omniture

Forbes: Dominika Jalankan "Salah Satu Program Kerakyatan melalui Pelaburan Paling Berprestij di Dunia" - "Tulang Belakang Strategi Pertumbuhan Mesra Alam"

CS Global Partners
2020-08-04 22:34 683

LONDON, 4 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Tanggal 31 Julai, Forbes menulis bahawa Komanwel Dominika bergantung pada Program Kerakyatan melalui Pelaburan (CBI) untuk membina strategi ekonomi mesra alam. Ini turut melonjakkannya menjadi ekonomi yang paling pantas berkembang pada tahun lalu di Amerika Latin dan Caribbean.

Menurut Forbes, Dominika mempunyai "salah satu program CBI yang paling berprestij" di dunia. Pelabur asing dan keluarga yang inginkan kerakyatan sepanjang hayat dalam demokrasi moden yang makmur boleh mendapatkannya daripada Dominika selepas membuat pelaburan ke negara tersebut dan melepasi beberapa semakan ketekunan wajar. Pemeriksaan pemohon merupakan cara Dominika melindungi integriti Program dan reputasi antarabangsa yang baik.

Penyumbang Kanan Forbes, Daphne Ewing-Chow, menjelaskan bahawa respons terhadap COVID-19 oleh pihak berkuasa Dominika adalah untuk "melindungi penduduknya di samping membuat rancangan untuk memulakan semula sektor eko-pelancongan dan membangunkan kediaman dan infrastruktur tahan iklim untuk menyokong pertumbuhan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, yang kebanyakannya dibiayai oleh salah satu Program Kerakyatan Melalui Pelaburan (CBI) yang paling berprestij di dunia."

"Program Kerakyatan Melalui Pelaburan Dominika merupakan tulang belakang bagi strategi pertumbuhan mesra alamnya," tambah beliau, menyenaraikan beberapa projek eko tajaan CBI. Ini termasuk pembinaan 5,000 unit rumah tahan taufan baharu untuk populasi seramai 72,000 orang, berserta kemudahan moden dan 14 pusat kesihatan baharu. CBI membiayai apa yang digelar sebagai "Revolusi Perumahan" ini. Satu lagi inisiatif mesra alam yang disumbangkan oleh Program CBI ialah loji geoterma akan datang yang dapat menyediakan tenaga bersih untuk hampir semua penduduk Dominika.

Bagi mendapatkan kerakyatan Dominika yang berharga, pemohon CBI mempunyai dua pilihan: menyumbang sebanyak US$100,000 atau lebih kepada Economic Diversification Fund atau melabur sekurang-kurangnya US$200,000 dalam hartanah yang telahpun diluluskan. Kebanyakan projek mesra alam di Dominika ini menerima pembiayaan daripada dana kerajaan CBI, manakala pilihan hartanah membantu membina hotel eko-mewah utama di pulau tersebut. Ini dapat mencipta model ekonomi mampan yang memberi hasil jangka panjang untuk penduduk, sekali gus menarik beberapa pelabur berkualiti tertinggi ke Dominika.

Forbes memberi penghargaan kepada Perdana Menteri Roosevelt Skerrit atas ketahanan ekonomi negara berkenaan selepas mengalami dua kejutan luaran yang besar sebelum COVID-19 – Ribut Erika pada tahun 2015 dan Taufan Maria pada tahun 2017. "Pertumbuhan pesat Dominika merupakan bukti wawasan Perdana Menteri Roosevelt Skerrit." Pulau berkenaan merupakan negara ketiga paling kurang terjejas di dunia oleh pandemik ini, dengan hanya 18 kes yang sembuh sepenuhnya dan tiada kematian berkaitan.

Baca artikel penuh di sini.

pr@csglobalpartners.com 

www.csglobalpartners.com 

 

Source: CS Global Partners
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Publishing/Information Service Travel Survey, Polls & Research