omniture

Yili Group Terima Pencalonan dalam Lapan Kategori untuk Anugerah Inovasi Tenusu Dunia 2020

Yili Group
2020-06-17 10:14 774

BEIJING, 12 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Syarikat gergasi tenusu Cina Yili Group (SHA: 600887, "Yili") telah menerima pencalonan dalam lapan kategori sempena Anugerah Inovasi Tenusu Dunia 2020, yang mengiktiraf kecemerlangan dan inovasi dalam seluruh industri tenusu global. Anugerah ini, yang dianjurkan oleh media industri berwibawa FoodBev Media, akan disiarkan secara dalam talian pada 16 Jun tahun ini.

Yili Group Terima Pencalonan dalam Lapan Kategori untuk Anugerah Inovasi Tenusu Dunia 2020
Yili Group Terima Pencalonan dalam Lapan Kategori untuk Anugerah Inovasi Tenusu Dunia 2020

Sebagai syarikat makanan kesihatan yang paling banyak tercalon tahun ini, Yili dinamakan sebagai finalis dalam pelbagai kategori, seraya menunjukkan daya inovatif dan kepimpinan industrinya. Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut Yili menjadi finalis untuk Anugerah Inovasi Tenusu Dunia.

Jenama, produk dan inisiatif Yili disenarai pendek dalam lapan kategori yang berikut, malah turut menerima beberapa pencalonan untuk pembungkusan:

  • Produk Tenusu Kanak-kanak Terbaik – Lolly Pop Cheese (Yili)  
  • Snek Tenusu Terbaik – Freeze-Dried Yogurt Bites (Yili) 
  • Ais Krim/Yogurt Sejuk Beku Terbaik – Xujinhuan Frozen Yogurt Ice Cream (Yili) 
  • Produk Tenusu Mesra-Tak Tolerans Terbaik - Unitstekend Geitenmelk (Yili) 
  • Inovasi Pembuatan/Teknologi Terbaik – Pembangunan ais krim yogurt dengan probiotik sangat aktif (Yili)
  • Kempen atau Inisiatif Pemasaran Terbaik – Kempen CNY 2020 Ambrosial (Yili) 
  • Jenama atau Perniagaan Baharu Terbaik – Zhennong (Yili) 
  • Reka Bentuk Pembungkusan Terbaik – JoyDay (Yili), Satine Organic Pure Milk (Yili), Danish Cheese Yoghurt (Yili) 

Di bawah bimbingan Pengerusi dan Presiden Pan Gang, yang mana mantera "Tiada inovasi, tiada masa depan" telah memacu syarikat untuk menerima strategi berpandangan jauh, Yili telah memberi tumpuan untuk mengintegrasikan sumber pintar global dan terus meningkatkan inovasi serta sokongan dan juga keupayaan perkhidmatan. Dengan jaringan inovasi global yang mencakupi Asia, Eropah, Oceania dan benua Amerika, Yili telah mewujudkan platform penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan inovasi produki komprehensif yang bertujuan untuk menggalakkan kemajuan canggih dalam bidang makanan kesihatan. Pelaburannya dalam inovasi produk telah meraih hasil yang bermanfaat, memandangkan jualan produk baharu menyumbang sebanyak 19.4% daripada jumlah jualan pada tahun 2019.

Antara banyak produk dan inisiatif Yili yang disenarai pendek tahun ini, Unitstekend Geitenmelk, jenama susu tepung kambing untuk bayi, dipilih untuk pendekatan inovatifnya terhadap susu formula bayi. Dengan bahan-bahan yang diperoleh daripada ladang-ladang berkualiti tinggi di Belanda, susu formula ini kaya dengan probiotik aktif dan terdiri daripada molekul-molekul kecil yang lebih memudahkan bayi untuk menghadam dan menyerap nutrien. Susu formula tersebut memenuhi piawaian kualiti Jawatankuasa Kualiti Nederlandse Geiten Zuivel Organisatie (NGZO), European Standardization dan National Standard di China.

Pesaing Ais Krim/Yogurt Sejuk Beku Terbaik Xujinhuan menggunakan yogurt sejuk beku yang berkualiti tinggi dengan kultur bakteria hidup, dilapisi dengan lapisan luar berwarna warni yang diperbuat daripada 100% jus buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Rendah lemak, rendah kalori dan rendah gula, pencuci mulut yang enak ini benar-benar disukai ramai dalam kalangan pengguna. Sementara itu, jenama yogurt Ambrosial, dengan pengalaman produk dan pengguna yang sentiasa ditingkatkan, telah maju ke hadapan dengan pengembangan luar negaranya dalam pasaran-pasaran utama seperti Asia Tenggara.

Ketika industri makanan kesihatan terus mempelbagaikan dan menerima trend seperti pemperibadian, Yili akan terus menggiatkan usaha R&D bagi menyediakan produk yang lebih unik kepada pengguna, memandangkan ia menyasarkan untuk menjadi "penyedia makanan berkhasiat yang paling dipercayai di dunia."

Latar Belakang Yili Group 

Yili ialah syarikat tenusu terbesar dengan rangkaian produk yang paling besar di China. Menurut "20 Teratas Produk Tenusu Global" Rabobank, Yili menduduki tempat pertama di Asia. Jualan tahunannya untuk susu cair, yogurt, minuman sejuk dan susu tepung melebihi 37 bilion unit dan setiap hari lebih daripada 100 juta produk Yili dihantar kepada pengguna di seluruh dunia. Yili juga merupakan satu-satunya pengeluar tenusu di China yang telah menawarkan perkhidmatan untuk Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk. Pada tahun 2017, Yili dianugerahkan "amalan terbaik China bagi Mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)" oleh UN Global Compact, inisiatif kemampanan korporat yang terbesar di dunia serta menduduki tempat ketiga dalam edisi 2019 Brand Finance bagi "50 Teratas Jenama Makanan Paling Bernilai di Dunia".

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.yili.com/en/index

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200610/2826082-1?lang=0

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Beverages Food/Beverages Awards