- Checkout.com dinamakan sebagai salah satu syarikat teknologi kewangan paling bernilai di seluruh dunia
- Perniagaan pembayaran menguntungkan menambah lebih 500 pelanggan perusahaan baharu termasuk Grab, Revolut, Careem, Glovo, Robinhood, Farfetch, Klarna dan Remitly
- Ia menyaksikan peningkatan 250% bagi transaksi dalam talian antara Mei '19 dan Mei '20
- Peralihan masyarakat daripada perdagangan luar talian ke dalam talian dipercepat, mendorong pertumbuhan perniagaan
LONDON, 22 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Penyedia penyelesaian pembayaran global yang terkemuka Checkout.com menjadi salah sebuah syarikat teknologi kewangan yang paling bernilai di seluruh dunia. Hari ini, syarikat ini mengumumkan pusingan pendanaan Siri B bernilai $150 juta, meningkatkan tiga kali ganda nilai perniagaan pembayaran antarabangsa dalam talian. Nilai $5.5 bilion itu mencerminkan permintaan perniagaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian pembayaran dalam talian transformatif yang menunjukkan prestasi di semua geografi dan saluran. Bilangan transaksi dalam talian Checkout.com telahpun meningkat sebanyak 250% melalui bandingan Mei '19 dan Mei '20. Dengan tumpuan eksklusif pada pembayaran dalam talian, perintah sekatan pergerakan global telah mempercepatkan lagi pertumbuhan Checkout.com memandangkan perniagaan berubah dengan pesat dalam talian.
Pendanaan Siri B dipimpin oleh Coatue, berserta penyertaan daripada pelabur sedia ada, termasuk Insight Partners, DST Global, Blossom Capital, dan Dana Kekayaan Berdaulat Singapura, GIC. Tidak seperti perniagaan lain yang berkembang dengan pesat, Checkout.com telah meraih keuntungan sejak tahun 2012. Ia akan menggunakan dana ini untuk mengukuhkan lagi kunci kira-kiranya, menjadikan tunai yang tersedia kepada lebih $300 juta. Checkout.com juga akan melabur dalam pembangunan produk inovatif baharu termasuk penyelesaian Payouts termaju akan datang dan keupayaan untuk mempercepatkan masa penyelesaian. Pengumpulan dana Siri B menyusuli pusingan pendanaan Siri A bernilai $230 juta yang memecah rekod pada Mei 2019, yang merupakan pusingan pendanaan Siri A teknologi kewangan yang terbesar seumpamanya di Eropah.
Syarikat berusia lapan tahun yang beribu pejabat di London itu telahpun memperkasa banyak perusahaan yang terkemuka di dunia, menambah lebih 500 peniaga ke dalam catatan rekodnya dalam tempoh dua belas bulan yang lalu termasuk Grab, Revolut, Careem, Glovo, Robinhood, Farfetch, Klarna dan Remitly. Teknologi proprietari Checkout.com menawarkan perniagaan perusahaan dengan pemprosesan pembayaran global yang lancar dan andal. Perniagaan ini menawarkan akses langsung kepada pemerolehan domestik melalui kaedah pembayaran dan geografi. Ini dapat dicapai melalui platform bersepadu tunggal yang seragam yang memberikan perniagaan perusahaan dengan prestasi yang lebih baik dan lebih kawalan melalui ciri-ciri data termaju, alat pengurusan penipuan dan pelaporan komprehensif.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas, Guillaume Pousaz berkata: "Saya teruja untuk mengalu-alukan Coatue ke meja permodalan kami. Sebagai pelabur-pelabur bermakna dalam syarikat-syarikat teknologi tahap lewat seperti Instacart, DoorDash, Bytedance dan Chime mereka membawa pengalaman yang luas dalam membina perniagaan bertaraf dunia yang dipacu oleh kecemerlangan operasi. Mereka berkongsi visi kami untuk masa depan pembayaran terhubung yang menjadikan mereka pilihan yang jelas sebagai rakan kongsi buat kami.
"Cara wang masuk dan keluar daripada perniagaan berubah dengan pesat. Saya percaya bahawa dengan menyelesaikan kerumitan kewangan, anda dapat merungkai inovasi secara radikal – bermula dengan pembayaran digital. Di Checkout.com, kami telah membina seni bina teknikal yang membolehkan perintis untuk mencipta semula industri dan menentukan semula hubungan mereka dengan pengguna. Kini, lebih daripada sebelum ini, kami yakin dengan misi kami untuk membina pembayaran terhubung yang layak diterima oleh perniagaan."
Kris Fredrickson, Rakan Pengurusan di Coatue, berkata: "Kami telah mengikuti pertumbuhan pesat perniagaan ini dan mendapat inspirasi daripada visi Guillaume untuk masa depan pembayaran. Kami amat teruja dapat bekerjasama untuk fasa perjalanan Checkout.com yang seterusnya."
Checkout.com memproses lebih 150 mata wang dan menawarkan akses kepada semua kad antarabangsa dan kaedah pembayaran tempatan yang popular kepada peniaga melalui platform bersepadu proprietarinya. Checkout.com menggaji lebih 750 kakitangan merentas 13 pejabat di seluruh dunia.
Checkout.com telah dinasihatkan dalam transaksi ini oleh Wilson Sonsini Goodrich & Rosati. Checkout.com telah mengambil alih dua perniagaan tahun ini, ProcessOut pada bulan Februari dan syarikat baharu Australia, Pin Payments, pada bulan Mei. Perniagaan ini juga mengumumkan dua perubahan kakitangan – Olivia Broderick menyertai syarikat sebagai Peguam Am dan Mike Benchimol menjadi Ketua Pegawai Operasi.
Latar Belakang Checkout.com
Checkout.com memperkasa perniagaan untuk beradaptasi, berinovasi dan berkembang maju dengan pembayaran terhubung yang selayaknya. Teknologi syarikat ini menjadikan pembayaran lancar. Penyelesaian fleksibel, data granular dan pandangan segera membantu perusahaan global melancarkan produk baharu dalam pasaran baharu dan mencipta pengalaman pelanggan yang luar biasa. Mereka menyediakan pembayaran yang paling pantas dan paling andal melalui lebih 150 mata wang, dengan pemerolehan dalam-negara, saringan penipuan dan pelaporan bertaraf dunia, melalui satu API. Mereka juga boleh menerima semua kad kredit dan debit antarabangsa utama, selain kaedah pembayaran alternatif yang popular dan kaedah pembayaran tempatan. Checkout.com dilancarkan pada tahun 2012 dan kini mempunyai pasukan dengan 750 kakitangan merentas 13 pejabat di seluruh dunia, menawarkan kepakaran tempatan di mana ia diperlukan. Ketahui lebih lanjut di www.checkout.com
Latar Belakang Coatue
Coatue, ditubuhkan oleh Philippe Laffont dan Thomas Laffont pada tahun 1999, ialah salah satu dana teknologi khusus yang terbesar di dunia dengan pejabat-pejabat terletak di New York, Menlo Park, San Francisco dan Hong Kong. Kini, Coatue mengurus aset kira-kira $17 bilion bagi pihak individu, endowmen, yayasan dan pelabur institusi yang lain.