omniture

XCMG Foundation Machinery Siapkan Kerja-kerja Pengangkutan Awam Mencabar, Bantu Pembangunan Ekonomi dan Perindustrian Serantau

XCMG
2020-07-02 04:26 315

SHANTOU, China, 2 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Tujuh rig penggerudian putar XCMG (SHE: 000425) XR550D telah menyiapkan perkhidmatan dengan jayanya untuk projek Jambatan Niutianyang apabila cerucuk penggerudian terakhir pada tiang sambut utama utara dituangkan pada 23 Mei. Projek pengangkutan awam mega di Shantou, Wilayah Guangdong ini dahulunya dinamakan sebagai "projek alaf" ekoran tahap kerumitan pembinaan yang tinggi.

XCMG Foundation Machinery Siapkan Kerja-kerja Pengangkutan Awam Mencabar, Bantu Pembangunan Ekonomi dan Perindustrian Serantau
XCMG Foundation Machinery Siapkan Kerja-kerja Pengangkutan Awam Mencabar, Bantu Pembangunan Ekonomi dan Perindustrian Serantau

Asas cerucuk No.14 hingga 23 pada tiang sambut utama Jambatan Niutianyang merupakan cerucuk tergerek yang sangat panjang dengan diameter ubahan 2.45 hingga 3 meter, panjang cerucuk rekaan ini ialah 89.7 meter dengan kedalaman lubang mencecah 100 meter. Penggerudian asas cerucuk dijalankan oleh rig penggerudian putar XR550, yang menyiapkan tugas hanya dalam masa 11 hari dan memberi jaminan penggerekan cerucuk siap tepat pada masanya.

Peralatan membuat terowong XCMG telah menonjol dalam pasaran yang kompetitif dengan prestasi yang boleh dipercayai, cekap dan berketepatan tinggi. Pada bulan Mei, beberapa jumbo penggerudian XCMG menyiapkan perkhidmatan untuk pembinaan Terowong Gunung Funiu yang merupakan sebahagian daripada projek Yaoshan-Luanchuan-Xixia Express sepanjang 143 kilometer – pembinaan lebuh raya yang terpanjang, paling mahal dan paling sukar dalam sejarah pembangunan lebuh raya Wilayah Henan.

Ciri-ciri geologi yang unik pada Gunung Funiu memerlukan peralatan membuat terowong yang berfungsi berterusan pada kecekapan yang tinggi dalam pembukaan sejauh 9 kilometer dalam tiga tahun terakhir. Pasukan jurutera dan jurukteknik XCMG yang berkepakaran memberikan hasil yang cemerlang dengan mengekalkan ralat di bawah 3cm, jauh lebih rendah daripada piawaian industri iaitu 20cm.

Kong Qinghua, pengurus besar Bahagian Perniagaan XCMG Foundation Construction Machinery, menyatakan bahawa setelah sedekad menjalankan inovasi dan pembangunan, mesin XCMG telah mencapai pelbagai pencapaian cemerlang teknologi teras dan melancarkan beberapa produk maju bermula daripada perlombongan bawah tanah, penerowongan lebuh raya kepada kejuruteraan pembinaan hidraulik.

"Kelebihan peralatan membuat terowong XCMG termasuk kepala pemotong pilihan yang dapat memenuhi keperluan bagi kehendak geologi yang berbeza, mekanisme pemuatan menerima pakai plat kalis haus berkekuatan tinggi yang dapat melanjutkan hayat perkhidmatan, sementera reka bentuk kompak seluruh mesin menjadikannya sesuai untuk membuat terowong paras rendah," jelas Kong Qinghua.

XCMG Foundation telah mengoptimumkan pelbagai produk perlombongan julur termasuk XTR4/180, XTR4/230, XTR6/260, XTR7/260 dan XTR7/360 untuk membangunkan mesin membuat terowong batu serba baharu yang mengintegrasikan fungsi pemotongan, pengangkutan, pemuatan dan kawalan sembur pencemaran habuk, kini ia digunakan secara meluas dalam projek-projek membuat terowong untuk pelbagai situasi.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.xcmg.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200630/2844919-1?lang=0

 

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation