan jayanya, yang mana syarikat gergasi teknologi global tersebut mengumumkan beberapa strategi komprehensif yang dapat membantu perusahaan di rantau berkenaan untuk berkembang lebih jauh ke persada antarabangsa dengan teknologinya yang terkenal dan inovatif dalam 5G, awan dan AI.

Bertema "Menuju Awan, Menuju Global" ("Go Cloud, Go Global,") Sidang Kemuncak tersebut mengetengahkan rancangan akan datang untuk mengembangkan ekosistem yang mana Huawei menghimpunkan pengguna, pelanggan, ilmuwan, pakar, perniagaan dan ahli komuniti untuk memanfaatkan penyelesaian awan, AI, 5G dan Internet Huawei demi kejayaan bersama. Rancangan ini termasuk pewujudan ekosistem Huawei Mobile Services (HMS) global dengan insentif bernilai US$100 juta untuk penggunaan sumber yang lebih baik bagi menyokong lebih banyak syarikat internet di rantau berkenaan, untuk berkembang ke peringkat global.

"Memanfaatkan sambungan, perkhidmatan dan ekosistem rangkaian global, HUAWEI CLOUD menawarkan platform yang tersedia secara global, boleh dipercayai dan terbuka yang membantu syarikat-syarikat Internet mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa," kata Mark Chen, Pengarah Jabatan Perniagaan Antarabangsa di HUAWEI CLOUD

Pada masa ini, 228 daripada syarikat-syarikat Global 500 dan 58 daripada 100 perusahaan terbaik dunia telah memilih Huawei sebagai rakan kongsi dipercayai mereka untuk transformasi digital. Dalam ekosistem berkenaan, rakan kongsi serta pembangun dapat memanfaatkan perkhidmatan pada HUAWEI CLOUD berserta penyelesaian seperti AI, 5G dan data raya bagi menyokong aplikasi pintar. Banyak perusahaan di Singapura, Malaysia dan Thailand berjaya berkembang ke peringkat global dengan sokongan yang berterusan daripada Huawei.

Di acara berkenaan, Huawei turut mengumumkan program Brilliant Plan - satu skema ekosistem global yang bermula di rantau APAC - yang bersedia untuk mewujudkan pakatan antara syarikat-syarikat Internet dan syarikat-syarikat telekomunikasi global dengan memanfaatkan kehadiran global firma berkenaan serta pengalamannya selama 20 tahun di rantau berkenaan.

"Huawei menyasarkan untuk membina ekosistem yang akan menjadikannya lebih mudah untuk syarikat-syarikat Internet membangunkan perkongsian dengan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan," jelas Zhang Jing, Pengarah Jabatan Perniagaan Pembawa dan Perundingan Rangkaian di Huawei Asia-Pasifik. "Ini benar-benar akan memudahkan penembusan mereka ke pasaran baharu."

Rakan-rakan kongsi domestik memuji sokongan komprehensif Huawei. Umpamanya, SHAREit, merupakan platform pengagihan kandungan sehenti yang semakin popular di seluruh dunia, dengan kumpulan pengguna global mencecah lebih 1.8 bilion dan 6 bilion MAU.

"HUAWEI CLOUD menyokong kami dengan infrastruktur yang berprestasi tinggi. Perkhidmatan data rayanya dan perkhidmatan cadangan pintar berkuasa AI membolehkan kami memberikan pengalaman yang diperibadikan kepada pengguna kami," kata Henry Yu, Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Data SHAREit.

Akses berkenaan sememangnya menonjolkan peluang perniagaan yang luar biasa, seperti yang disokong oleh 2020 Go Global White Paper for Internet Companies (Kertas Putih Menuju Global 2020 untuk Syarikat-syarikat Internet) Huawei Cloud, yang juga telah dilancarkan di Sidang Kemuncak tersebut. Kertas kajian berkenaan menekankan prospek dan cabaran untuk industri berkaitan Internet.

Khususnya, pengendali permainan mudah alih seperti NetEase Games, menyaksikan pertumbuhan yang tidak dapat dihentikan walaupun semasa perintah berkurung dikenakan ekoran pandemik ini. Oleh itu, perkhidmatan awan yang mantap dapat membawa kepada pertumbuhan segmen yang menggalakkan.

"Dalam kes kami, anda boleh katakan bahawa HUAWEI CLOUD telah 'membuka jalan' buat kami, dalam erti kata bahawa kami sering memilih untuk melancarkan permainan kami di kawasan-kawasan yang mana terdapatnya pusat data HUAWEI CLOUD," Wang Xi, Ketua Pegawai Eksekutif Booming Games NetEase Games memberikan penjelasan terperinci.

Sidang Kemuncak berkenaan telah menghubungkan pakar-pakar dari lebih 10 negara Asia Pasifik untuk berkongsi pandangan mereka mengenai landskap industri dan perubahannya, berserta kepentingan ekosistem yang membolehkan perkongsian maklumat serta inovasi, selain pemupukan bakat. Huawei turut memperkenalkan pelbagai penyelesaian bagi menyokong transformasi digital dalam skala berbeza dan menghuraikan lebih lanjut bagaimana kolaborasi benar-benar dapat membantu mendorong pembangunan sektor-sektor teknologi.

HUAWEI CLOUD telah membangun dengan pesat, menyediakan perkhidmatan awan yang stabil, andal dan mampan kepada perusahaan dan juga organisasi. Menurut laporan terkini IDC HUAWEI CLOUD menduduki tempat ketiga dalam pasaran awan hibrid Asia-Pasifik dan menjadi perkhidmatan awan yang utama dalam pasaran Asia-Pasifik[1].

Untuk maklumat lanjut mengenai Sidang Kemuncak Industri Internet Asia Pasifik, sila kunjungi https://activity.huaweicloud.com/intl/en-us/go_global_Summit/index.html

Latar Belakang HUAWEI CLOUD 

HUAWEI CLOUD komited untuk menyediakan perkhidmatan awan yang stabil, selamat, andal dan mampan bagi membantu organisasi-organisasi berkembang dalam dunia pintar.

[1] Building a Successful Hybrid Cloud Infrastructure Report (Laporan Membina Infrastruktur Awan Hibrid yang Berjaya), IDC, April 2020   

 

 

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Trade show news