omniture

Schindler lancar penyelesaian CleanMobility

Jardine Schindler Group
2020-07-03 06:45 715

HONG KONG, 3 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Schindler mengumumkan pelancaran CleanMobility, rangkaian baharu inovasi tanpa sentuh, pensanitasian dan jarak fizikal yang meningkatkan kebersihan dan keselamatan dalam lif, pada eskalator dan laluan pejalan kaki bergerak. Penyelesaian ini termasuk aplikasi telefon pintar untuk operasi lif tanpa sentuh, pengurusan transit canggih, sistem pembersihan udara dan pensanitasian cahaya UV selain pilihan untuk mengehadkan bilangan penumpang.

 

Schindler mempunyai rangkaian perkhidmatan yang sedia untuk masa depan dan amat boleh diskalakan yang semakin berkembang untuk dunia yang didayakan digital, semuanya direka bentuk untuk menjamin kecekapan dan keselamatan yang dipertingkat dan pengalaman pengguna yang ditingkatkan. Memandangkan kesihatan dan kesejahteraan menjadi semakin penting sejak beberapa bulan kebelakangan ini, operasi yang bersih dan tanpa sentuhan serta penyelesaian ruang penumpang kini turut menjadi sebahagian daripada rangkaian perkhidmatan yang semakin berkembang ini.

Rangkaian CleanMobility Schindler baharu termasuk penyelesaian operasi tanpa sentuh yang berikut: aplikasi telefon pintar ElevateMe Schindler yang membolehkan penumpang untuk hanya memanggil lif dan memilih destinasi, sensor tanpa kontak CleanCall Schindler yang menjadikan butang tekan lif tidak lagi diperlukan dan aplikasi MyPORT Public yang diperluas untuk PORT Schindler, menjadikan sistem kawalan destinasi dan akses bangunan yang utama daripada Schindler untuk lif dan bangunan tidak perlu disentuh untuk orang awam.

Di samping itu, rangkaian baharu ini termasuk penyelesaian pensanitasian yang berikut: CleanCover Schindler, menyediakan filem pelindung antibakteria untuk menutup permukaan lif; sistem pembersihan udara UV CleanAir Schindler dan sistem UV CleanCar Schindler yang membersihkan permukaan kabin tanpa menggunakan bahan kimia yang berbahaya serta Ultra UV Schindler untuk lif dan susur tangan laluan pejalan kaki bergerak, menyediakan penyahjangkitan yang andal dan automatik.

Akhir sekali, rangkaian CleanMobility Schindler dilengkapi dengan penyelesaian ruang penumpang CleanSpace Schindler, membolehkan tetapan boleh ubah dapat dibuat untuk mengehadkan muatan penumpang dalam kereta bagi menyokong peluasan ruang penumpang individu dan menggalakkan jarak fizikal.

"Peristiwa yang terjadi beberapa bulan kebelakangan ini telah mempercepatkan inovasi, menghasilkan lif dan eskalator yang menjadi lebih bersih dan ruang yang lebih terhubung secara digital. Umpamanya, dengan aplikasi kawalan destinasi kami, penumpang dapat menukar peranti mudah alih peribadi kepada butang lif, manakala cahaya UV memastikan kabin lif, susur tangan eskalator dan permukaan lain bersih dan selamat untuk disentuh," kata Thomas Oetterli, Ketua Pegawai Eksekutif Schindler. "Dengan penyelesaian CleanMobility kami, kami menyasarkan untuk memberi jaminan dan keyakinan kepada penumpang apabila mereka bergerak dengan produk Schindler, serta membantu mereka menyesuaikan diri dengan dunia bandar yang sedang berubah ini."

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian CleanMobility Schindler, sila kunjungi: https://www.schindler.com/hk/internet/en/mobility-solutions/products/cleanmobility-solutions.html

Latar Belakang Schindler: 

Ditubuhkan di Switzerland pada tahun 1874, Schindler Group ialah penyedia global utama untuk lif, eskalator dan perkhidmatan berkaitan. Penyelesaian mobiliti Schindler menggerakkan lebih 1.5 bilion orang setiap hari di seluruh dunia. Di sebalik kejayaan syarikat berdirinya lebih 65,000 kakitangan di lebih 100 negara.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141111/8521406714LOGO?lang=0

 

Source: Jardine Schindler Group
Keywords: Construction/Building Machinery Mining/Metals