omniture

Peneraju Industri Lampu Ganding Bahu Tawarkan Panduan Keselamatan Cahaya Ultralembayung

UL
2020-08-06 19:08 679

American Lighting Association, National Electrical Manufacturers Association dan UL tonjolkan risiko-risiko aplikasi cahaya UVC dengan kertas kedudukan baharu

NORTHBROOK, Illinois, 6 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Menerusi komitmen bersama terhadap keselamatan dan prestasi lampu elektrik, UL, syarikat sains keselamatan global yang terkemuka, American Lighting Association (ALA) dan National Electrical Manufacturers Association (NEMA) telah mengeluarkan kertas kedudukan baharu ekoran peningkatan permintaan terhadap keupayaan sanitasi dan germisid dalam menghadapi COVID-19. Kertas kedudukan berkenaan mempunyai dua matlamat: untuk memberi perhatian kepada risiko-risiko keselamatan peranti cahaya ultralembayung; dan untuk membantu pengeluar, penjual runcit dan pengguna memahami peranti yang selamat dan keadaan yang membolehkan peranti tersebut dikendalikan dengan selamat.

Kertas kedudukan ini, "Ultraviolet-C (UVC) Germicidal Devices: What Consumers Need To Know" ("Peranti Germisid Ultralembayung-C (UVC): Apa Yang Perlu Diketahui Oleh Pengguna"), memberi gambaran yang lebih mendalam mengenai peranti germisid UVC yang disediakan kepada pengguna dan potensinya untuk mengakibatkan berlakunya kecederaan teruk kepada manusia dan haiwan peliharaan, serta kerosakan pada tumbuh-tumbuhan dan bahan.

"Kami semua sangat prihatin akan impak dan penghapusan COVID-19 dan apa yang dapat dilakukan untuk mengurangkan penularan virus ini. Dalam situasi global masa kini, minat yang semakin meningkat sekitar sanitasi dan ciri-ciri germisid meletakkan peranti UVC sebagai tumpuan yang lebih tinggi berbanding sebelum ini," kata Todd Straka, pengarah industri global bahagian Lampu UL.

"Terdapatnya peningkatan yang membimbangkan dari segi ketersediaan peranti germisid ultralembayung menghadap pengguna yang tidak mengawal UVC dengan berkesan dan membawa risiko yang sangat serius, termasuk kerosakan mata, kulit dan peparu kekal. Ini merupakan satu isu keselamatan besar yang perlu disampaikan segera kepada pengguna dan bakal pengguna peranti ini. Dengan berganding bahu bersama ALA dan NEMA, yang turut berkongsi kebimbangan ini, kami menyasarkan untuk mendidik pengguna dan pengeluar berhubung implikasi risiko keselamatan yang berpotensi dalam menggunakan cahaya UVC," kata Straka.

Ultralembayung (UV) terdapat secara semula jadi menerusi tiga jenis: UVA, UVB dan UVC, kesemuanya mempunyai faedah-faedah tertentu dan turut mencetuskan bahaya tertentu. Meskipun UVC merupakan sejenis yang terbukti mempunyai faedah-faedah germisid paling banyak, termasuk membunuh bakteria dan menyahaktifkan virus, sebarang pendedahan UVC yang tidak terkawal yang cukup kuat untuk membunuh kuman membawa risiko kepada manusia, haiwan peliharaan dan tumbuh-tumbuhan.

"Produk germisid UVC tidak terkawal yang digunakan dalam persekitaran penjagaan kesihatan mempunyai faedah-faedah bagi membantu mengekang penularan COVID-19. Walau bagaimanapun, tidak seperti produk yang dipasarkan kepada pengguna, ia digunakan oleh golongan profesional terlatih yang telah menjalani latihan keselamatan yang sesuai dan menggunakan peralatan perlindungan diri yang betul bagi mengambil langkah berjaga-jaga terhadap pendedahan UVC yang berlebihan," kata Terry K. McGowan, pengarah, Kejuruteraan dan Teknologi, American Lighting Association.

"Sebagai persatuan perdagangan industri lampu kediaman yang terkemuka, menjadi tugas kami untuk menggalakkan penggunaan produk lampu yang sesuai dan selamat, di samping menyampaikan maklumat kepada ahli-ahli kami serta orang awam mengenai risiko-risiko keselamatan lampu. Dengan berkolaborasi untuk kertas kedudukan UVC bersama pakar keselamatan UL dan NEMA, ALA ingin membantu menyampaikan maklumat kepada industri lampu mengenai kepentingan membangunkan dan memasarkan produk yang boleh dikendalikan dengan selamat tanpa membawa risiko kepada kesihatan manusia," kata McGowan.

"Kami tahu bahawa UVC merupakan cara yang terbukti untuk membantu menghapuskan bakteria dan virus berbahaya dalam air, udara dan pada permukaan. Sungguhpun begitu, ketika berlakunya COVID-19, kami bimbang dengan pertumbuhan pesat peranti pembasmian kuman UVC yang dijual dengan ciri-ciri keselamatan yang tidak pasti dan arahan operasi yang tidak lengkap," kata Karen Willis, pengarah industri, Sistem Lampu, National Electrical Manufacturers Association.

"Mewujudkan dan mengekalkan keselamatan peranti UVC merupakan satu keutamaan untuk NEMA dan seluruh industri lampu dalam semua sektor, termasuk aplikasi pengguna, komersial dan penjagaan kesihatan. Kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada usaha pendidikan yang penting ini," kata Willis.

Kertas kedudukan "Ultraviolet-C (UVC) Germicidal Devices: What Consumers Need to Know" ("Peranti Germisid Ultralembayung-C (UVC): Apa Yang Perlu Diketahui Oleh Pengguna"), carta terperinci mengenai produk UVC untuk komponen pengguna, komersial, penjagaan kesihatan dan peranti germisid UVC serta maklumat mengenai laluan bagi mendapatkan perakuan boleh ditemui di UL.com/uvlighting.

Latar Belakang UL
UL membantu mewujudkan dunia yang lebih baik dengan mengaplikasikan sains bagi menangani cabaran keselamatan, sekuriti dan kelestarian. Kami memperkasa kepercayaan dengan mendayakan penerimaan selamat produk dan teknologi baharu yang inovatif. Setiap orang di UL berkongsi minat yang sama untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih selamat. Kesemua usaha kami, bermula daripada penyelidikan bebas dan pembangunan standard, kepada pengujian dan perakuan, untuk menyediakan penyelesaian analitik dan digital, membantu meningkatkan kesejahteraan global. Perniagaan, industri, kerajaan, pihak berkuasa kawal selia dan orang awam meletakkan kepercayaan mereka ke atas kami agar mereka dapat membuat keputusan yang lebih bijak. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi UL.com. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti kami yang bukan berasaskan keuntungan, kunjungi UL.org

Hubungan Akhbar:
Steven Brewster
UL
steven.brewster@ul.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/325015/ul_enterprise_logo.jpg?p=medium600

Source: UL
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electrical Utilities Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements Public Safety