omniture

Kes "Robbery of the Century" dipilih sebagai DNA Hit of the Year 2020

Gordon Thomas Honeywell Governmental Affairs
2020-06-25 15:09 80

DNA kenal pasti anggota geng Brazil terkenal dalam rompakan berbahaya kemudahan transit tunai

SEATTLE dan TACOMA, Washington, 25 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Gordon Thomas Honeywell Governmental Affairs (GTH-GA) mengumumkan bahawa kes yang dikenali sebagai "Robbery of the Century" ("Rompakan Abad Ini") dipilih sebagai DNA Hit of the Year 2020. Kes berkenaan dipilih daripada 50 kes yang dihantar dari 20 negara. Ia dipilih oleh panel yang terdiri daripada tujuh hakim antarabangsa dengan latar belakang kerjaya dalam bidang DNA forensik dan penguatkuasaan undang-undang. Pengiktirafan tersebut diumumkan semasa Persidangan Penyelesaian Pengecaman Manusia (HIDS) tahunan yang diadakan secara maya pada tahun ini.

Kini memasuki tahun keempatnya, program DNA Hit of the Year dianjurkan oleh GTH-GA, pihak berkuasa antarabangsa untuk dasar, penggubalan undang-undang dan undang-undang pangkalan data DNA. "Senarai kes tahun 2020 menunjukkan kuasa luar biasa pangkalan data DNA untuk menyelesaikan kes jenayah, mengenal pasti orang hilang dan membebaskan orang yang tidak bersalah," kata Tim Schellberg, Presiden GTH-GA. Senarai penuh kes yang dihantar dan pembentangan mengenai program tahun ini boleh ditemui di http://www.dnaresource.com/hitoftheyear-2020.html.

Dinamakan sebagai "Robbery of the Century" oleh rakan media Brazil, kes jenayah ini berlaku di Ciudad del Este, Paraguay, namun telah dilakukan oleh anggota-anggota organisasi jenayah yang terbesar di Brazil dan disiasat oleh Polis Persekutuan Brazil. Pada 24 April 2017, kira-kira 50 anggota geng yang bersenjata berat merentasi sempadan ke Paraguay dan meletupkan kemudahan transit tunai Prosegur bagi mendapatkan $40 juta USD disimpan dalam bilik kebal syarikat.  

Selepas menguji 457 bahan bukti berasingan luar biasa yang ditemui dari tempat kejadian jenayah untuk mendapatkan DNA, makmal jenayah telah menghasilkan 47 profil tempat kejadian jenayah yang berasingan. Brazil menggunakan pangkalan data DNAnya untuk mengaitkan banyak profil tersebut kepada kes jenayah serius yang lain, termasuk memadankan 13 daripada 47 profil dengan penjenayah yang disyaki terlibat dalam kes jenayah berkenaan. Ekoran pelaburan yang dibuat baru-baru ini oleh kerajaan Brazil untuk meluaskan pangkalan data DNA pesalah jenayah mereka, dipercayai bahawa sebahagian besar daripada 47 profil yang ditinggalkan di tempat kejadian jenayah tersebut akhirnya akan sepadan dengan pesalah yang dimasukkan ke dalam pangkalan data DNA Brazil.

Ketua Pengarah Polis Persekutuan Rolando Alexandre de Souza berkata: "Kes Prosegur (Robbery of the Century) menonjolkan nilai program pangkalan data DNA Brazil untuk menyelesaikan kes jenayah. Pangkalan data DNA Brazil berkembang dengan pesat. Ini akan memberi impak yang signifikan bagi menyelesaikan kes jenayah dan akan menjadikan komuniti kami lebih selamat daripada keganasan."

"Diiktiraf sebagai DNA Hit of the Year merupakan keistimewaan yang besar dan suatu penghormatan. Saya berasa bangga kerana kaum lelaki dan wanita daripada pasukan polis kami yang bekerja keras untuk mengumpul dan menguji DNA bagi membantu membawa penjenayah yang bertanggungjawab terhadap kes jenayah ini ke muka pengadilan," kata Ketua Pengarah de Souza.

Latar Belakang GTH-GA: GTH-GA diiktiraf seluruh dunia sebagai pakar dalam dasar, penggubalan undang-undang dan undang-undang pangkalan data DNA forensik. Selama lebih dua puluh tahun, perunding di GTH-GA telah berunding di lebih 50 negara dan negeri berhubung penggubalan undang-undang dan dasar untuk mewujudkan atau memperluaskan pangkalan data DNA jenayah.

 

Source: Gordon Thomas Honeywell Governmental Affairs
Keywords: Aerospace/Defense Awards Public Interest