omniture

IMA Keluarkan Laporan Baharu mengenai Peranan Ketua Pegawai Kewangan dalam Kemampanan

Laporan menganalisis integrasi golongan profesional kewangan dalam aktiviti perniagaan mampan
Institute of Management Accountants (IMA)
2020-06-23 08:30 271

SINGAPURA, 19 Jun 2020 /PRNewswire/ -- IMA® (Institute of Management Accountants) mengeluarkan dua laporan saling berkait yang baharu hari ini:https://www.imanet.org/insights-and-trends/the-future-of-management-accounting/cfo-as-value-creator?ssopc

  • Laporan suit-C, "Perkongsian Fungsi Kewangan untuk Integrasi Kemampanan dalam Perniagaan"
  • Kertas putih, "Ketua Pegawai Kewangan sebagai Pencipta Nilai: Kepimpinan Kewangan Korporat dan Perakaunan dalam Perniagaan Mampan dan Perusahaan Bersepadu"

Kertas laporan suit-C menjelaskan bagaimana Ketua Pegawai Kewangan dan fungsi kewangan dapat memenuhi kehendak pemegang kepentingan berhubung integrasi matlamat dan aktiviti perniagaan mampan dalam seluruh perusahaan dengan perkongsian yang berkesan dengan pasukan perniagaan mampan syarikat dan unit perniagaan yang lain. Ia menyediakan kerangka praktikal untuk golongan profesional kewangan dan perakaunan untuk berperanan sebagai kolaborator perniagaan yang aktif dalam inisiatif kemampanan.

Laporan suit-C ini adalah berdasarkan satu kertas kajian bersama daripada IMA dan ACCA (Association of Chartered Certified Accountants) yang ditulis pada tahun 2014 yang mewujudkan satu pendekatan – Kerangka Perkongsian Kewangan – untuk membantu fungsi kewangan korporat memimpin kolaborasi rentas-disiplin bagi mencapai matlamat organisasi yang dikongsi bersama. Dengan mengaplikasikan kerangka ini untuk menyepadukan inisiatif perniagaan mampan, laporan suit-C menyediakan tiga komponen untuk perkongsian yang berjaya:

  1. Mewujudkan mandat untuk perkongsian dalam aktiviti perniagaan mampan
  2. Memperbaiki maklumat dengan meningkatkan kualiti pandangan data
  3. Mengerahkan bakat dengan penetapan minda untuk menangani cabaran

"Selama bertahun-tahun, terdapat suatu persepsi bahawa golongan profesional kewangan korporat dan perakaunan arus perdana tidak terlibat dalam perniagaan mampan. Meskipun ini masih berlaku dalam beberapa buah syarikat, kebanyakannya mengambil langkah ke arah mengintegrasikan inisiatif perniagaan mampan yang baharu," kata Shari Littan, CPA, JD, pengurus aktiviti teknikal laporan korporat di IMA dan pengarang bersama laporan berkenaan. "Kami mendapati bahawa syarikat-syarikat terkemuka yang telah mencapai kemajuan paling banyak hakikatnya melibatkan Ketua Pegawai Kewangan dan fungsi kewangan dengan signifikan."

Kertas putih ini, yang menyokong kerangka yang dinyatakan dalam laporan suit-C, menggambarkan temu bual kualitatif dengan eksekutif-eksekutif kanan dalam pelbagai industri. Ia menyediakan pandangan asas mengenai peranan golongan profesional kewangan dalam perniagaan mampan.

Kertas putih ini menjejaki evolusi peranan Ketua Pegawai Kewangan daripada sesuatu yang menekankan pematuhan kepada peranan yang memberi tumpuan pada tadbir urus, strategi dan operasi, konsisten dengan syarikat-syarikat yang semakin menggabungkan aktiviti perniagaan mampan dan menerima pakai pendekatan perusahaan yang bersepadu. Kolaborasi antara pasukan-pasukan dalam seluruh organisasi – kewangan, kemampanan dan sumber manusia, antara lain – membolehkan perniagaan untuk menganalisis prestasi kewangan dan bukan kewangan dengan lebih baik.

"Untuk kertas putih ini, kami bertemu dan berbincang dengan golongan profesional daripada syarikat-syarikat besar yang sedia maklum dengan kemajuan ini," sambung Littan. "Kami bertanya apakah sebenarnya yang dilakukan oleh konstituen utama IMA – akauntan dan ahli profesional kewangan dalam perniagaan – untuk membantu organisasi-organisasi mereka dengan aktiviti-aktiviti ini dan kami mendapat tahu bahawa mereka cukup terlibat, lebih daripada apa yang kami jangkakan. Apa yang kami pelajari daripada temu bual ini ialah Ketua Pegawai Kewangan dan fungsi kewangan membangunkan proses dalaman yang membolehkan mereka untuk membawa kepakaran mereka dan set kemahiran khusus untuk berkhidmat dalam seluruh organisasi berkenaan."

Laporan pasaran ini mengenal pasti beberapa fungsi yang dilaksanakan oleh Ketua Pegawai Kewangan serta golongan profesional kewangan dan perakaunan dalam perusahaan bersepadu:

  • Menghubungkan ukuran prestasi kemampanan dengan nilai
  • Meningkatkan pelaporan dalaman dan luaran
  • Meningkatkan kualiti maklumat melalui pengawasan kawalan dalaman
  • Mengurus risiko berhubung dengan inisiatif perniagaan yang mampan
  • Menambah baik pengawasan rantaian bekalan

Untuk membaca laporan penuh, kunjungi di sini.

Latar Belakang IMA® (Institute of Management Accountants) 

IMA®, dinamakan sebagai Badan Profesional Terbaik Tahun 2017 dan 2018 oleh The Accountant/International Accounting Bulletin, ialah salah satu persatuan yang terbesar dan paling disegani yang memberi tumpuan eksklusif bagi memajukan kerjaya perakaunan pengurusan. Secara global, IMA menyokong kerjaya ini melalui penyelidikan, program-program CMA® (Certified Management Accountant) dan CSCA® (Certified in Strategy and Competitive Analysis) A.S., pendidikan berterusan, perangkaian dan advokasi amalan perniagaan beretika tertinggi. IMA mempunyai jaringan global melibatkan lebih 125,000 ahli dalam 150 negara dan 300 cawangan profesional dan pelajar. Beribu pejabat di Montvale, New Jersey, AS, IMA menyediakan perkhidmatan setempat melalui empat wilayah globalnya: Amerika, Asia/Pasifik, Eropah dan Timur Tengah/India. Untuk maklumat lanjut tentang IMA, sila kunjungi www.imanet.org.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191017/2614087-1LOGO?lang=0

Source: Institute of Management Accountants (IMA)
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research