omniture

Ketua Pegawai Eksekutif EDAN: Berkembang Pesat semasa Krisis

Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif EDAN Hao Zhang mengenai Pandemik COVID-19
EDAN Instruments, Inc.
2020-06-15 13:15 444

SHENZHEN, China, 15 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Sebagai penyedia peralatan perubatan yang kritikal untuk pandemik COVID-19, EDAN, membekalkan ratusan ribu peralatan perubatan ke Jerman, Sepanyol, Itali, United Kingdom, Amerika Syarikat, Rusia, Mexico, Brazil dan banyak lagi negara lain. Hao Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif EDAN, telah berbicara secara terbuka buat julung kalinya dan mengulas mengenai wabak COVID-19. Pada 19 Mei 2020, beliau mengeluarkan kenyataan yang berikut:

"Empat bulan yang lalu merupakan tempoh yang sukar buat seluruh dunia. Sebagai sebuah syarikat penjagaan kesihatan, kakitangan kami memahami kepentingan tugas kami dengan lebih baik berbanding sebelum ini. Nyawa diutamakan. Inilah kepercayaan kami sejak bermulanya wabak ini. Kami amat berbangga dan bersyukur atas tugasan berani yang dijalankan oleh rakan sekerja kami dalam menyokong petugas barisan hadapan. Dalam tempoh khusus ini, kehidupan harian kami telah mengalami perubahan yang mengejutkan, begitu juga dengan aliran kerja."

"Setiap peranti penting." 

Menyedari peranan penting yang dimainkan oleh kami dalam pandemik ini, EDAN bertindak balas dengan pantas terhadap wabak ini. EDAN mengutamakan pengeluaran peralatan yang penting dan menggandakan kapasiti pengeluarannya. Meskipun wabak ini telah memusnahkan sistem rantaian bekalan terhubung-global, lalu mewujudkan cabaran yang amat besar untuk industri-industri penjagaan kesihatan, EDAN mencari jalan penyelesaian secara proaktif. Beberapa langkah diambil, termasuk penghantaran PPE (Peralatan Perlindungan Diri) yang diperlukan kepada pembekal EDAN bagi menjamin bahawa perniagaan semua rakan kongsi kami akan berjalan dengan lancar agar mereka dapat bekerjasama dengan kami untuk menyokong petugas barisan hadapan. Sebanyak lebih 50,000 peranti telah dihasilkan dan dihantar antara Februari dan April 2020.

"Keselamatan diutamakan." 

Kami mempunyai beratus-ratus pekerja tempatan di serata dunia yang menyokong kawasan-kawasan yang mengalami keadaan yang teruk. Mereka merupakan wira tak didendang. Kit perlindungan dan arahan perlindungan diri telah dihantar ke seluruh dunia untuk setiap pejabat cawangan bagi memastikan agar semua kakitangan kami dijaga dan mereka dapat menyokong para penjaga. Sehingga April 2020, EDAN menyediakan peranti kepada hampir 140 negara yang menderita akibat wabak ini. Meskipun menjadi tugas kami untuk melengkapi mereka yang bertugas di kemudahan perubatan dan penjagaan kesihatan, kami juga berdedikasi tanpa mengenal penat lelah untuk memastikan kakitangan kami selamat. Kami berbangga untuk menyatakan bahawa tiada seorang pun daripada kakitangan kami dijangkiti virus tersebut. Kami terus bekerja keras untuk memastikan kakitangan kami selamat.

"Pertempuran masih belum berakhir." 

Biarpun wabak ini telah mencapai kemuncaknya dan lengkung jangkitan telahpun rata di beberapa negara, kami masih perlu bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan berlakunya wabak di kawasan-kawasan lain di dunia. 'Tunggu dan lihat' bukanlah pilihan yang bijak. Satu lagi pengajaran yang kami pelajari daripada wabak ini adalah betapa penting dan berkesannya penyelesaian IT. Menerusi penyelesaian IT yang berkesan dan platform sokongan jarak jauh, komunikasi antara kakitangan kami dan mereka yang memerlukan akan menjadi lebih cekap, lantas menghasilkan khidmat pelanggan yang berkualiti tinggi. Ramai kakitangan kami bekerja dari jauh, bagi mengurangkan dengan ketara peluang terjadinya jangkitan silang. Kami telah melabur dengan banyak dalam IT selama bertahun-tahun dan akan terus melakukan cara ini untuk mengukuhkan lagi jaringan global kami.

Di EDAN, visi kami adalah untuk menambah baik keadaan umat manusia menerusi produk dan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang kami sediakan. Semasa berlakunya COVID-19, kami dapat melihat komitmen ini dilaksanakan dengan cara yang tidak pernah kami jangkakan. Kami terus berada bersama semua orang pada waktu yang sukar ini. Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan buat semua orang atas sokongan dan kepercayaan berterusan yang diberikan oleh mereka. Sebagaimana yang sering kami katakan ketika berlakunya pandemik ini, BERSATU KITA TEGUH.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

Source: EDAN Instruments, Inc.
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals