omniture

Cloud4C, Penyedia Perkhidmatan Terurus Awan Utama Dunia, Lantik Pemimpin-pemimpin Industri Perkukuh Kehadiran ASEAN

Cloud4C
2020-07-02 10:54 500

SINGAPURA, 2 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Cloud4C, Penyedia perkhidmatan terurus awan yang terkemuka di dunia, bersedia untuk meluaskan jejaknya di rantau ASEAN menerusi pelantikan pemimpin-pemimpin utama. Manish Kohli, Naib Presiden, Alliances & GTM Partnerships dan Hitesh Bhardwaj, Naib Presiden, Solutions and Services, baru-baru ini telah menyertai syarikat, dengan visi untuk membawa penyelesaian & perkhidmatan teknologi awan yang terbaik dalam kelas kepada perniagaan di rantau ini. Mereka akan ditempatkan di Singapura dan akan melapor kepada En. Sridhar Pinnapureddy, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Cloud4C.

Cloud4C_Hitesh_and_Manish
Cloud4C_Hitesh_and_Manish

Manish, seorang veteran dalam indsutri ini dengan lebih dua dekad memimpin fungsi jualan dan perkongsian, menyertai syarikat untuk menerajui pembangunan perikatan Awan (Azure, AWS & Google Cloud Platform) untuk memperkayakan lagi portfolio penawaran daripada Cloud4C. Manish juga akan memimpin Jualan dan memacu GTM Partnerships bagi membantu pengembangan perniagaan dan liputan pasaran. Beliau akan mendorong inisiatif untuk mendahului keperluan pelanggan yang berkembang, disokong oleh pasukan jualan dalam negara. 

Hitesh Bhardwaj, seorang pemimpin teknologi-komersial dengan lebih 16 tahun pengalaman, akan memimpin prajualan dan fungsi seni bina penyelesaian sebagai Naib Presiden, Solutions and Services untuk rantau Asia Pasifik. Pengalaman luas beliau dalam pembangunan dan pertumbuhan amalan awan akan mendorong ke hadapan inisiatif awan awam dan membawa pengalaman awing yang paling canggih kepada perniagaan di rantau ini.

Sridhar Pinnapureddy, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Cloud4C, berkata, "Saya berasa gembira kerana Manish dan Hitesh menyertai kami. Mereka bersama-sama membawa kekayaan pengalaman dalam membentuk perikatan industri dan perkhidmatan inovatif, untuk memenuhi keperluan pasaran. Kepimpinan baharu kami di rantau ini akan membimbing fasa pertumbuhan kami yang seterusnya dengan rekod prestasi mereka yang sangat berjaya dalam memacu transformasi. Kini, kami memberi tumpuan untuk menyokong peralihan-ke-awan perniagaan di ASEAN dengan mempercepatkan perjalanan transformasi digital mereka."

Latar Belakang Cloud4C 

Cloud4C ialah Penyedia Perkhidmatan Terurus Awan yang terkemuka di Dunia yang menawarkan perkhidmatan kepada 4,000 pelanggan di 25 Negara dan 50 lokasi termasuk 60 Multinasional Global Fortune 500. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan awan (awam, persendirian dan hibrid) serta awan komuniti (Awan Komuniti Perbankan, Awan Komuniti SAP), pemindahan awan pada penskala hiper seperti AWS, Microsoft Azure, Google Cloud, perkhidmatan terurus awan hujung ke hujung, perkhidmatan pemulihan bencana, perkhidmatan keselamatan terurus dan membantu syarikat mematuhi undang-undang kedaulatan data yang ketat di negara masing-masing.

Syarikat ini merancang untuk meluaskan jejak geografinya ke 80 negara dan 160 lokasi di seluruh dunia dalam 36 hingga 48 bulan akan datang.

Hubungan Media:
B.S. Rao
Naib Presiden dan Ketua Global (Perhubungan Awam dan Komunikasi)
Cloud4C Services
bsrao@cloud4c.com
www.cloud4c.com

 

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1198268/Cloud4C_Logo.jpg?p=medium600
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1198269/cloud4c_hitesh_and_manish.jpg?p=medium600

 

Source: Cloud4C
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Outsourcing Businesses Telecommunications Corporate Expansion Personnel announcements