omniture

Penapis Mesin Basuh Daripada Xeros Ini Bantu Hentikan Mikrogentian Cemarkan Laut

Xeros
2020-07-17 00:31 575

SHEFFIELD, England, 17 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Penapis mesin basuh baharu daripada syarikat UK Xeros Technology Group dapat membantu menyelesaikan isu pencemaran mikrogentian daripada cucian, menurut satu kajian baharu.

 

 

 

XFiltra™ daripada Xeros telah dikenal pasti sebagai peranti yang paling berkesan untuk mengelakkan mikrogentian dilepaskan daripada mesin basuh.

Setiap kali pakaian dicuci, mikrogentian dihasilkan apabila cebisan kecil daripada pakaian tercerai, dengan banyak daripada cebisan ini akhirnya mencemarkan sungai dan lautan. Gentian sintetik seperti nilon atau poliester merupakan sejenis mikroplastik. Sehingga 700,000 mikrogentian dapat dilepaskan daripada satu muatan cucian.

Kajian yang dijalankan di University of Plymouth menguji enam peranti yang direka bentuk untuk memerangkap mikrogentian: tiga penapis mesin basuh berserta beg dobi dan bebola, dalam muatan cucian campuran dengan pakaian campuran sintetik dan sintetik / kapas.

XFiltra, yang direka untuk dipasang dalam mesin basuh oleh pengeluar, menunjukkan prestasi terbaik, memerangkap dengan tekal 78% daripada semua mikrogentian. Dalam ujian yang berasingan dan disahkan secara bebas, menggunakan hanya pakaian sintetik, XFiltra memerangkap lebih daripada 90% gentian mikroplastik.

Peranti lain yang diuji oleh Plymouth tidak menunjukkan prestasi sebaiknya. Produk kedua terbaik dapat mengurangkan pembebasan mikrogentian sebanyak 54% dan peranti dengan penapis terbaik yang seterusnya ini hanya memerangkap 29% mikrogentian. Data penuh diterbitkan dalam jurnal Science of the Total Environment.

Pada masa ini, tiada mesin basuh yang dilengkapi dengan teknologi penapisan untuk menghentikan pembebasan mikrogentian. Namun begitu, minggu lalu, badan amal UK Marine Conservation Society menyeru undang-undang bagi mewajibkan penapis dalam semua mesin basuh bermula pada tahun 2024 dan tahun ini Perancis menjadi negara pertama yang mewajibkan penapis mikrogentian dalam semua mesin basuh baharu bermula pada Januari 2025.

Mark Nichols, Ketua Pegawai Eksekutif Xeros, mengulas: 

"Pencemaran sungai dan laut kita dengan sisa plastik berlaku pada kadar yang sangat membimbangkan. Ia memudaratkan hidupan liar dan ekosistem kita yang sangat seimbang, dengan mikrogentian daripada cucian pakaian kita menjadi sumber pencemaran yang utama." 

"Ramai di antara kita yang ingin menjalani kehidupan dengan lebih lestari, mengubah tabiat kita dan menerima pakai teknologi baharu untuk mengurangkan impak kita terhadap alam sekitar. Dengan XFiltra, setiap pengeluar mesin basuh kini berpeluang untuk membuat sumbangan yang besar bagi meningkatkan kelestarian cucian, pakaian dan bumi kita pada kos yang minimum dan dengan memberi faedah-faedah yang utama kepada semua orang.

"Kajian yang penting dari Plymouth ini menyediakan maklumat yang sangat besar pengaruhnya untuk industri ini dan pengguna bagi mengurangkan kesan mikrogentian ke atas alam sekitar yang kita kongsikan bersama." 

Video - https://www.youtube.com/watch?v=aVxwhBTg0dM
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1215343/xeros_dr_imogen_napper.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1215344/Xeros_Logo.jpg?p=medium600

 

Dr Imogen Napper at the University of Plymouth’s International Marine Litter Research Unit. New research shows XFiltra, a washing machine filter from the UK firm Xeros Technology Group, designed to prevent microfibre pollution from laundry, is the most effective device for preventing microfibres being released from washing machines.
Dr Imogen Napper at the University of Plymouth’s International Marine Litter Research Unit. New research shows XFiltra, a washing machine filter from the UK firm Xeros Technology Group, designed to prevent microfibre pollution from laundry, is the most effective device for preventing microfibres being released from washing machines.

 

 

Source: Xeros
Keywords: Education Environmental Products & Services Fashion Green Technology Higher Education Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Textiles Conservation/Recycling Environmental Issues New products/services Survey, Polls & Research