omniture

Hublot Lancar Big Bang Millennial Pink

Hublot
2020-07-10 22:44 755

NYON, Switzerland, 10 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Dalam dunia yang sentiasa berubah-ubah, Hublot terus berpegang pada falsafahnya untuk menjadi yang pertama, unik dan berbeza: memperkenalkan Big Bang baharu, yang diberi nama Millennial Pink, yang direka dengan kolaborasi Garage Italia dan Lapo Elkann. Satu pendekatan baharu terhadap penjagaan masa, sesuatu yang memandang ke masa depan, menetapkan trend. Lebih daripada sekadar seutas jam tangan, ia merupakan suatu keadaan fikiran. Neutral Gender.

 

Untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini, ikuti: @Hublot #Hublot # BigBangMillennialPink

https://youtu.be/FDb7sp1bCPY

"Di Hublot, kami amat berbangga dengan Seni Gabungan (Art of Fusion). Namun begitu, senarai perkara yang kami turut hargai juga melibatkan keupayaan untuk berinovasi, membawa perubahan, berbeza dan pastinya kepakaran dalam pembuatan jam tangan kami. Big Bang Millennial Pink yang kami hasilkan bersama Lapo Elkann daripada Garage Italia ini benar-benar menepati visi perintis kami. Kepakaran kami dalam teknologi bahan membolehkan kami untuk mencipta warna yang unik untuk jam tangan ini, Millennial Pink, simbolik bagi dunia yang disediakan buat kita, dalam keadaannya yang sentiasa berubah-ubah." - Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif HUBLOT

"Di Garage Italia, kami ingin menjadi sebahagian daripada dunia yang mana karakter setiap orang ditentukan oleh kecintaan mereka terhadap kehidupan dan keterangkuman mereka, dan bukannya oleh kuasa atau keunggulan mereka. Lebih daripada sekadar produk, kami ingin mencipta sesuatu yang menonjolkan suatu perubahan yang positif." - Lapo Elkann, PENGASAS & PENGERUSI KREATIF GARAGE ITALIA 

Bagi sesetengah orang, ia boleh jadi serbuk merah jambu atau pastel; bagi yang lain, adunan yang lembut antara kuning air dan salmon, aprikot dan limau gedang. Menarik dan tidak dapat digambarkan dengan jelas, Millennial Pink mendapat tempatnya pada hari ini sebagai warna merah jambu yang bukan dalam lingkungan eksklusif wanita, mahupun lingkungan eksklusif lelaki, namun benar-benar sebagai lambang generasi yang serba baharu. Warna istimewa ini menandakan peralihan seismik yang akan mengubah status quo: nilai-nilai tradisi yang telah mantap dipertimbangkan semula melalui lensa positif. Pink – merah jambu jam tangan ini – mengekspresikan pendekatan yang lembut, inklusif dan yakin terhadap kehidupan. Wawasan baharu yang segar, penuh makna, yang menakrifkan semula gaya.

Bekas jam 42-mm menentukan sifatnya: diperbuat daripada aluminium yang ringan dan moden, bahan uniseks dan monokrom, warna merah jambu milenia yang tersadur, dengan kemasan satin dan berwarna-terus. Pencapaian teknikal ini dapat dijayakan hasil daripada penyelidikan yang dijalankan oleh jurutera Hublot. Warna yang sangat khusus ini diperoleh melalui anodisasi, proses yang melindungi mahupun menghiasi suatu bahagian dan mempunyai kelebihan untuk memberikan bekas jam dan komponennya dengan gradasi warna pastel yang diingini digabungkan dengan rintangan yang luar biasa terhadap calar dan hentaman. Perkadarannya memastikan ia terletak dengan sempurna pada mana-mana pergelangan tangan. Neutral Gender. Pergerakan pembuatan kronograf Unico, mempunyai simpanan kuasa selama 72 jam, mempunyai mekanisme kronograf pada sisi muka jam dan roda turus.

Big Bang Millennial Pink yang amat serba guna ini dibekalkan dengan dua tali jam, boleh ditukar ganti dengan mudah hasil daripada sistem One Click berpaten yang eksklusif daripada Hublot.

Disruptif, mencipta kod baharu untuk kemewahan tradisi, Big Bang Millennial Pink dikeluarkan dengan kerjasama Garage Italia hanya akan tersedia dalam edisi terhad yang sangat eksklusif sebanyak 200 unit.

Video: https://www.youtube.com/watch?v=FDb7sp1bCPY 
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1202316/hublot_big_bang_millennial_pink.jpg?p=medium600 
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1202317/kylian_mbappe.jpg?p=medium600 
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1176881/Hublot_Logo.jpg?p=medium600

Big Bang Millennial Pink
Big Bang Millennial Pink

 

Kylian Mbappé Hublot Ambassador by Jean-Baptiste Mondino, Big Bang Millennial Pink
Kylian Mbappé Hublot Ambassador by Jean-Baptiste Mondino, Big Bang Millennial Pink

 

 

 

 

 

 

 

Source: Hublot
Keywords: Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail