omniture

Instrumen Diterjemah daripada NCCN Ukur "Suhu" Kesihatan Mental Individu Menghidap Kanser

National Comprehensive Cancer Network
2020-07-13 08:05 341

NCCN Distress Thermometer membolehkan perbincangan dan rawatan distres sebagai sebahagian daripada penjagaan rutin individu yang menghidap kanser. Sumber percuma ini kini diterjemahkan ke dalam 46 bahasa untuk kebolehcapaian global.

PLYMOUTH MEETING, Pennsylvania, 13 Julai 2020 /PRNewswire/ --  National Comprehensive Cancer Network® (NCCN®)—satu perikatan pusat-pusat kanser yang terkemuka di Amerika Syarikat—hari ini mengumumkan bahawa NCCN Distress Thermometer telah diterjemahkan ke dalam 46 bahasa. Sumber percuma ini membantu penyedia di seluruh dunia untuk mengenal pasti dan menangani aspek distres berbilang faktor yang boleh dialami oleh pesakit kanser.

NCCN Distress Thermometer - now available in 46 languages at NCCN.org/global. (PRNewsFoto/National Comprehensive Cancer N)
NCCN Distress Thermometer - now available in 46 languages at NCCN.org/global. (PRNewsFoto/National Comprehensive Cancer N)

NCCN menakrifkan "distres" sebagai pengalaman tidak menyenangkan bersifat mental, fizikal, sosial atau kerohanian yang boleh mempengaruhi cara-cara seseorang berfikir, merasa atau bertindak. Distres boleh menjadikannya lebih sukar untuk menghadapi kanser, simptom atau rawatannya. Menggunakan instrumen seperti NCCN Distress Thermometer menormalkan dan menggalakkan perbincangan tanpa sebarang stigma yang boleh mengakibatkan sesetengah pesakit mengelakkan daripada bercakap mengenai isu-isu psikologi atau isu-isu yang amat peribadi.

"NCCN Distress Thermometer mengakui bahawa rawatan kanser yang dijalani mengganggu perasaan buat semua orang. Carta ringkas ini memberi cara yang mudah kepada pesakit untuk membolehkan doktor mereka mengetahui seberapa baik mereka mengatasinya," jelas Robert W. Carlson, MD, Ketua Pegawai Eksekutif, NCCN. "Kami mendapati bahawa skor empat atau lebih tinggi merupakan indikasi untuk penilaian selanjutnya dan intervensi yang mungkin dapat diberikan. Termometer ini melibatkan senarai masalah yang sepadan bagi membantu penyedia rawatan kesihatan menentukan sekiranya distres yang dialami oleh pesakit berpunca daripada masalah praktikal, masalah keluarga, masalah emosi, kebimbangan kerohanian/keagamaan, masalah fizikal atau kombinasinya."

NCCN Distress Thermometer mula dicipta pada tahun 1997 oleh perintis psiko-onkologi Jimmie C. Holland, MD. Mendiang Dr. Holland merupakan Kursi Pengasas bagi Panel NCCN Guidelines® untuk Pengurusan Distres dan Presiden Pengasas American Psychosocial Oncology Society. Matlamat beliau adalah untuk menjadikan perbincangan mengenai distres sebagai satu bahagian rutin kunjungan pesakit onkologi bagi meningkatkan kesejahteraan psikososial dan fizikal pesakit yang menghidap kanser.

"Mengurus tekanan emosi pesakit serta kesakitan fizikal merupakan bahagian penting dalam rawatan perubatan," kata Dr. Sonali Johnson, Ketua, Pengetahuan, Advokasi dan Dasar, Union for International Cancer Control, organisasi memerangi kanser antarabangsa yang terbesar di dunia, juga berperanan di sebalik Hari Kanser Sedunia yang diadakan pada setiap 4 Februari. "Pesakit kanser khususnya sangat terdedah kepada masalah kegelisahan dan kemurungan serta tekanan di tempat kerja dan di rumah, kesemuanya boleh mempengaruhi pemulihan dan kualiti hidup mereka. NCCN Distress Thermometer menyediakan kepada pesakit dan pengasuh dengan instrumen bernilai bagi menangani kesan psikologi penyakit."

Terjemahan NCCN Distress Thermometer merupakan sebahagian daripada usaha berterusan oleh Pasukan Global NCCN untuk menjadikan Garis Panduan NCCN dan produk derivatif lebih mudah diakses oleh penutur bukan berbahasa Inggeris. Lebih daripada 100 terjemahan baharu telah diterbitkan pada tahun ini sahaja, termasuk garis panduan klinikal dan versi mesra pesakit. NCCN juga menyediakan NCCN Framework for Resource Stratification of NCCN Guidelines (NCCN Framework™) dan NCCN Harmonized Guidelines™ dengan cadangan optimum berserta pendekatan pragmatik untuk meningkatkan rawatan dalam persekitaran yang mengalami kekangan sumber, seperti di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana. Kunjungi nccn.org/global dan sertai perbualan dalam talian dengan tagar #NCCNGlobal.

NCCN Distress Thermometer yang telah diterjemahkan boleh didapati di nccn.org/global/international_adaptations.aspx#distress. NCCN Guidelines for Patients®: Distress yang dikemas kini baru-baru ini juga disediakan di nccn.org/patients.

Latar Belakang National Comprehensive Cancer Network
National Comprehensive Cancer Network® (NCCN®) ialah sebuah perikatan bukan berasaskan keuntungan yang terdiri daripada pusat-pusat kanser terkemuka yang mengkhusus untuk penjagaan pesakit, penyelidikan dan pendidikan. NCCN berdedikasi untuk meningkatkan dan memudahkan penjagaan kanser yang berkualiti, berkesan, cekap dan boleh diakses agar pesakit dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. NCCN Clinical Practice Guidelines in Oncology (NCCN Guidelines®) menyediakan cadangan konsensus pakar yang telus dan berasaskan bukti untuk rawatan kanser, pencegahan dan perkhidmatan sokongan; ia merupakan standard yang diiktiraf untuk hala tuju dan dasar klinikal dalam pengurusan kanser serta garis panduan amalan klinikal yang paling teliti dan kerap dikemas kini yang disediakan dalam sebarang bidang perubatan. NCCN Guidelines for Patients® menyediakan maklumat rawatan kanser pakar untuk memaklumkan dan memperkasa pesakit serta pengasuh, melalui sokongan daripada NCCN Foundation®. NCCN turut memajukan pendidikan lanjutan, inisiatif global, dasar dan kolaborasi penyelidikan serta penerbitan dalam bidang onkologi. Kunjungi NCCN.org untuk maklumat lanjut dan ikuti NCCN di Facebook @NCCNorg, Instagram @NCCNorg dan Twitter @NCCN.

Hubungan Media:
Rachel Darwin
267-622-6624
darwin@nccn.org 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1201669/nccn_distressthermometer.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/441768/NCCN_Logo.jpg?p=medium600

Source: National Comprehensive Cancer Network
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Not for profit