omniture

Lahirnya Bintang. Yang Terbaharu di Barisan Hadapan Lakuran, Sumber Tenaga "Impian"

Toshiba Corporation
2020-06-24 10:00 268

SINGAPURA, 24 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Kuasa lakuran, sejenis kuasa yang amat cekap, selamat dan mesra alam dengan bekalan bahan api yang hampir tidak akan habis, dilihat sebagai suatu penyelesaian kepada masalah tenaga dan alam sekitar utama masa kini. Toshiba berkongsi visinya dan bagaimana kemajuan dalam teknologi lakurannya menyumbang kepada merealisasikan sumber tenaga ini dalam masa terdekat.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/toshiba_202006.shtml 

Source: QST [https://www.qst.go.jp/site/naka-fusion-english/4779.html]
Source: QST [https://www.qst.go.jp/site/naka-fusion-english/4779.html]

 

Figure. Mechanism of fusion
Figure. Mechanism of fusion

 

The fusion process
The fusion process

 

ITER Schematic - Source: Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology official website
ITER Schematic - Source: Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology official website

Perlumbaan ke arah Lakuran Nuklear

Ringkasnya, lakuran adalah mengenai penghasilan semula tindak balas lakuran yang berlaku dalam bintang dan matahari di Bumi ini. Lakuran menghasilkan jumlah tenaga haba yang banyak, yang boleh digunakan untuk menjana kuasa. Dengan hanya 1 gram bahan api, lakuran boleh menghasilkan jumlah tenaga yang sama seperti membakar 8 tan petroleum.

Dengan reka bentuk tahap tingginya, Lakuran tidak membenarkan tindak balas luar kawalan berlaku. Ia juga tidak menghasilkan sebarang sisa radioaktif aras tinggi dan merupakan satu proses "bersih" yang mana ia tidak membebaskan gas CO2. Deuterium, salah satu sumber bahan api lakuran, boleh dihasilkan dengan elektrolisis air, yang bererti ia sentiasa ada dan berterusan.

Toshiba telah terlibat dalam pembangunan teknologi lakuran sejak tahun 1970-an. Syarikat ini terlibat bermula daripada peringkat reka bentuk dan membuat kemajuan penting berhubung dengan reka bentuk dan pembuatan teknologi ini.

Toshiba telah bekerjasama dengan QST (National Institutes for Quantum and Radiological Science and Technology) untuk membina peranti lakuran JT-60 (Kemudahan Ujian Plasma 'Breakeven'), serta penggantinya, JT-60SA (Super Lanjutan). Syarikat ini juga merupakan sebahagian daripada projek seluruh dunia untuk menjadikan Lakuran suatu kenyataan, yang dikenali sebagai ITER, dengan tujuh entiti anggota (Jepun, EU, Rusia, A.S., Korea, China dan India) yang bekerjasama untuk membina reaktor eksperimen di Saint-Paul-lez-Durance, selatan Perancis.

Toshiba menyasarkan untuk meningkatkan teknologi superkonduksi yang dibangunkan oleh syarikat ini, di samping turut menambah baik rawatan haba berketepatan tinggi untuk konduktor dalam gegelung TF untuk ITER, proses pengukuran untuk struktur berskala besar dan teknologi pemesinannya. Syarikat ini turut melihat kakitangan yang mahir penting bagi mempercepatkan usaha penyelidikan ini.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200605/2822575-1-a?lang=0 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200605/2822575-1-b?lang=0 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200605/2822575-1-c?lang=0 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200605/2822575-1-d?lang=0 

 

Source: Toshiba Corporation
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Utilities New products/services