omniture

IMA Keluarkan Laporan Baharu untuk Transformasikan Fungsi Kewangan dengan RPA

Pengautomatan proses robotik (RPA) membolehkan kakitangan kewangan dan perakaunan untuk memanfaatkan kuasa pengautomatan dengan sendiri
Institute of Management Accountants (IMA)
2020-07-21 09:12 564

SINGAPURA, 21 Julai 2020 /PRNewswire/ -- IMA® (Institute of Management Accountants) menerbitkan satu laporan pada hari ini yang menjelaskan bagaimana pengautomatan proses robotik (RPA) membawa laluan yang jelas dan mampan untuk mentransformasikan fungsi kewangan.

Laporan ini, "Transforming the Finance Function with RPA" ("Mentransformasikan Fungsi Kewangan dengan RPA"), meneroka teknologi RPA, termasuk keupayaan dan perisiannya serta menjelaskan impaknya ke atas fungsi kewangan dan perakaunan, memperincikan kebolehlaksanaan RPA yang luas terhadap aspek proses kewangan dan perakaunan tertentu.

Golongan profesional kewangan dan perakaunan melaksanakan proses manual yang menjemukan setiap hari, meluangkan sedikit masa terhadap tugasan bernilai tambah, peringkat lebih tinggi untuk perniagaan mereka, RPA, satu bentuk teknologi pengautomatan proses perniagaan, melengkapkan secara automatik proses perniagaan yang kurang rumit, yang dapat meningkatkan kecekapan operasi dan dapat menjana simpanan kewangan sebanyak berjuta-juta dolar.

Memandangkan banyak organisasi masih belum melaksanakan RPA atau menyedari faedah-faedah yang diharapkan, laporan ini turut menyediakan rangka tindakan untuk melaksanakan RPA pada skala yang diperlukan dalam perniagaan bersaiz besar mahupun kecil-kecilan serta mendemonstrasikan sejauh mana golongan profesional kewangan dan perakaunan dapat memperoleh nilai paling banyak daripada teknologi.

"Dalam persekitaran perniagaan hari ini, golongan profesional perakaunan dan kewangan diminta untuk memanfaatkan sesuatu ke tahap tertinggi dan ramai yang gagal mencapai kemajuan," kata Loreal Jiles, Pengarah Penyelidikan, Teknologi Digital dan Transformasi Kewangan di IMA serta penulis laporan ini. "Laporan ini bertujuan bagi menjadi panduan komprehensif buat golongan profesional kewangan untuk mula menggunakan RPA bagi meringankan beban mereka dan memberi tumpuan pada tugasan yang lebih menambah nilai."

Laporan ini disimpulkan dengan item tindakan untuk golongan profesional kewangan dan perakaunan yang ingin terlibat dengan pengautomatan di syarikat-syarikat mereka dan mengetahui lebih lanjut mengenai RPA.

"RPA mempunyai banyak potensi dan boleh menjadi sesuatu yang mudah untuk semua perusahaan," sambung Jiles. "Tidak seperti projek-projek transformasi digital yang lain, projek perintis RPA awal boleh dilaksanakan dalam masa beberapa hari untuk proses yang didokumentasikan dengan baik dan kemahiran RPA dapat dibangunkan dalam beberapa minggu yang singkat, bukannya beberapa bulan atau tahun."

Untuk membaca laporan penuh, kunjungi di sini. Bagi melengkapkan laporan ini, IMA melancarkan siri kursus mini dalam talian yang diluluskan oleh NASBA yang menyediakan panduan langkah demi langkah dan holistik untuk membawa RPA ke dalam sesebuah organisasi. Maklumat lanjut boleh ditemui di sini.

Latar Belakang IMA® (Institute of Management Accountants)
IMA®, dinamakan sebagai Badan Profesional Terbaik Tahun 2017 dan 2018 oleh The Accountant/International Accounting Bulletin, ialah salah satu persatuan yang terbesar dan paling disegani yang memberi tumpuan eksklusif bagi memajukan kerjaya perakaunan pengurusan. Secara global, IMA menyokong kerjaya ini melalui penyelidikan, program-program CMA® (Certified Management Accountant) dan CSCA® (Certified in Strategy and Competitive Analysis) A.S., pendidikan berterusan, perangkaian dan advokasi amalan perniagaan beretika tertinggi. IMA mempunyai jaringan global melibatkan lebih daripada 125,000 ahli dalam 150 negara dan 300 cawangan profesional dan pelajar. Beribu pejabat di Montvale, New Jersey, AS, IMA menyediakan perkhidmatan setempat melalui empat wilayah globalnya: Amerika, Asia/Pasifik, Eropah dan Timur Tengah/India. Untuk maklumat lanjut mengenai IMA, sila kunjungi www.imanet.org.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191017/2614087-1LOGO?lang=0

 

Source: Institute of Management Accountants (IMA)
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Broadcast feed announcements Financial Technology