omniture

Risen Energy meterai kontrak EPC untuk projek 250 MW di Vietnam

Syarikat teruskan rekod prestasi cemerlang dalam pasaran luar negara
Risen Energy Co., Ltd
2020-07-17 10:00 702

NINGBO, China, 17 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Risen Energy Co., Ltd. (SZSE:300118) mengumumkan bahawa syarikat akan menyediakan perkhidmatan EPC untuk 4/5 projek Xinghai Group (berjumlah 250 MW) di Loc Ninh, Vietnam dan dijangka untuk menyempurnakan penghantaran pada Disember ini. Kemudahan berkenaan, salah satu projek EPC yang dibiayai secara persendirian yang terbesar di dunia, akan membantu syarikat ini meningkatkan lagi daya saingnya dalam pasaran Vietnam sebaik sahaja ia berjaya disambungkan ke grid.

Dengan cahaya matahari langsung yang umumnya tersedia antara 2,000 dan 2,500 jam setiap tahun, Vietnam merupakan antara negara-negara di Asia Tenggara yang berkedudukan terbaik untuk memanfaatkan tenaga solar. Walau bagaimanapun, persekitaran negara tersebut yang panas dan lembap menaikkan kriteria untuk operasi komponen yang stabil. Bagi menjamin kejayaan, Risen Energy akan menyediakan komponen Jaeger yang sangat cekap untuk projek berkenaan, yang lebih tahan terhadap LID dan LeTID. Di samping itu, komponen berkenaan dijangka dapat menurunkan LCOE dan meningkatkan pendapatan daripada penjanaan kuasa kemudahan tersebut.

Sebagai salah sebuah syarikat PV pertama yang menembusi pasaran Vietnam, Risen Energy serta merta melaksanakan strategi yang memberi tumpuan pada penyetempatan sumber, merekrut bakat tempatan dan menubuhkan cawangan tempatan. Pendekatan ini sangat bermanfaat dalam membantu firma ini memperoleh beberapa pesanan projek. Syarikat ini telah meluaskan kehadirannya di peringkat global, menerusi projek-projek yang telah siap di Eropah, Asia, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Australia. Paling ketara merupakan hasil yang cemerlang dalam pasaran-pasaran yang mendapat manfaat daripada Inisiatif Jalur dan Jalan kerajaan Cina, termasuk Nepal, Bangladesh, Kazakhstan dan juga Malaysia.

Mengulas mengenai kerjasama ini, Risen Energy berkata, "Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Xinghai Group untuk projek ini. Kolaborasi ini bukan sahaja akan mengukuhkan lagi kedudukan pasaran syarikat di Vietnam, malah turut mendorong pembangunan sektor tenaga bersih di Vietnam dan juga Asia Tenggara. Kami akan terus memanfaatkan sepenuhnya kelebihan kami bagi memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai di seluruh dunia dan menyediakan mereka dengan produk serta perkhidmatan PV yang berkualiti lebih tinggi."

Source: Risen Energy Co., Ltd
Related Stocks:
Shenzhen:300118
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts