omniture

!important - Aplikasi Pertama yang Boleh Selamatkan Nyawa Anda

!important
2020-07-08 01:22 566

Aplikasi Mudah Alih Percuma daripada Silicon Valley Lindungi Pejalan Kaki daripada Kenderaan Terhubung. 

BERKELEY, California, 7 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Daripada kesemua 250,000 kematian pejalan kaki yang berlaku dalam setahun, 65% menimbulkan masalah yang besar untuk industri automotif. Sebuah syarikat baharu yang berpangkalan di Berkeley mungkin telah dapat menyelesaikan masalah ini.

Functioning as a digital safety belt, the !important app communicates the user’s location to nearby connected vehicles. The technology can immediately alert drivers and even trigger vehicles’ brakes automatically to prevent a collision with an approaching person, bicyclist, or motorcyclist. This first pedestrian-based technology works in all 20 common pedestrian death scenarios and could save a million lives over the next decade.
Functioning as a digital safety belt, the !important app communicates the user’s location to nearby connected vehicles. The technology can immediately alert drivers and even trigger vehicles’ brakes automatically to prevent a collision with an approaching person, bicyclist, or motorcyclist. This first pedestrian-based technology works in all 20 common pedestrian death scenarios and could save a million lives over the next decade.

Satu kajiani automotif Perancis menunjukkan bahawa kematian pejalan kaki berlaku dalam 20 senario biasa, yang boleh dikategorikan kepada empat kumpulan: tanggungjawab pemandu (35%), halangan visual (28%), tingkah laku pejalan kaki yang tidak dapat diramalkan (26%) dan keadaan cuaca (11%). Meskipun sensor berasaskan kenderaan sedia ada seperti kamera, radar, sonar dan lidar ditujukan kepada kategori pertama, kategori-kategori selebihnya terbiar tanpa penyelesaian oleh teknologi semasa.

Berfungsi sebagai tali pinggang keselamatan digital, aplikasi !important memaklumkan lokasi pengguna kepada kenderaan terhubung yang berhampiran. Teknologi ini dapat memberi amaran serta merta kepada pemandu, malah menekan brek kenderaan secara automatik bagi mengelakkan perlanggaran dengan orang, penunggang basikal atau penunggang motosikal yang menghampiri. Teknologi berasaskan pejalan kaki yang pertama ini berfungsi dalam kesemua 20 senario biasa dan dapat menyelamatkan sejuta nyawa sepanjang dekad yang seterusnya.

>> Muat turun aplikasi secara percuma daripada www.important.com 

Aplikasi !important kini boleh didapati secara percuma di kedai Aplikasi iPhone dan Android. "Ini dapat menyelesaikan baki 65% kes kematian. Kami berharap agar ia akan menjadi satu peraturan untuk industri automotif," kata Bastien Beauchamp, pencipta & Ketua Pegawai Eksekutif !important.

Tara Andringa, Pengarah Eksekutif Partners for Automated Vehicle Education (PAVE), merumuskannya dengan baik: "… isu utama adalah bagaimana kita akan dapat menjamin keselamatan pejalan kaki dalam dunia kenderaan automatik (AV). !important menangani masalah ini yang melibatkan keselamatan pejalan kaki dan aplikasi mudah alih mereka berusaha untuk meningkatkan keselamatan jalan raya dengan menambah baik komunikasi antara pejalan kaki dan pengguna jalan raya yang lain."

Pada awal tahun 2021, teknologi ini akan dilaksanakan dalam kenderaan di jalan raya Reno, Nevada (AS) sebagai sebahagian daripada inisiatif Mobiliti Pintar (IM) dengan kerjasama Nevada Center for Applied Research (NCAR) di University of Nevada di Reno. Pengarah NCAR, Carlos G. Cardillo, menyatakan bahawa "Aplikasi !important akan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya yang mudah terdedah kepada bahaya dan penerimaan infrastruktur kenderaan berautonomi dengan mengurangkan bahaya yang mungkin berlaku."

Latar Belakang

!important dicalonkan oleh Alibaba Jumpstarter 2020 bagi 30 Pemula Terbaik Silicon Valley. !Important ialah sebuah syarikat yang disokong oleh kumpulan doktor perubatan dan merupakan sebahagian daripada program pemecut University of California Berkeley Skydeck dan Ann Arbor SPARK. Ia berkolaborasi dengan 12 universiti.

i 

Laporan INRETS No. 256 (Perancis, 2003)

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1200833/_important__important___the_first_app_that_could_save_your_life.jpg?p=medium600

Hubungi: Bastien Beauchamp, 1 855 231 3783, media@important.com

Source: !important
Keywords: Auto Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Transportation