omniture

Himalaya Airlines tandatangani MOU Kerjasama Strategik dengan Huawei Cloud

Huawei
2020-07-01 04:40 2553

KATHMANDU, Nepal, 1 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Himalaya Airlines dan Huawei Cloud menandatangani Memorandum Persefahaman kerjasama strategik di pejabat Huawei Technologies Nepal yang terletak di Lalitpur pada 28 Jun 2020. En. Zhou Enyong, Ketua Pegawai Eksekutif Himalaya Airlines dan En. Deng Shuigen, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Technologies Nepal menandatangani MOU tersebut. En. Zhang Fan, Penasihat Komersial daripada Kedutaan Cina di Nepal, En. Wang Ping, Timbalan Ketua Pengarah - Jabatan Perdagangan Wilayah Berautonomi Tibet, Republik Rakyat China, En. Zhou Danjin, presiden Perniagaan Awan & AI Huawei Rantau Asia Pasifik dan wakil-wakil lain daripada Perusahaan di Nepal mengambil bahagian dalam acara tersebut sebagai saksi dengan menggunakan sistem persidangan video dalam talian Huawei.

Menurut Himalaya Airlines, mereka sangat gembira memilih Huawei, penyedia penyelesaian ICT yang terkemuka di dunia, yang mempunyai pengalaman yang beraneka dalam transformasi digital pelbagai industri di seluruh dunia sebagai rakan kongsi dan membina hubungan kerjasama yang strategik antara satu sama lain. Himalaya Airlines berada dalam fasa utama transformasi digital. Dengan memeterai perkongsian strategik dengan Huawei dan bekerjasama dengan rakan-rakan kongsinya dalam ekosistem tersebut, Himalaya Airlines akan mempercepatkan transformasi digital mereka dan mendorong syarikat ke tahap pembangunan pesat yang baharu dan bekerjasama erat dengan pasukan tempatan Huawei di Nepal untuk menyumbang dalam industri penerbangan awam Nepal dengan teknologi digital yang canggih.

Wakil daripada Huawei menyatakan bahawa teknologi awan dan AI Huawei akan membantu Himalaya Airlines untuk mendigitalkan sistem pengurusan & kewangan selain meningkatkan kecekapan dalaman. Dengan dedikasi daripada pasukan perkhidmatan Huawei Cloud dan pasukan sokongan tempatan Huawei Nepal, transformasi digital Himalaya Airlines akan diperbaiki dan syarikat akan menjadi lebih kompetitif dalam pasaran Nepal.

Huawei akan menyediakan perkhidmatan awan kepada Himalaya Airlines sebagai bahagian awal dalam kerjasama strategik kedua-dua syarikat. Sehingga hari ini, HUAWEI CLOUD menawarkan lebih daripada 200 perkhidmatan awan dengan lebih 190 penyelesaian industri tertentu daripada perkhidmatan kewangan, E-dagang, Logistik, penjagaan kesihatan, pendidikan dan sebagainya.

Daripada kajian yang dijalankan baru-baru ini terhadap Perkhidmatan IT Perusahaan Nepal, ia menunjukkan bahawa 74% daripada 11 industri (media, hiburan, sistem penerbangan, runcit umum, e-dagang dan sebagainya) telah memilih perkhidmatan awan sebagai alat untuk mendigitalkan perkhidmatan IT mereka bagi mengurangkan pelaburan peralatan yang tinggi, mengelakkan penyelenggaraan yang rumit dan menjamin keandalan perkhidmatan. Bagi memastikan perkhidmatan perundingan dan penghantaran transformasi digital disediakan dalam pasaran Nepal, pada Januari 2020 pejabat Huawei Nepal telah menubuhkan sebuah pasukan tempatan Awan & AI yang menyediakan perkhidmatan berkaitan yang hanya dikhususkan untuk kerajaan tempatan, perusahaan dan pembawa.

Latar Belakang Huawei Cloud: 

HUAWEI CLOUD ialah jenama perkhidmatan awan khas Huawei. HUAWEI CLOUD komited untuk menyediakan perkhidmatan awan yang stabil, selamat, andal dan berterusan untuk membantu semua saiz organisasi berkembang dalam dunia pintar hari ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei Cloud dalam talian di www.huaweicloud.com

 

Source: Huawei
Keywords: Airlines/Aviation Internet Technology Travel Contracts