omniture

INC Temubual Pasukan Kepimpinan untuk Pandangan Mendalam COVID-19 dan industri Kekacang dan Buah Kering

INC International Nut and Dried Fruit Council
2020-08-03 14:31 411

Industri kekacang dan buah kering terbukti anjal dalam hadapi pandemik COVID-19

REUS, Sepanyol, 3 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Artikel Penuh: https://www.nutfruit.org/industry/publications/inc-magazine/articles/detail/inc-leadership-perspective-on-covid-19

Like most businesses and industries worldwide, the nut and dried fruit industry has had to face numerous setbacks and challenges to overcome this pandemic.
Like most businesses and industries worldwide, the nut and dried fruit industry has had to face numerous setbacks and challenges to overcome this pandemic.

Ketika dunia terus bergelut dengan implikasi COVID-19, INC mendekati pelbagai anggota kepemimpinan, untuk menemu ramah dan mendapatkan perspektif mereka mengenai bagaimana industri kekacang dan buah kering terkesan dengan wabak ini.

Salah satu jawapan yang sering diulang-ulang dalam kalangan kepemimpinan ialah industri kekacang dan buah kering pastinya menghadapi banyak cabaran dengan COVID-19, namun ada banyak sebab untuk bersikap optimis demi masa depan. Behrooz Agah, dari Agah Group di Iran dan Duta Besar INC ke Iran mengulas, "promosi dan peningkatan kesedaran mengenai manfaat penggunaan produk yang berlainan dalam bahagian ini mengenai kesihatan dan kesejahteraan umum" cenderung menjadi semakin penting selepas COVID-19. Begitu juga, di China, Chen Qi, dari QiaQia Food dan anggota Lembaga Pemegang Amanah INC menyatakan, "disebabkan permintaan pengguna untuk terus sihat, industri ini akan bertambah pesat di China."

Pratap Nair, dari Vijayalaxmi Cashew Company di India dan ahli Jawatankuasa Eksekutif INC menyatakan, "Saya yakin industri kita yang kuat dan berdaya tahan akan mempunyai kekuatan untuk mengatasi cabaran ini."

Begitu juga, Jan Vincent Rieckmann dari August Töpfer di Jerman dan Roby Danon dari Voicevale di UK, kedua-duanya anggota Lembaga Pemegang Amanah INC, menyatakan keyakinan mereka terhadap industri ini, terutama pada masa akan datang.

Ashok Krishen, dari Olam Singapura dan Naib Pengerusi INC, menambahkan, "Tingkah laku dan kebiasaan pengguna cenderung untuk berubah dan kita harus tangkas untuk memenuhi harapan yang berubah itu."

Artikel penuh boleh didapati di laman web INC.

Latar Belakang INC 

INC ialah organisasi naungan antarabangsa untuk industri kekacang dan buah kering. Anggotanya merangkumi lebih 800 syarikat sektor kekacang dan buah kering dari lebih 75 negara. Keahlian INC mewakili lebih daripada 85% nilai perdagangan "pagar ladang" perdagangan kekacang dan buah-buahan kering di dunia. Misi INC adalah untuk merangsang dan membantu pertumbuhan yang berterusan dalam industri kekacang dan buah kering global. Ini ialah organisasi antarabangsa terkemuka mengenai kesihatan, pemakanan, statistik, keselamatan makanan, dan standard dan peraturan antarabangsa mengenai kekacang dan buah kering.

Hubungan akhbar: e-mel press@nutfruit.org  dan telefon +34977331416 

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1036637/INC_Logo.jpg?p=medium600   
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1221780/nut_and_dried_fruit.jpg?p=medium600 

 

 

Source: INC International Nut and Dried Fruit Council
Keywords: Agriculture Food/Beverages Organic Food Feature News Releases