omniture

Tadawul Umum Tarikh Pelancaran Pasaran Derivatif dan Niaga Hadapan Indeks Saudi

Tadawul
2020-07-15 22:20 538

RIYADH, Arab Saudi, 15 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Bursa Saham Saudi (Tadawul) hari ini mengumumkan bahawa pelancaran derivatif dagangan-bursa akan diadakan pada 30 Ogos 2020. Produk derivatif dagangan-bursa pertama ini merupakan kontrak niaga hadapan indeks, Saudi Futures 30 (SF30). Kontrak ini adalah berdasarkan MSCI Tadawul 30 Index (MT30).

Pelancaran Pasaran Derivatif ini bertujuan untuk menyokong selanjutnya pertumbuhan pasaran modal Saudi dengan mencipta peluang baharu untuk pelabur, menyediakan mereka dengan alat lindung nilai untuk mengurus risiko dan bagi meluaskan peluang pendedahan kepada salah satu pasaran yang terbesar dan paling cair di dunia – Pasaran Saudi. Ketika pasaran ini membangun, Tadawul mempunyai rancangan untuk memperkenalkan lebih banyak produk derivatif seperti Niaga Hadapan Saham Tunggal, Opsyen Saham Tunggal dan Opsyen Indeks.

Eng. Khalid Al Hussan, Ketua Pegawai Eksekutif Tadawul, berkata: "Hari ini, kami dengan bangganya dapat mengatakan bahawa pasaran modal kami bukan sahaja merupakan yang terbesar di rantau ini, tetapi juga yang membangun paling pantas berbanding kebanyakan bursa dari segi produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan. Pengenalan kepada perdagangan derivatif merupakan bukti selanjutnya komitmen kami untuk menyediakan pelabur kami dengan produk dan perkhidmatan yang terpelbagai serta inovatif bagi memenuhi semua keperluan mereka."

"Pelancaran Pasaran Derivatif di Arab Saudi sebagai salah satu inisiatif utama Program Pembangunan Sektor Kewangan (FSDP) di bawah Wawasan Saudi 2030 merupakan satu langkah penting untuk memperkenalkan produk pasaran yang sofistikated dan mewujudkan persekitaran perdagangan yang menarik kepada penduduk tempatan serta pelindung nilai dan pedagang antarabangsa," tambah Al Hussan.

Latar Belakang Tadawul

Bursa Saham Saudi (Tadawul) ialah satu-satunya entiti yang mendapat kebenaran di Kerajaan Arab Saudi untuk bertindak sebagai bursa sekuriti (Bursa) Kerajaan ini, menyenaraikan dan memperdagangkan sekuriti. Susulan penyenaraian Saudi Aramco, IPO yang terbesar dalam sejarah, Tadawul ialah pasaran saham ke-9 terbesar antara 67 anggota dalam Persekutuan Bursa Dunia (World Federation of Exchanges) dan merupakan pasaran dominan dalam Majlis Kerjasama Negara-negara Teluk (GCC). Bursa ini merupakan pasaran saham ke-3 terbesar antara rakan setara pasarannya yang baru muncul. Untuk maklumat lanjut lihat: www.tadawul.com.sa

Latar Belakang MSCI Tadawul 30 index (MT30)

MSCI Tadawul 30 Index (MT30) dilancarkan oleh Tadawul serta MSCI dan beroperasi pada 30 Januari 2019. MT30 Index berasal daripada MSCI Saudi Arabia Index yang lebih luas dan diwujudkan untuk menonjolkan prestasi kira-kira 30 saham terbesar dan paling cair yang disenaraikan di Tadawul berdasarkan permodalan apungan bebas.

Konstituen awal Indeks ini menonjolkan kira-kira 87% daripada jumlah permodalan pasaran untuk pasaran Arab Saudi yang lebih luas. Pemberat sekuriti individu dalam indeks ini dihadkan pada 15% bagi meminimumkan risiko penumpuan. Indeks ini akan diimbangi semula pada setiap suku tahun (hampir pada hari perniagaan terakhir pada bulan Mei, Ogos, November dan Februari serentak dengan Ulasan Indeks bagi Indeks Pasaran Boleh Labur Global MSCI).

Hubungan Tadawul:
Mohammed Al Abdullah
+966 (54) 541-1133
mohammed.abdullah@tadawul.com.sa

Hubungan Finsbury:
Ahmed Jebur
+971 (52) 290-3518
Ahmed.jebur@finsbury.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/827850/PIV859196_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Tadawul
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Financial Technology