omniture

IMA Terbitkan Laporan mengenai Transformasi Digital Pematuhan dan Pelaporan Perniagaan

Standard data terbuka dan inovasi teknologi dapat memupuk proses pematuhan dan pelaporan global, didigitalkan
Institute of Management Accountants (IMA)
2020-06-24 09:36 305

SINGAPURA, 24 Jun 2020 /PRNewswire/ -- IMA® (Institute of Management Accountants) hari ini menerbitkan satu laporan yang menyokong revolusi data yang dapat mengubah pelaporan perniagaan, pengawasan, pengauditan dan sistem pemantauan.

Persekitaran kawal selia yang semakin rumit dan terpecah-pecah menjadikan pematuhan terlalu membebankan buat perniagaan, di samping turut menghalang pelabur dan pengguna pelaporan korporat yang lain daripada mendapat maklumat yang bermanfaat. Di tengah-tengah pandemik global ini, dengan akses kepada data berkualiti dari lokasi terpencil adalah amat penting, keperluan terhadap suatu penyelesaian malah lebih kritikal.

"The Digital Transformation of Compliance and Business Reporting in the Fourth Industrial Revolution: From Fragmentation to Connected Reporting" (Transformasi Digital Pematuhan dan Pelaporan Perniagaan dalam Revolusi Perindustrian Keempat: Daripada Perpecahan kepada Pelaporan Terhubung) menggalakkan penetap standard, perniagaan, penggubal dasar dan pemegang kepentingan yang lain mencetuskan revolusi data dengan membebaskan data yang kini dihadkan aksesnya dalam laporan dan platform yang terpencil.

Laporan ini menyertakan kata pengantar daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IMA Jeff Thomson, CMA, CSCA, CAE dan ditulis bersama oleh Liv A. Watson, Pengarah Kanan Inisiatif Pelanggan Strategik di Workiva dan Ahli Lembaga IMA, Dermot Murray, Pengurus Besar EMEA di Workiva; Tanuj Agarwal dan Urmish Mehta, Ahli Pasukan Penyelidik Utama di Workiva; Deborah Lelpziger, Pengarah Urusan di The Leipziger Group; dan David Wray, Pengarah Kanan, Perakaunan dan Pelaporan di Huawei.

"IMA telah lama menyedari betapa maklumat yang boleh dipercayai, boleh diaudit, boleh dibaca oleh mesin penting untuk memodenkan proses pelaporan korporat," kata Thomson. "Mengambil tindakan melalui langkah-langkah yang digariskan dalam laporan tersebut akan sangat memudahkan pematuhan dan memastikan maklumat kewangan mahupun bukan kewangan dapat digunakan bagi meningkatkan proses membuat keputusan perniagaan."

Kertas kajian tersebut menggariskan beberapa langkah yang harus diikuti bagi mendigitalkan sepenuhnya proses pematuhan dan pelaporan:

  • Menubuhkan pasukan petugas pemegang kepentingan yang komited terhadap transformasi digital dalam pelaporan kawal selia. 
  • Memastikan penetap standard, pembangun rangka kerja dan amalan terbaik komited terhadap repositori sebagai kuasa taksonomi digital untuk badan-badan pengetahuan industri sekitar pelaporan dan pematuhan.
  • Menyediakan rangka tindakan penyelesaian peringkat tinggi untuk melaksanakan rangka kerja digital global dalam produk. Menggunakan pemahaman tahap tinggi ekosistem kawal selia dan skopnya dengan tujuan untuk menentukan nilai yang diberikan oleh program transformasi digital kepada penggubal dasar mahupun pihak berkuasa pengawalseliaan.
  • Memastikan vendor perisian dan penyedia perkhidmatan membangunkan pelaksanaan prototaip untuk menguji pemetaan dan pengemukaan keperluan pelaporan.

"Melalui pewujudan pendekatan umum secara sejagat untuk bertukar-tukar dan menggunakan semula data yang dikawal selia, kami dapat menurunkan kos pematuhan dan mengurangkan risiko dengan ketara," kata Watson. "Teknologi ini kini wujud. Langkah seterusnya adalah membolehkan semua pemegang kepentingan menuju ke jalan penyelesaian."

Untuk membaca laporan penuh, kunjungi di sini.

Latar Belakang IMA® (Institute of Management Accountants)
IMA®, dinamakan sebagai Badan Profesional Terbaik Tahun 2017 dan 2018 oleh The Accountant/International Accounting Bulletin, ialah salah satu persatuan yang terbesar dan paling disegani yang memberi tumpuan eksklusif bagi memajukan kerjaya perakaunan pengurusan. Secara global, IMA menyokong kerjaya ini melalui penyelidikan, program-program CMA® (Certified Management Accountant) dan CSCA® (Certified in Strategy and Competitive Analysis), pendidikan berterusan, perangkaian dan advokasi amalan perniagaan beretika tertinggi. IMA mempunyai jaringan global melibatkan lebih 125,000 ahli dalam 150 negara dan 300 cawangan profesional dan pelajar. Beribu pejabat di Montvale, New Jersey, AS, IMA menyediakan perkhidmatan setempat melalui empat wilayah globalnya: Amerika, Asia/Pasifik, Eropah dan Timur Tengah/India. Untuk maklumat lanjut tentang IMA, sila kunjungi www.imanet.org.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191017/2614087-1LOGO?lang=0

Source: Institute of Management Accountants (IMA)
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Advocacy Group Opinion