omniture

Portfolio Pejabat Panchshil Realty Pertama di APAC Capai Penanda Aras Global British Safety Council untuk Langkah-langkah Kawalan Berkaitan COVID-19

Panchshil Realty
2020-08-06 11:11 615

PUNE, India, 6 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Panchshil Realty dan British Safety Council hari ini mengumumkan satu pencapaian penting yang baharu bagi keselamatan tempat kerja dalam sektor hartanah di India dalam konteks COVID-19 dan kembali bekerja dengan selamat.

Panchshil Realty telah menjadi kumpulan hartanah yang pertama dan satu-satunya di India dan seluruh Rantau Asia Pasifik yang menanda aras dan mengesahkan sendiri langkah-langkah kawalan berkaitan COVID-19 di tempat kerjanya, mengikut piawaian keselamatan global yang ketat sebagaimana yang ditetapkan oleh British Safety Council.

Susulan proses pengauditan yang ketat, Kenyataan Jaminan oleh British Safety Council mengesahkan bahawa semasa audit dibuat, Panchshil Realty telah melaksanakan dasar, prosedur dan pengaturan yang sesuai dan memadai yang berkaitan dengan proses mengawal COVID-19 dalam tempat kerja, merentas 15 juta kaki persegi portfolio taman pejabatnya.

Portfolio pejabat Panchshil Realty di Pune merangkumi projek-projek mercu tanda seperti Zon Bebas EON, Pusat Dagangan Dunia, Teluk Perniagaan (Business Bay) dan Pusat Konvensyen Antarabangsa, manakala kampusnya merupakan pusat kepada syarikat-syarikat global yang terkemuka seperti Allianz, Citibank, Cognizant, Concentrix, Credit Suisse, Deutsche Bank, HSBC, MasterCard, Michelin, T-Systems, UBS, VMWare dan Vodafone, antara banyak syarikat yang lain.

Kenyataan Jaminan oleh British Safety Council menyatakan bahawa, "Kepimpinan kanan Panchshil Realty telah menunjukkan komitmen untuk mengurus, mencegah dan mengawal jangkitan COVID-19 serta menjamin kepulangan pekerja dan penyewa yang selamat ke tempat kerja masing-masing ketika berakhirnya perintah sekatan pergerakan."

"Langkah-langkah kesihatan dan keselamatan yang betul setara dengan sifat dan skala aktiviti-aktiviti operasi yang dilaksanakan seawal Mac 2020, walaupun sebelum sekatan pergerakan seluruh negara diumumkan. Panchshil telah menunjukkan pengurusan risiko-risiko berkaitan COVID-19 yang sesuai dan berkesan dalam tempat kerja dan aktiviti-aktiviti operasi yang berkaitan," tambahnya.

Panduan British Safety Council mengambil kira amalan baik global semasa, termasuk maklumat daripada Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Keluarga - garis panduan Kerajaan India dan juga WHO.

Portfolio hartanah lengkap keseluruhan Panchshil Realty adalah sekitar 23 juta kaki persegi dengan tambahan 20 juta kaki persegi yang sedang dibangunkan. Tiga vertikal perniagaannya terdiri daripada ruang pejabat komersial, hospitaliti dan kediaman.

Sebahagian besar portfolio pejabat Panchshil Realty disokong oleh Blackstone Real Estate Private Equity Fund, ditaja dan diurus oleh Blackstone Group LP.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.panchshil.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1223648/Panchshil_BSC__Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Panchshil Realty
Keywords: Commercial Real Estate Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate Workforce Management/Human Resources Contracts Public Safety