omniture

Pendapatan Mata Wang Tetap LTI Meningkat 10.6% Berbanding Tahun Sebelumnya; Keuntungan Bersih Meningkat 17.1% Berbanding Tahun Sebelumnya

LTI
2020-07-16 22:27 577

MUMBAI, India, 16 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Larsen & Toubro Infotech (kod BSE: 540005) (NSE: LTI), sebuah syarikat perunding teknologi dan penyelesaian digital bertaraf global mengumumkan keputusan suku pertama bagi tahun fiskal 2021 hari ini.

Dalam Dolar AS: 

  • Pendapatan sebanyak USD 390.3 juta; menurun 4.8% berbanding suku tahun sebelumnya dan mengalami pertumbuhan sebanyak 9.5% berbanding tahun sebelumnya   
  • Pendapatan Mata Wang Tetap menurun sebanyak 4.7% berbanding suku tahun sebelumnya dan mengalami pertumbuhan sebanyak 10.6% berbanding tahun sebelumnya

Dalam Rupee India:  

  • Pendapatan sebanyak INR 29,492 juta; menurun 2.1% berbanding suku tahun sebelumnya dan mengalami pertumbuhan sebanyak 18.7% berbanding tahun sebelumnya
  • Pendapatan Bersih sebanyak INR 4,164 juta; menurun 2.6% berbanding suku tahun sebelumnya dan mengalami pertumbuhan sebanyak 17.1% berbanding tahun sebelumnya

"COVID-19 ialah krisis yang berbeza daripada mana-mana krisis yang lain dan kesannya terhadap kehidupan dan mata pencarian terus dirasai di seluruh dunia. Saya berasa amat bangga dengan kakitangan LTI kami yang telah bersatu padu sepanjang tempoh ini bagi memastikan penghantaran untuk pelanggan.

"Dalam suku tahun yang ditonjolkan dengan persekitaran yang mencabar, kami telah mencapai pertumbuhan pendapatan sebanyak 10.6% berbanding tahun sebelumnya bagi mata wang tetap dan turut memeterai perjanjian yang besar.

"Kami kekal komited untuk melangkaui jangkaan pelanggan ketika menghadapi pandemik yang belum pernah terjadi sebelumnya ini dan dalam masa yang sama mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan kakitangan kami."

- Sanjay Jalona, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan 

Pemeteraian Urus Niaga Terkini 

  • Sebuah firma pengurusan kekayaan berpangkalan di U.K. telah memilih LTI untuk urus niaga bernilai berjuta-juta selama berbilang tahun untuk memberi sokongan infrastruktur jarak jauh, perkhidmatan keselamatan siber moden dan migrasi ke IBM Power Cloud daripada platform pengurusan kekayaan legasi mereka
  • LTI telah dipilih oleh sebuah syarikat aeroangkasa Amerika terkemuka untuk menyediakan perkhidmatan terurus untuk pusat datanya selain mendayakan migrasi untuk infrastruktur atas-premisnya ke Awan
  • Sebuah syarikat pengurusan hutang yang terkemuka di Eropah telah memilih LTI untuk melaksanakan platform integrasi digital yang dikuasakan oleh MuleSoft. Platform ini akan menggantikan lapisan perkhidmatan legasi sedia ada dan mengintegrasikan semua aplikasi semasa dan akan datang merentas 11 negara operasinya
  • Pengeluar dan pengedar petrokimia telah memilih LTI untuk menjadi satu-satunya rakan kongsi untuk kontrak sokongan aplikasi
  • Subsidiari perkhidmatan OTT bagi sebuah perusahaan hiburan dan media terpelbagai yang terkemuka telah memilih LTI bagi peningkatan yang diperlukan untuk platform pengurusan haknya
  • LTI memeterai perjanjian jualan lesen untuk platform MOSAIC dengan pengeluar sistem pengangkutan vertikal Amerika
  • Salah sebuah syarikat perkhidmatan medan minyak yang terbesar di dunia, telah memilih LTI untuk perkhidmatan pengurusan platform untuk devops generasi seterusnya
  • Sebuah syarikat pengilangan peralatan perubatan telah memilih LTI untuk urus niaga perkhidmatan terurus
  • Penyedia perlindungan insurans untuk kumpulan trak serta pengangkutan awam telah memilih untuk bekerjasama dengan LTI bagi perjalanan transformasinya yang melibatkan perkhidmatan terurus data serta perkhidmatan migrasi awan
  • Sebuah syarikat perkhidmatan pengurusan IT yang terkemuka mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan LTI untuk urus niaga perkhidmatan infrastruktur terurus
  • Penyedia penyelesaian pemanasan dan pendinginan terkemuka telah memilih LTI untuk penyelesaian keselamatan maklumatnya

Anugerah dan Pengiktirafan 

  • LTI diiktiraf dalam Now Tech Forrester: Penyedia Perkhidmatan Pelaksanaan Aplikasi Oracle, Suku Kedua 2020
  • LTI diiktiraf sebagai Bintang Semakin Bersinar untuk Perkhidmatan Aplikasi Terurus dalam Laporan AS Rakan Kongsi Ekosistem Salesforce ISG Provider Lens™ 2020
  • LTI diiktiraf sebagai Peneraju untuk Integrasi Office 365 dalam Laporan AS Microsoft Ecosystem ISG Provider Lens™ 2020
  • LTI ditampilkan sebagai Pesaing Utama dan Pelaksana Cemerlang dalam Penilaian Risiko BFS Everest Group dan Perkhidmatan IT Pematuhan PEAK Matrix® 2020: Membina Infrastruktur Data berasaskan Awan untuk Kawalan Masa Sebenar Pintar
  • Powerupcloud, subsidiari LTI, telah dipilih sebagai salah satu rakan kongsi pelancaran global Amazon Web Services (AWS) Outposts – satu inisiatif dalam pengkomputeran awan hibrid dan Amazon Forecast

Sorotan Perniagaan Lain 

  • LTI melancarkan Program Migrasi Dipercepat untuk pelanggan SAP dengan Amazon Web Services (AWS) memperlihatkan standard pengetahuan tertingginya dalam aspek fungsi dan teknikal migrasi awan AWS untuk penyelesaian SAP
  • LTI melancarkan Canvas, platform bersepadu melalui perkongsian dengan Microsoft yang menghimpunkan pelbagai proses, alat dan kaedah untuk mendorong teknologi dan hasil perniagaan untuk pasukan yang beroperasi dalam persekitaran tersebar
  • LTI memperkenalkan SafeRadius, aplikasi kembali-bekerja patuh-GDPR bagi menjamin kesejahteraan tenaga kerja dan meningkatkan kecekapan operasi apabila pekerja kembali bekerja
  • LTI diiktiraf sebagai salah satu daripada 5 jenama IT terbaik di India serta 100 jenama Terbaik di negara ini menurut laporan "India 100 2020" oleh Brand Finance, perunding penilaian jenama bebas
  • LTI telah menjadi penandatangan untuk Prinsip-prinsip Pemerkasaan Wanita (WEP) PBB bagi mendemonstrasikan komitmen terhadap amalan perniagaan responsif-gender dan mencipta peluang yang sama rata di tempat kerja serta dalam kalangan komuniti di seluruh dunia

Latar Belakang LTI 

LTI (NSE: LTI) ialah Syarikat perunding teknologi dan penyelesaian digital global yang membantu lebih daripada 400 pelanggan berjaya dalam dunia saling bertumpu. Dengan operasi di 31 negara, kami melakukan lebih daripada apa yang diharapkan untuk pelanggan kami dan mempercepatkan transformasi digital mereka dengan platform Mosaic LTI yang mendayakan perjalanan mudah alih, sosial, analitik, IoT dan awan mereka. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai subsidiari Larsen & Toubro Limited, warisan unik kami memberikan kami kepakaran dunia sebenar yang tiada tandingan bagi mengatasi cabaran perusahaan yang paling rumit dalam seluruh industri. Setiap hari, pasukan kami dengan lebih 30,000 kakitangan LTI membolehkan pelanggan kami meningkatkan keberkesanan operasi perniagaan dan teknologi mereka serta membawa nilai kepada pelanggan, pekerja dan pemegang saham mereka. Ketahui lebih lanjut di http://www.lntinfotech.com atau ikuti kami di @LTI_Global

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1044154/LTI_Logo.jpg?p=medium600

Source: LTI
Related Stocks:
Bombay:540005 India:EQLTI India:LTI
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Accounting news, issues Earnings Blockchain Data Analytics