omniture

Royal Canadian Mint Iktiraf Ulang Tahun ke-150 Wilayah-wilayah Barat Laut menerusi Rangkaian Syiling Pengumpul Terbaharunya

Royal Canadian Mint (RCM)
2020-08-06 19:11 693

Syiling perak yang mengilustrasikan pelbagai budaya Penduduk Asli Wilayah-wilayah Barat Laut yang direka oleh artis Inuvialuk Myrna Pokiak

OTTAWA, 6 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Berpegang teguh pada komitmennya untuk meraikan sejarah, budaya dan nilai Kanada, Royal Canadian Mint mengeluarkan syiling pengumpul bagi memperingati ulang tahun ke-150 penubuhan Wilayah-wilayah Barat Laut. Direka bentuk oleh artis Inuvialuk Myrna Pokiak, kepingan sejarah ini juga merupakan satu penghormatan kepada pelbagai budaya Penduduk Asli yang telah membentuk semangat dan identiti bahagian Kanada yang istimewa ini.

Logo: Royal Canadian Mint
Logo: Royal Canadian Mint

Landskap yang diilustrasikan pada syiling ini menampilkan 11 pisau tradisional ulu, mewakili penduduk Inuvialuit serta setiap bahasa rasmi Wilayah berkenaan. Ia turut memaparkan tipi Dene dan selapang Métis yang mengalir seakan-akan sungai melintasi syiling ini. Karya seni perak tulen 2 auns ini, berserta beberapa hasil ciptaan numismatik lain, tersedia untuk ditempah mulai hari ini.

Mint turut mendedahkan satu lagi pencapaian sulung teknologi, dengan trio syiling emas dan perak bersadur rodium hitam dwitempa bagi meraikan reka bentuk belakang ikonik syiling bulion Daun Mapel terkenalnya. Dikelilingi oleh kemasan berwarna hitam matt dengan saduran rodium, daun mapel gula pada bahagian tengah reka bentuk ini bersinar dengan kilauan luar biasa pada syiling emas tulen 1 auns, serta syiling perak tulen 1 auns dan 3 auns.

Produk-produk lain yang disediakan untuk tempahan pada bulan ini termasuk:

  • Syiling Perak Halus $50 2020 - Real Shapes - The Coat of Arms;
  • Syiling Perak Halus $30 2020 - Imposing Icons – Moose, direka oleh artis Maurade Baynton; dan
  • Syiling Emas Tulen $2,500 2020 - Summertime Polar Bear oleh Robert Bateman.

Ekoran modifikasi operasi berkaitan pandemik, syiling Ulang Tahun ke-150 Wilayah-wilayah Barat Laut dan Summertime Polar Bear dijadualkan untuk dihantar pada 24 November 2020.

Tempaan, harga dan maklumat latar belakang penuh setiap produk boleh didapati di tab "Shop" di www.mint.ca. Imej duit syiling disediakan di sini.

Produk-produk ini boleh dipesan terus daripada Mint di 1-800-267-1871 di Kanada,
1-800-268-6468 di AS, atau di laman sesawang Mint. Ia juga boleh didapati di butik Winnipeg Mint.

Latar Belakang Royal Canadian Mint 

Royal Canadian Mint ialah syarikat milik Kedaulatan Kanada yang bertanggungjawab terhadap penempaan dan pengedaran duit syiling edaran Kanada. Mint diiktiraf sebagai salah sebuah kilang wang yang terbesar dan paling versatil di dunia, menawarkan pelbagai pilihan produk duit syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut mengenai Mint, produk dan juga perkhidmatannya, kunjungi www.mint.ca

Ikuti Mint di Twitter, Facebook dan Instagram.

HUBUNGI: Alex Reeves, Pengurus Kanan, Hal Ehwal Awam, Tel: (613) 884-6370, reeves@mint.ca

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1224504/royal_canadian_mint_the_royal_canadian_mint_recognizes_the_150th.jpg?p=medium600

Source: Royal Canadian Mint (RCM)
Related Stocks:
Toronto:MNT
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Household/Consumer/Cosmetics Native American