omniture

FieldPower Diiktiraf sebagai Pengusaha Khusus dalam Magic Quadrant Pengurusan Perkhidmatan Lapangan Gartner 2020

FieldPower
2020-07-16 22:29 578

DUBAI, UAE, 16 Julai 2020 /PRNewswire/ -- FieldPower, penyedia penyelesaian Pengurusan Perkhidmatan Lapangan yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa Gartner telah mengiktiraf syarikat mereka sebagai Pengusaha Khusus dalam Magic Quadrant untuk Pengurusan Perkhidmatan Lapangan 2020. Syarikat ini telah dinilai atas kesempurnaan visinya dan kebolehan pelaksanaan.

FieldPower recognised as a Niche Player in 2020 Gartner's Field Service Management Magic Quadrant
FieldPower recognised as a Niche Player in 2020 Gartner's Field Service Management Magic Quadrant

Mengulas mengenai pengiktirafan ini, En. Venkatesh Sundaram, Ketua Pegawai Eksekutif FieldPower berkata, "Kami berbesar hati untuk menerima pengiktirafan daripada Gartner ini. Kami melihat pengiktirafan ini sebagai pengesahan yang positif dan merasakan ia memberi keyakinan terhadap kebolehan kami untuk memberi nilai kepada pelanggan. Kami percaya bahawa ketangkasan dan kebolehan kami untuk berinovasi telah dibawa ke sini pada hari ini. Dengan pasukan ini, saya yakin bahawa kami akan dapat menyumbang dengan signifikan kepada pelanggan kami dan Industri Pengurusan Perkhidmatan Lapangan."

Menurut penganalisis Gartner Jim Robinson dan Naved Rashid"Vendor yang disenaraikan dalam Magic Quadrant ini telah menunjukkan keupayaan untuk menyediakan SaaS berbilang penyewa dan dalam banyak keadaan, produk dihoskan oleh penyewa tunggal yang menyokong FSM untuk perusahaan bersaiz sederhana dan besar dalam pelbagai industri. Sesetengahnya menyediakan pengoptimuman penjadualan perkhidmatan lapangan atau aplikasi mudah alih yang sempit, namun mendalam. Sementara yang lain pula menyediakan suit perkhidmatan yang luas."

Klik di sini untuk mengakses salinan laporan percuma.

Penafian Gartner: 

Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikan kami dan tidak menggalakkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor-vendor yang memiliki penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, tersurat atau tersirat, berhubung dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Latar Belakang FieldPower:  

FieldPower ialah Syarikat Teknologi era baharu berpangkalan di Dubai yang memberi tumpuan bagi mencipta penyelesaian untuk Pengurusan Perkhidmatan Lapangan (FSM). Dengan memanfaatkan teknologi digital termasuk Kecerdasan Buatan, IoT dan teknologi Pengautomatan, FieldPower menawarkan kelebihan kompetitif kepada pelanggan. Dengan lebih 1000 pekerja yang berada merentas 4 benua, FieldPower berusaha untu memberi kesan mendalam untuk Pengurusan Perkhidmatan Lapangan. Untuk butiran lanjut, kunjungi www.fieldpower.com 

Hubungan Media: 

Karthik Subramanian
Naib Presiden - Pemasaran
karthiks@ducont.com 
+91-98409-05522

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1215021/fieldpower_gartner_magic_quadrant.jpg?p=medium600

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1215022/FieldPower_Logo.jpg?p=medium600 

 

 

Source: FieldPower
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Workforce Management/Human Resources Feature News Releases