omniture

FE Credit lancar Promosi Perbelanjaan Kad Mega menyampaikan bukan 1, 2 atau 3 tetapi 60 Honda Air Blade Motorbike terkini

FE CREDIT
2020-07-23 18:14 1202

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 23 Julai 2020 /PRNewswire/ -- VPBank Finance Company Limited (FE Credit), salah satu pengeluar kad Kredit terbesar Vietnam, hari ini mengumumkan pelancaran Promosi MUSIM PANAS MEGA bagi menyampaikan 60 Honda AirBlade Motorbike terkini.

Sepanjang tempoh promosi selama dua bulan ini bermula pada 9 Julai 2020, setiap kali pemegang kad mencapai perbelanjaan sebanyak 2.5 juta VND, pemegang kad ini akan berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 60 motosikal ini.

Untuk menjadikan perbelanjaan harian suatu yang memberi ganjaran, FE Credit telahpun memberi ganjaran kepada pemegang kad dengan sehingga 10X Mata Ganjaran Oi Plus. Setiap Mata Oi Plus bersamaan dengan 1 VND, maka tiada penukaran atau pengiraan yang rumit diperlukan. Kini, selain daripada mendapat Mata Oi Plus, ketika pemegang kad terus berbelanja, mereka akan terus meningkatkan peluang mereka untuk memenangi salah satu daripada 60 Honda AirBlade yang terkini.

Pemegang kad hanya perlu memuat turun dan menyemak FE Mobile App untuk mengesan peluang mereka berasaskan masa sebenar.

Pasukan Pengurusan Kanan FE CREDIT dan Mastercard
Pasukan Pengurusan Kanan FE CREDIT dan Mastercard

En. Kalidas Ghose, Ketua Pegawai Eksekutif, FE CREDIT berkata, "Perniagaan kad kredit kami merupakan satu pendorong strategik untuk rangkuman kewangan. Pasca pandemic ini, kami ingin menjadikan kemudahan pengalaman tanpa tunai malah lebih memberi ganjaran untuk pemegang kad kami yang dihargai dengan Promosi Musim Panas Mega ini." 

En. Nimish Dwivedi, Pengarah Pusat Perniagaan Kad, FE Credit, menyambung, "Matlamat kami adalah untuk menjadikan kehidupan mudah & memberi ganjaran buat pemegang kad kami yang dihargai. Promosi Musim Panas Mega ini merupakan satu lagi contoh tumpuan utama kami iaitu untuk menyediakan tawaran yang relevan dan memberi manfaat buat pengguna kad kali pertama."

Cik Winnie Wong, Pengurus Negara, Vietnam, Kemboja & Laos, Mastercard menambah, "Mastercard berbesar hati untuk bekerjasama dengan FE CREDIT sempena inisiatif terkini ini. Kolaborasi ini membantu mewujudkan pengalaman pembayaran yang mudah, lancar dan memberi ganjaran untuk pemegang kad di samping mempercepatkan penerimaan pembayaran tanpa tunai."

LATAR BELAKANG FE CREDIT 

Perintis dalam Kewangan Pengguna, FE CREDIT telah mewujudkan asas yang kukuh untuk menjadi peneraju pasaran bagi pasaran pinjaman pengguna tidak bercagar dan kad kredit. Pada masa kini, FE CREDIT menyediakan perkhidmatan kewangan pengguna seperti pinjaman peribadi, pinjaman tunggangan dua roda, pinjaman tahan lama pengguna, kad kredit dan insurans. FE CREDIT menawarkan perkhidmatan kepada hampir 10 juta pelanggan, bekerjasama dengan 9,000 rakan kongsi merentas 12,000 outlet Tempat Jualan (POS) di seluruh negara.

www.fecredit.com.vn 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200721/2863261-1?lang=0

Source: FE CREDIT
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services