omniture

The Mark Hotel Tersenarai "Hotel Bandar #1 di AS" dan "Hotel #1 di Bandar Raya New York" dalam Travel + Leisure World's Best Awards 2020

The Mark Hotel
2020-07-10 20:53 509

NEW YORK, 10 Julai 2020 /PRNewswire/ -- The Mark Hotel yang ikonik, dibuka semula pada 15 Jun dan terletak di salah satu kawasan kejiranan yang paling elegan dan tidak menonjol di Manhattan, di tengah-tengah Upper East Side, telah terpilih sebagai "Hotel Bandar #1 di Benua Amerika Syarikat" dan "Hotel #1 di Bandar Raya New York" menerusi Travel + Leisure World's Best Awards for 2020. Senarai kedudukan yang berprestij ini mengikuti senarai anugerah dan penghargaan panjang yang diterima oleh The Mark sejak pembukaan semulanya 10 tahun yang lalu selepas hartanah ini diperbaharui semula oleh sebuah pasukan yang diketuai oleh Izak Senbahar, serta merta menjadi hotel pilihan untuk kumpulan pelanggan dengan broker kuasa global selepas melakukan pengubahsuaian yang berani oleh pereka Jacques Grange.

"Kami diberi penghormatan berganda untuk menerima dua anugerah utama iaitu Hotel Terbaik di New York dan Hotel Bandar Terbaik di AS – oleh Travel + Leisure World's Best Awards of 2020. The Mark merupakan hasil daripada usaha berterusan ramai individu kreatif dan kerja keras harian kakitangan kami yang profesional, berdedikasi dan paling mengambil berat," kata Izak Senbahar, menambah, "Ucapan terima kasih yang istimewa ditujukan buat Jacques Grange dan pasukan artis dan artisan yang besar, dipilih atur oleh Pierre Passebon, yang membantu kami mereka bentuk dan mencipta hotel ikonik yang tak lapuk dek zaman ini. Pasukan pengurusan kami, pasukan kreatif dan rakan usaha sama, termasuk cef bintang Michelin Jean-Georges Vongerichten, usahawan kecantikan Frédéric Fekkai dan pakar pembuat minyak wangi Frédéric Malle, merupakan faktor utama kejayaan kami."

Pautan ke imej


Latar Belakang The Mark Hotel
The Mark Hotel menggabungkan reka bentuk avant-garde dengan teknologi terkini serta keselesaan gaya lama. Hotel ini memanfaatkan kepakaran kumpulan bakat yang luar biasa termasuk cef bintang Michelin Jean-Georges Vongerichten, usahawan kecantikan Frédéric Fekkai, pakar pembuat minyak wangi Frédéric Malle dan pereka legenda Jacques Grange yang menugaskan sekumpulan artis dan artisan antarabangsa untuk mencipta karya seni dan perabot tempahan khas termasuk Ron Arad, Mattia Bonetti, Guy de Rougemont, Vladimir Kagan, Eric Schmitt dan Paul Mathieu, antaranya. The Mark Hotel terkenal di seluruh dunia atas tahap perkhidmatan peribadi yang luar biasa dan senarai ameniti yang belum pernah disediakan sebelum ini, termasuk daftar masuk 24/7, servis bilik 24/7, membeli belah 24/7 di Bergdorf Goodman dan akses ke The Mark Sailboat, antara banyak ameniti lain yang merupakan sebahagian daripada #LifeAtTheMark
@TheMarkHotelNY 
@TheMarkRestaurantNYC
TravelAndLeisure.com/WorldsBest 

Pautan ke video

Pertanyaan Akhbar
+1 212 228 5555
TheMark@NadineJohnson.com 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1201029/the_mark_hotel_exterior.jpg?p=medium600

Source: The Mark Hotel
Keywords: Hotels and Resorts Travel Awards