omniture

HotForex memenangi anugerah 'Decade of Excellence Forex Brokerage Asia 2020'

HotForex
2020-07-16 12:00 2989

'Anugerah "Decade of Excellence Forex Brokerage Asia 2020' menandakan kejayaan penting dalam pengembangan global HotForex, broker pelbagai aset yang memenangi anugerah yang reputasinya tiada tandingannya seluruh pelosok dunia

PORT LOUIS, Mauritius, 16 Julai 2020 /PRNewswire/ -- HotForex, broker CFD forex dan komoditi antarabangsa yang diiktiraf berasa bangga kerana telah dianugerahkan anugerah "Decade of Excellence Forex Brokerage Asia 2020" oleh Global Banking & Finance Review, hasil komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan perdagangan berkualiti tinggi yang inovatif kepada semua pelanggan di rantau Asia dan seluruh dunia.

George Koumantaris, CEO, HotForex, mengulas: "Memenangi anugerah ini adalah pengiktirafan terhadap perkhidmatan berkualiti tinggi yang diberikan syarikat kami kepada pelanggannya dan mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju industri di rantau Asia. Tujuan kami adalah untuk terus menerapkan kemahiran dan kepakaran kami dalam melayani keperluan pelanggan kami yang mematuhi amalan, pengalaman dan pengetahuan terbaik. Ia merupakan datu penghormatan untuk menerima anugerah ini dan kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan setia kami atas sokongan mereka! "

Tahun ini, HotForex meraikan ulang tahun perniagaan yang ke-sepuluh. Hanya dalam satu dekad, syarikat ini telah menjadi broker FX global terkemuka dengan perkhidmatan yang memenangi pelbagai anugerah yang merangkumi sokongan dan perlindungan pelanggan sepenuhnya, semua instrumen dan alat perdagangan terkini, dan lesen peraturan dari pihak berkuasa terkenal di dunia.

Nota untuk Media:

Mengenai HotForex 

Sejak penubuhannya pada 2010, HotForex adalah jenama HF Markets Group yang merangkumi entiti global dan dikawalselia yang beroperasi sebagai broker pelbagai aset yang menawarkan perkhidmatan perdagangan runcit dan institusi kepada pelanggan dari seluruh dunia. HotForex terus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran, fakta yang ditegaskan oleh:

  • Lebih 2,000,000 Akaun Langsung Dibuka
  • Lebih daripada 35 Anugerah Antarabangsa
  • Sokongan Pelanggan lebih dari 27 Bahasa
  • Keselamatan Dana Yang Terbaik

Untuk mengetahui lebih banyak maklumat mengenai HotForex, sila lawati laman web kami dengan klik di sini.

Amaran Rsiko:

Berdagang Produk Leverage seperti Forex dan Derivatif mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur kerana mereka mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat, dengan mengambil kira objektif pelaburan dan tahap pengalaman anda, sebelum berdagang, dan jika perlu, dapatkan nasihat bebas. Sila baca Pendedahan Risiko sepenuhnya.

Source: HotForex
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards Financial Technology