omniture

Flowhaven Buka Pejabat London, Umum Momentum 2020

Flowhaven
2020-08-04 18:59 414

Penyelesaian pelesenan jenama paling pantas berkembang di dunia meraikan pembukaan pejabat London, pelanggan baharu

LONDON, 4 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Platform teknologi pengurusan hubungan pelesenan yang terkemuka, Flowhaven, mengumumkan pembukaan sebuah pejabat baharu di London dan peluasan senarai pelanggan U.K. Pejabat baharu ini membawa Flowhaven lebih dekat dengan pelanggannya di wilayah ini dan merupakan pencapaian yang terkini dalam tahun yang mengalami pertumbuhan syarikat yang pesat.

Dibina berasaskan Salesforce, CRM #1 di dunia, Flowhaven menyediakan penyelesaian terpusat hujung-ke-hujung yang membantu syarikat-syarikat mengurus dan meluaskan program pelesenan jenama mereka.

Pada bulan Januari, Flowhaven berkembang melangkaui ibu pejabat Helsinkinya menerusi sebuah pejabat di Los Angeles. Langkah ini mengukuhkan status syarikat sebagai pengusaha utama dalam evolusi digital industri pelesenan. Pejabat London baharu akan menempatkan Jeremy Robinson, ketua bahagian jualan, EMEA dan pasukan penjana beliau.

"UK ialah pasaran pelesenan yang terbesar di Eropah. Negara ini menempatkan pejabat antarabangsa kebanyakan jenama AS dan mempunyai sejumlah besar jenama domestik yang terus berkembang dan menunjukkan prestasi yang amat baik," kata Kalle Törmä, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas.

"Pertumbuhan berterusan yang kami lihat terhadap kumpulan pelanggan kami menjadikan keputusan yang dibuat untuk membuka sebuah pejabat mandiri di UK sebagai pilihan yang mudah," kata Jeremy Robinson. "Dari sana, saya berada di tempat yang sangat sesuai untuk bekerja bersama-sama pasukan dan pelanggan UK, selain berhubung dan melakukan perjalanan bertemu rakan sekerja dan prospek di lokasi-lokasi lain. Kadar pembangunan pesat yang dapat kami lihat terhadap kumpulan pelanggan dan keupayaan sistem kami merupakan suatu kombinasi yang hebat dan saya sangat teruja dengan perbincangan yang kami lakukan serta pembangunan masa depan yang berterusan untuk Flowhaven."

Penandatanganan pelanggan Games Workshop Group PLC baru-baru ini menyertai bilangan pelanggan yang semakin bertambah di U.K. termasuk Full Colour Black, yang mana portfolionya termasuk seni jalanan Banksy; Lisle Licensing, yang mewakili Tetris, Masha dan Bear, 44 Cats; Licensing Link Europe yang mana pelanggannya termasuk Build-A-Bear Workshop, Van Gogh Museum serta Pantone dan banyak lagi.

Pada penghujung tahun yang lalu, Flowhaven menutup pusingan pembiayaan benih bernilai $5.2 juta (€4.75 juta). Global Founders Capital memimpin pusingan pelaburan dengan penyertaan daripada pelabur-pelabur sedia ada termasuk Icebreaker.vc. Susulan daripada pusingan ini, Flowhaven menyertai portfolio pelaburan yang merangkumi Facebook, Slack, Trivago, Canva, Eventbrite dan banyak lagi. Syarikat ini turut berkembang kepada lebih daripada 30 ahli pasukan merentas lokasi-lokasinya tetap dan satelitnya, meningkat tiga kali ganda saiznya berbanding tahun sebelumnya.

Hubungan Media:
Kalle Törmä
kalle.torma@flowhaven.com
+44 (0) 20 3920 8566
Flowhaven.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1041290/FLOWHAVEN_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Flowhaven
Related Links:
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Corporate Expansion Personnel announcements