omniture

Asia Plantation Capital Nyatakan Komitmen Tak Berbelah Bahagi Meskipun Berdepan Krisis Iklim yang Bawa Bencana

Asia Plantation Capital
2020-07-03 11:26 584

KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Keadaan iklim yang tidak stabil dan membawa bencana telah mengakibatkan tekanan yang signifikan terhadap aset-aset Asia Plantation Capital sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan corak iklim El Niño dan kemarau yang belum pernah terjadi sebelumnya mengakibatkan zon-zon bencana yang mencatat rekod di Thailand serta Sri Lanka dan tiada satu kawasan pun yang tidak terjejas. Ini telah menjejaskan dengan teruk kemungkinan untuk menuai daripada ladang yang terjejas dan melihat pulangan, melambatkan keuntungan dan menelan belanja perniagaan sebanyak 36 juta USD pada tahun 2019/20. Sebagai sebahagian daripada strategi yang dipertimbangkan dengan teliti untuk membina kualiti yang lebih berdaya tahan ke dalam perniagaan demi maju ke hadapan, Asia Plantation Capital telahpun memulakan langkah ke arah pempelbagaian yang proaktif.

Mencecah lebih sedekad beroperasi, ia telah membuktikan khidmatnya yang panjang dalam industri yang penuh dengan penipuan. Asia Plantation Capital kini melancarkan satu set langkah dan proses baharu yang diwujudkan untuk terus mengukuhkan pendekatannya dan paling penting kebolehsesuaiannya untuk menghadapi cabaran persekitaran yang tidak diduga bagi membina ladang yang berdaya tahan. Firma ini berbangga dengan pendekatan kukuhnya terhadap pematuhan dan peraturan, yang telah sebati dalam DNAnya melalui jalinan kerjasama yang erat selama bertahun-tahun dengan beberapa badan yang paling disegani dalam industri, seperti badan PBB Malaysia, International Timber Board dan CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam).

Asia Plantation Capital telah membina mikroekonomi di pelbagai kawasan luar bandar yang bergantung pada ladang-ladang, dengan kakitangan mengikut musim turut mengalami kesukaran ekoran impak daripada perubahan iklim. Kini menawarkan perkhidmatan kepada lebih 8,000 pelanggan di seluruh dunia, kumpulan ini mempunyai ladang pokok Gaharu di Malaysia, Sri Lanka and Thailand. Gaharu digunakan dalam pelbagai jenis produk, seperti minyak wangi mewah, kosmetik, setanggi dan bakhour.

Asia Plantation Capital telah menyelesaikan penyelidikan yang ekstensif untuk menavigasi landskap pasca pandemik – memastikan kelangsungan perniagaannya. Kumpulan ini berusaha untuk merangsang prospek pertumbuhan perniagaan melalui pempelbagaian spesies seperti menanam pokok kelapa, yang bersifat mesra alam dan menghasilkan sisa sifar ekoran penggunaannya dalam pelbagai barangan popular seperti bahan api biojisim, santan, minyak dan air.

Steve Watts, Ketua Pegawai Eksekutif di Asia Plantation Capital, mengulas: "Kami telah bangkit lebih daripada yang dijangkakan untuk menyahut cabaran yang tidak diduga dan melaksanakan langkah-langkah baharu yang terus berkembang untuk meneruskan model perniagaan yang ketat dan berdaya tahan demi melangkah ke hadapan. Matlamat utama syarikat ini adalah untuk memulihkan dan menstabilkan perniagaan demi memastikan asas yang selamat yang melaluinya kami dapat maju ke hadapan dan melindungi kepentingan pelanggan, di samping berusaha untuk mencapai matlamat bersama kami dan mengembalikan keyakinan pelanggan."

Latar Belakang Asia Plantation Capital 

Asia Plantation Capital kini banyak melabur dalam sektor perladangan Malaysia dan Thailand, membangunkan ladang dan kilang baharu bagi menghasilkan gaharu dan produk berkaitan yang lain untuk pasaran eksport antarabangsa. Syarikat ini mengukuhkan lagi kehadirannya di Malaysia dengan memindahkan ibu pejabatnya ke pusat bandar Kuala Lumpur, setahun selepas pembukaan salah sebuah kilang pemprosesan gaharu dan kilang penyulingan yang terbesar di Asia Tenggara iaitu di Johor Bahru, Malaysia.

Asia Plantation Capital Group ialah pengendali dan syarikat pengurusan ladang lestari yang memenangi pelbagai anugerah, dengan projek-projeknya berada di empat benua. Sebagai peneraju pasaran dalam industri ini, Lembaga Penasihat Saintifiknya terdiri daripada ilmuwan terkemuka dari pelbagai negara yang mana sesama mereka, membangunkan teknologi serta sistem yang utama dalam industri ini.

Dengan tumpuan terhadap projek-projek perladangan komersial dan perniagaan bersepadu secara vertikal yang menawarkan gabungan faedah komersial, alam sekitar dan komuniti, Asia Plantation Capital telah membangunkan sebuah syarikat "tiga dimensi penilaian keuntungan" yang berjaya serta dinamik.

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Accounting news, issues Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility Environmental Issues