omniture

4 dalam 5 Wanita di Asia Tenggara Beraspirasi menjadi Usahawan, namun Sokongan Lebih Luas Diperlukan untuk Galakkan Tindakan Sebenar

Herbalife Nutrition Asia Pacific
2020-07-10 13:06 942

KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Syarikat pemakanan global yang ulung, Herbalife Nutrition, hari ini mengeluarkan dapatan baharu daripada Tinjauan Keusahawanan Global 2020 tahunan keduanya, yang mendedahkan bahawa wanita di Asia Tenggara mempunyai aspirasi keusahawanan yang lebih kuat berbanding wanita di seluruh dunia. Menurut dapatan daripada tinjauan tersebut, empat dalam lima wanita (81%) di Asia Tenggara bercita-cita untuk menjadi usahawan, lebih tinggi berbanding purata global iaitu 72%, dengan keinginan untuk menjadi usahawan adalah paling ketara antara Generasi Z dan Milenia berumur 18 hingga 39 tahun.

Dijalankan oleh OnePoll pada bulan Mac dan April 2020, Tinjauan Keusahawanan Global Herbalife Nutrition 2020 menyoal selidik 9,000 orang wanita berumur 18 tahun ke atas merentas 15 negara* termasuk 2,000 orang wanita dari Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura mengenai pendirian mereka terhadap keusahawanan. Lebih daripada sekadar membongkar cita-cita dalam bidang keusawahanan dalam kalangan wanita di Asia Tenggara, tinjauan ini mendapati bahawa alasan praktikal didahulukan sebagai pendorong utama ke arah keusahawanan kali ini. Apabila ditanyakan mengenai motivasi mereka untuk memulakan perniagaan mereka sendiri, keperluan untuk menyara keluarga mereka (56%), keinginan untuk bekerja sendiri (54%) dan keinginan untuk bertukar kerjaya (53%) muncul teratas, mendahului alasan-alasan lain seperti inginkan lebih kefleksibelan dalam pekerjaan mereka (45%) dan mengikuti minat mereka (41%).

"Keperluan untuk mencari sumber pendapatan alternatif bagi menyara keluarga mereka menjadi faktor pendorong utama ke arah keusawahanan dalam kalangan wanita Asia Tenggara. Dengan lebih ramai wanita di rantau ini yang berkeinginan untuk memulakan perniagaan mereka sendiri berbanding purata global, kami dapat melihat peluang untuk negara-negara menggalakkan keusahawanan wanita dengan aktif," kata Stephen Conchie, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan Asia Pasifik, Herbalife Nutrition.

"Menggabungkan sektor-sektor awam dan swasta untuk memberi peluang, sumber, pendidikan dan latihan bagi menyokong usahawan wanita akan memperkasa mereka untuk keluar daripada norma sosial dan budaya serta meletakkan asas untuk pertumbuhan ekonomi yang lebih inklusif. Mereka bukan sahaja mendapat manfaat dengan memiliki peluang pendapatan yang lebih baik, masyarakat akan mendapat keuntungan dengan adanya generasi baharu suri teladan usahawan yang dapat membuka laluan kepada peluang yang lebih baik untuk wanita pada masa depan," tambah Conchie.

Kebimbangan kewangan sekitar keusahawanan membebani minda wanita

Meskipun tinjauan ini mendedahkan bahawa empat dalam lima wanita (81%) di Asia Tenggara beraspirasi untuk menjadi usahawan, hanya tiga dalam lima wanita (59%) telah mengambil langkah sebenar untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Halangan utama yang menghalang mereka daripada berbuat demikian termasuk:

  • Kos awal untuk memulakan perniagaan (58%)
  • Kekurangan sokongan kewangan dan pengetahuan pasaran (46%)

Walaupun terdapatnya kebimbangan ini, potensi untuk mengembangkan pendapatan merupakan faedah utama yang dikaitkan dengan keusahawanan menerusi 63% wanita di Asia Tenggara, diikuti dengan keupayaan untuk menyara keluarga mereka dengan lebih baik (51%) dan potensi untuk mendapat sesuatu yang mereka percaya mereka layak menerima (49%).

Usahawan wanita yang bercita-cita tinggi ingin menjadi suri teladan buat wanita lebih muda 

Selain daripada dorongan untuk menjana pendapatan, 84% wanita Asia Tenggara berkata bahawa pemacu utama terhadap keusahawanan adalah keinginan mereka untuk menjadi suri teladan kepada wanita lebih muda. Selain itu, hampir tujuh dalam 10 (67%) berkata bahawa mereka ingin membantu memecahkan halangan yang tidak dapat dilihat untuk wanita melalui semangat keusahawanan mereka.

Secara keseluruhan, hampir empat dalam lima wanita (77%) di Asia Tenggara percaya bahawa wanita perlu bekerja lebih keras untuk diberi peluang yang sama di tempat kerja, mereka juga melihat keusahawanan sebagai cara untuk membuka peluang baharu buat wanita lain di rantau ini. Bahkan:

  • 58% wanita di Asia Tenggara ingin menawarkan peluang untuk kemajuan kerjaya kepada wanita lain melalui keusahawanan
  • 56% ingin memberikan wanita dengan suri teladan wanita yang lebih positif
  • 54% ingin memanfaatkan keusahawanan sebagai peluang untuk menunjukkan kemahiran berbeza yang dimiliki oleh wanita berbanding lelaki

Sokongan kewangan, pengetahuan pasaran dan pementoran penting untuk wanita dalam bidang keusahawanan

Bagi membantu wanita Asia Tenggara mengambil langkah pertama untuk memulakan perniagaan mereka sendiri, berikut diketengahkan sebagai blok binaan utama untuk perjalanan keusahawanan mereka:

  • Pengetahuan perniagaan dan kewangan yang mencukupi (73%)
  • Wang simpanan yang mencukupi atau kestabilan kewangan (71%)
  • Keluarga yang memberi sokongan (64%)
  • Keupayaan untuk mengendalikan perniagaan di rumah (64%)
  • Mentor untuk membimbing mereka dalam perjalanan keusahawanan saya (61%)
  • Keupayaan untuk mengurus perniagaan mereka secara separuh masa sehingga mereka bersedia untuk mengendalikannya sepenuh masa (51%)

Meskipun perjalanan menuju bidang keusahawanan mungkin tidak akan berjalan lancar, tujuh dalam 10 (70%) wanita di Asia Tenggara percaya bahawa perjalanan ini akan mengubah kehidupan mereka, manakala enam dalam 10 (64%) percaya bahawa ia akan menjadi suatu yang menginspirasikan.

*Tinjauan ini dijalankan di 15 negara termasuk AS, Mexico, Colombia, Ecuador, Bolivia, Argentina, Peru, Brazil, Singapura, Indonesia, Filipina, Malaysia, Rusia, Sepanyol dan Itali.

Latar Belakang Herbalife Nutrition

Herbalife Nutrition ialah sebuah syarikat bertaraf global yang telah mengubah kehidupan orang ramai menerusi produk pemakanan yang hebat dan peluang perniagaan yang terbukti untuk ahli bebasnya sejak tahun 1980. Syarikat ini menawarkan produk yang berkualiti tinggi dan disokong oleh sains, dijual di lebih 90 negara oleh ahli yang menjadi usahawan yang memberi bimbingan secara peribadi dan komuniti sokongan yang memberi inspirasi kepada pelanggan mereka untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan lebih aktif. Melalui kempen global Syarikat ini yang bertujuan untuk membasmi kelaparan, Herbalife Nutrition turut komited untuk membawakan nilai pemakanan dan pendidikan kepada masyarakat di serata dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi IAmHerbalifeNutrition.com.

Herbalife Nutrition juga menggalakkan para pelabur untuk melayari laman web perhubungan pelaburnya di ir.herbalife.com di mana maklumat kewangan dan lain-lain sering dikemas kini dan maklumat baru disiarkan.

Source: Herbalife Nutrition Asia Pacific
Keywords: Food/Beverages Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research Women-related news