omniture

Parallel Wireless Bantu Sampaikan Visi Open RAN Orange di Republik Afrika Tengah

Parallel Wireless
2020-07-16 18:00 468

OpenRAN Bersedia Dayakan Sambungan dan Rapatkan Jurang Digital 

NASHUA, New Hampshire, 16 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Parallel Wireless, Inc., syarikat OpenRAN berpangkalan di A.S. terkemuka yang menyampaikan penyelesaian Open RAN 5G 4G 3G 2G hujung-ke-hujung tentuan perisian yang pertama di dunia, hari ini mengumumkan bahawa, dengan perkongsian bersama i engineering Group, mereka telah dipilih oleh Orange dalam program berbilang negara keseluruhan untuk memperluaskan liputan semasa dan meluaskan kumpulan pelanggan masa kini yang seramai 700,000 pelanggan di seluruh Republik Afrika Tengah sebagai pelaksanaan pertama. Di Afrika, Orange melaksanakan program yang dikenali sebagai IDEAL: Include Digital in Every African Life (Libatkan Digital dalam Setiap Kehidupan Afrika). Program ini bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan digital kepada pelanggan mereka yang tidak mempunyai sebarang sambungan hari ini.

Orange, salah satu pengendali perkhidmatan mudah alih dan internet yang terbesar di Eropah dan Afrika serta peneraju global bagi perkhidmatan telekomunikasi korporat merupakan syarikat paling terbaharu yang menyertai pasaran telekomunikasi Republik Afrika Tengah, yang terdiri daripada empat pengendali. Republik Afrika Tengah ialah sebuah negara yang dibahagikan secara digital dengan hanya 48% sambungan mudah alih unik dan infrastruktur rangkaian terhad. Rangkaian 2G, 3G atau 4G tradisional memerlukan peralatan yang mahal dan besar untuk digunakan dan dikendalikan. Rangkaian berasaskan perkakasan ini sukar dan mahal untuk dinaik taraf.

Parallel Wireless mendayakan peralihan kepada seni bina rangkaian OpenRAN yang terbuka, berasaskan perisian dan maya bagi menyampaikan rangkaian berasaskan perisian 2G, 3G, 4G dan 5G yang boleh diskala. Kesemua ini menjimatkan kos untuk digunakan dan diselenggara dan dapat membawa liputan dan kapasiti kepada pengguna akhir dan perniagaan di seluruh negara. OpenRAN Parallel Wireless telah menunjukkan prestasi, kualiti perkhidmatan dan faedah kos yang amat mantap di enam benua melalui:

  • Ekosistem OpenRAN perkakasan radio paling matang yang boleh dinaik taraf melalui perisian kepada sebarang G dan dapat menyokong sebarang pemisahan RAN patuh 3GPP.
  • vBBU berasaskan COTS untuk memberi kapasiti yang boleh diskala demi suara dan data yang berbeza.
  • Perisian OpenRAN Controller yang memenangi anugerah GLOMO untuk menurunkan kos RAN melalui penyederhanaan, pengautomatan melalui SON masa sebenar dan virtualisasi penuh rangkaian. Ia turut menyediakan mobiliti yang lancar, breakout setempat dan kependaman rendah demi pengalaman pelanggan yang terbaik untuk suara 2G dan data 3G/4G. Perisian ini membolehkan seni bina OpenRAN dan pemisahan DU/CU dengan menggunakan antara muka berasaskan standard dan terbuka antara komponen-komponen rangkaian. Ia juga memudahkan pengurusan rangkaian serta penyepaduan produk RAN baharu ke bahagian teras rangkaian.

Matlamat strategik Orange adalah untuk membina dan memperluaskan rangkaian tanpa wayar di seluruh Afrika dan untuk menyediakan perkhidmatan digital generasi seterusnya kepada pelanggan di rantau ini. Menjalin perkongsian dengan Parallel Wireless dan i engineering Group, Orange akan mencapai matlamat tersebut dengan:

  • Membina rangkaian Open RAN bertaraf dunia, berasaskan awan, sedia-5G berdasarkan seni bina berprestasi tinggi dan teragih Parallel Wireless;
  • Meningkatkan ketangkasan perkhidmatan dan mengurangkan kos operasi di seluruh tapak yang tersebar dari segi geografi, dengan pengenalan kepada pengautomatan RAN;
  • Menggunakan kepakaran i engineering Group dalam membina dan mengurus tapak sel.

Kata-kata sokongan 

Hervé Suquet, Ketua Pegawai Inovasi Teknologi, Orange Timur Tengah & Afrika, berkata: "Melalui program IDEAL (Include Digital in Every African Life) kami, di Orange, kami menyediakan sambungan yang andal kepada pelanggan kami, disokong oleh infrastruktur inovatif kami. Kombinasi antara keterbukaan dan virtualisasi RAN, pengautomatan dan peluang penjanaan pendapatan baharu akan membolehkan Orange untuk menerajui pasaran bagi memenuhi keperluan pelanggan kami dengan paling berkesan di Republik Afrika Tengah. Sememangnya, hasil daripada teknologi ini, Orange RCA akan menyediakan rangkaian perkhidmatan penuh kepada penduduk luar bandar (suara, data dan Orange Money), yang sudahpun disediakan di kawasan bandar. Keupayaan untuk mengendalikan 2G dan 3G pada sistem yang sama pada hari ini dan, tatkala pelanggan kami menaik taraf peranti mereka kepada 4G pada masa depan, menaik taraf dengan lancar kepada 4G akan membantu kami bukan sahaja untuk melanjutkan pelaburan awal kami, tetapi turut membawa perkhidmatan baharu dengan lebih pantas. Parallel Wireless merupakan pengusaha Open RAN yang terkenal dan bersama-sama penggunaan dan kepakaran perkhidmatan terurus daripada i engineering Group, mereka telah menjadi rakan kongsi strategik yang sebenar dan pendorong utama untuk kami dalam melaksanakan pemodenan rangkaian unik ini."

Kadri Hakim, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama, i engineering Group, berkata, "Inovasi merupakan aspek yang paling penting untuk perniagaan kami maju ke hadapan ketika kami menyasarkan untuk membangunkan penyelesaian yang inovatif untuk pelanggan kami. Tumpuan kerjasama kami bersama Parallel Wireless adalah untuk membantu menyampaikan visi Orange bagi menghubungkan perniagaan dan orang ramai menggunakan teknologi OpenRAN yang terkemuka daripada Parallel Wireless bagi membolehkan semua orang menikmati sambungan tanpa wayar sambil memodenkan pelaburan rangkaian untuk sebarang perkhidmatan akan datang."

Bernard Lamy, Pengarah Jualan, Parallel Wireless, berkata, "Pelaksanaan platform Open RAN kami yang terkemuka di dunia akan membolehkan Orange mendayakan perkhidmatan pelanggan baharu untuk digunakan dengan pantas, lancar dan lebih andal."

Latar Belakang Parallel Wireless 

Parallel Wireless ialah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di A.S. yang mencabar vendor legasi dunia dengan satu-satunya penyelesaian OpenRAN didayakan perisian SEMUA G (5G/4G/3G/2G) yang seragam dalam industri. Perisian rangkaian natif-awannya menakrifkan semula ekonomi rangkaian untuk pengendali mudah alih global dari segi pelaksanaan liputan dan kapasiti, di samping turut membuka laluan untuk 5G. Syarikat ini terlibat dengan lebih 50 pengendali terkemuka di seluruh dunia. Inovasi dan kecemerlangan Parallel Wireless dalam penyelesaian RAN maya terbuka, berbilang teknologi telahpun diiktiraf menerusi lebih 72 anugerah industri. Untuk maklumat lanjut, kunjungi: www.parallelwireless.com. Berhubung dengan Parallel Wireless di LinkedIn dan Twitter.

Latar Belakang i engineering Group

Ditubuhkan pada tahun 2007, i engineering Group ialah penyedia penyelesaian hujung-ke-hujung yang terkemuka bagi infrastruktur dan perkhidmatan terurus di Afrika dan Pasaran-pasaran Baru Muncul. Awalnya berkepakaran dalam telekomunikasi dan infrastruktur kuasa, kami telah berkembang pesat sejak penubuhan kami mencapai 17 operasi dan telah berjaya mempelbagaikan Infrastruktur Pembinaan Awam, Gentian Optik & Pusat Data.

Pendekatan yang cekap oleh Kumpulan ini digandingkan dengan aplikasi sistem pengurusan kualiti yang ketat telah melayakkannya memperoleh portfolio besar dengan pelanggan yang terkenal di peringkat antarabangsa selain pelbagai akreditasi industri.

Dengan kepakaran tempatan dan jangkauan antarabangsa, kami menyediakan penyelesaian yang berkesan kos dan inovatif yang membolehkan pelanggan kami mencapai matlamat perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, kunjungi: https://www.ieng-group.com/ 

Latar Belakang Orange 

Orange ialah salah satu pengendali telekomunikasi yang terkemuka di dunia dengan nilai jualan mencecah 42 bilion euro pada tahun 2019 dan 145,000 pekerja di seluruh dunia pada 31 Mac 2020, termasuk 85,000 pekerja di Perancis. Kumpulan ini mempunyai himpunan pelanggan keseluruhan seramai 253 juta pelanggan di seluruh dunia pada 31 Mac 2020, termasuk 208 juta pelanggan mudah alih dan 21 juta pelanggan jalur lebar tetap. Kumpulan ini berada di 26 negara. Orange juga merupakan penyedia yang terkemuka bagi perkhidmatan IT dan telekomunikasi global untuk syarikat-syarikat multinasional, di bawah jenama Orange Business Services. Pada Disember 2019, Kumpulan ini membentangkan rancangan strategik "Engage 2025" baharunya, yang mana, berpandukan kebertanggungjawapan sosial dan dalam sekitar, bertujuan untuk mencipta semula model pengendalinya. Semasa berkembang pesat di kawasan-kawasan yang mengalami pertumbuhan dan menjadikan AI dan data sebagai keutamaan dalam model inovasinya, Kumpulan ini akan menjadi majikan yang menarik dan bertanggungjawab, yang dapat beradaptasi dengan kerjaya-kerjaya yang baru muncul.

Orange disenaraikan di Euronext Paris (simbol ORA) dan di Bursa Saham New York (simbol ORAN).

Untuk maklumat lanjut melalui internet dan pada peranti mudah alih anda: www.orange.com, www.orange-business.com atau ikuti kami di Twitter: @orangegrouppr.

Orange dan mana-mana nama produk atau perkhidmatan Orange lain yang disertakan dalam bahan media ini ialah tanda dagangan Orange atau Orange Brand Services Limited.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1004727/PW_FullColor_CMYK_Logo.jpg?p=medium600  

 

Source: Parallel Wireless
Related Stocks:
EuronextParis:ORA NYSE:ORAN
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Wireless Communications Corporate Expansion Trade show news