omniture

miR Scientific Umum Pengesahan Ujian Kanser Prostat Berasaskan Urin, Tidak Invasif Diterbitkan dalam Journal of Urology

miR Scientific, LLC
2020-08-11 14:12 902

- Data yang Disahkan Mengukuhkan Lagi Keupayaan untuk Mengesan dan Mencirikan Secara Molekul Kanser Prostat dengan Kepekaan dan Kekhususan Serentak Lebih 91%

- Data Menyokong Integrasi Sentinel Prostate Test™ dalam Persekitaran Penjagaan Pesakit dan Membuat Keputusan

- Penggunaan Berdasarkan Data yang Diterbitkan Menunjukkan Impak Tinggi untuk Meningkatkan Secara Meluas Hasil Pesakit dan Mengurangkan Intervensi yang Tidak Perlu dan Pembaziran

NEW YORK, 11 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- miR Scientific, LLC, sebuah syarikat rawatan kesihatan yang mana tujuannya adalah untuk mengubah pengurusan kanser dengan menyediakan pengesanan, pencirian dan pemantauan penyakit pada peringkat awal dan amat tepat, hari ini mengumumkan bahawa data pengesahan bagi Sentinel Prostate Test™, ujian kanser tidak invasif yang berasaskan urin diterbitkan dalam edisi September Journal of Urology. Data ini menunjukkan bahawa platform miR Scientific boleh mengesan bukti molekul kanser prostat dengan kepekaan 94% dan kekhususan 92%, yang diterjemahkan kepada AUC 0.98. Apabila kanser didiagnosis, ujian tersebut mengelaskan selanjutnya kanser tersebut sama ada berisiko rendah dengan kepekaan 93% dan kekhususan 90%, yang diterjemahkan kepada AUC 0.98, atau secara kritikal, sebagai berisiko tinggi dengan kepekaan 94% dan kekhususan 96%, yang diterjemahkan kepada AUC 0.99. Bahan penerbitan ini mengetengahkan keputusan ujian berdasarkan eksosom urinari yang diasingkan daripada spesimen tunggal bagi urin yang kerap dibuang. Beratus-ratus RNA bukan pengekodan kecil (sncRNA) yang dikeluarkan secara spesifik kemudiannya diselidik dalam platform berasaskan PCR masa sebenar dengan daya pemprosesan tinggi serta dianalisis dengan algoritma pengelasan proprietari.

Kanser prostat ialah kanser yang paling biasa berlaku, penyebab kedua yang utama bagi kematian akibat kanser dalam kalangan lelaki di Amerika Syarikat,i sumber utama ketaksamaan kesihatan,ii dan beban pesakit besar yang ditanggung oleh individu, keluarga mereka, sistem kesihatan yang tegang dan pembayar, termasuk daripada sumber awam, swasta dan berasaskan majikan. Hari ini, walaupun dengan dedikasi dan keupayaan pakar perubatan rawatan asas, pakar urologi dan pakar onkologi, pesakit menjalani terutamanya standard-penjagaan berdasarkan ujian PSA empat puluh tahun yang mengenal pasti sebilangan besar lelaki yang mengalami PSA yang tinggi, seraya berpotensi mengalami kanser prostat, walaupun biopsi seterusnya yang sangat invasif akan membuktikan mereka tidak mengalami kanser prostat. Walaupun terdapat perbezaan pada penggalan, ujian PSA biasanya gagal mengenal pasti penyakit yang agresifiii Ini merupakan kekurangan yang sangat ketara memandangkan pesakit hanya sedar mengenai penyakit kanser beliau pada peringkat lebih lanjut apabila risiko kematian dan kos rawatan adalah jauh lebih tinggi.

"miR Scientific berdedikasi untuk menyediakan kepada semua lelaki pada usia yang sesuai, terutamanya mereka yang disyaki menghidap kanser, teknologi yang disahkan dari segi kaedah, klinikal dan saintifik yang memberikan pengetahuan status molekul kanser prostat yang luar biasa tepat, tepat pada masanya dan boleh diambil tindakan daripada spesimen urin tunggal," kata Sam Salman, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif. "Platform perintis kami membolehkan kami untuk memperbaharui semula bagaimana keadaan yang perlu dilakukan untuk pesakit, pakar perubatan dan pemegang kepentingan rawatan kesihatan utama yang lain: ujian mandiri yang dapat mendekati seluruh komuniti daripada semua latar belakang kaum dan sosioekonomi dengan apa yang ditunjukkan dalam data Journal of Urology yang mempunyai kesan yang tidak dapat ditandingi terhadap hasil yang ditingkatkan secara komprehensif dengan mengoptimumkan penjagaan, mengurangkan kegelisahan, menghapuskan morbiditi yang dapat dielakkan dan memelihara kehidupan serta sumber kewangan dan tempat jagaan yang berharga.

Bahan penerbitan ini termasuk data prestasi mengenai kumpulan latihan dan pengesahan kawalan kes melibatkan 1,436 subjek yang terdiri daripada sampel retrospektif 613 pesakit dari University Health Network di GU BioBank Princess Margaret Hospital dan kohort dengan 823 subjek dari Albany Medical Center (AMC) dan SUNY Downstate Medical Center (DMC), yang mana sampel urin dikumpul sebelum biopsi dan dianalisis daripada peserta yang disyaki menghidap kanser prostat, sepanjang tempoh 2-tahun (2017 hingga 2019). Seperti mana yang dijelaskan dalam penerbitan tersebut, kumpulan ujian dan pengesahan dianalisis dengan jujukan sncRNA yang diperoleh daripada algoritma seleksi proprietari dalam fasa penemuan yang terdiri daripada sekumpulan 235 peserta daripada AMC dan DMC.

"Data pengesahan miR Scientific Sentinel Test™ dalam Journal of Urology menyumbang dengan signifikan terhadap keupayaan inovasi termaju yang disediakan kepada pakar perubatan. Saintis, penyelidik dan ahli biostatistik terlibat dalam penciptaan platform perintis ini memberi perhatian yang sangat teliti terhadap keperluan pakar perubatan yang mana tugasnya sentiasa memberi tumpuan untuk menghalang pada peluang yang seawal mungkin untuk memberi penjagaan yang menyelamatkan nyawa kepada pesakit yang menghidap penyakit agresif dan meningkatkan hasil serta kualiti hidup pesakit dengan penyakit indolen. Saya berbangga dapat menjadi antara kohort pakar perubatan utama yang akan menyokong integrasi ujian miR Scientific ke dalam standard dan amalan klinikal," kata James McKiernan, MD, Profesor Urologi John K. Lattimer dan kursi Jabatan Urologi College of Physicians and Surgeons serta ketua-pakar-urologi di NewYork-Presbyterian/Columbia.

Kesan berpotensi pengesanan dan pengelasan kanser prostat yang definitif dan tepat daripada ujian urin mandiri, boleh diskala dan tidak invasif adalah mendalam. Dengan satu ujian, pelbagai titik penting daripada perjalanan pesakit tradisional dan kesinambungan penjagaan boleh diubah menjadi hasil dan kualiti hidup yang lebih baik. Dari perspektif kesihatan populasi lelaki, data empirik dalam penerbitan Journal of Urology menyokong faedah-faedah yang boleh diukur dan berterusan untuk pemegang kepentingan utama apabila digunakan secara meluas. Mengaplikasikan data pada populasi yang sesuai dengan usia, dijangkakan bahawa hasil daripada keupayaan pengesanan awal ujian Sentinel miR Scientific, hasil rawatan pesakit akan bertambah baik, yang sering meminimumkan kos tunai-langsung. Begitu juga memandangkan kohort data penerbitan melibatkan populasi perwakilan yang terdapat dalam pelan kesihatan majikan yang besar, pekerja yang dilindungi daripada semua etnik dan latar belakang mempunyai pilihan untuk mendapat manfaat daripada penilaian risiko kanser prostat yang pantas, andal, tepat dan selamat yang didemonstrasikan oleh miR Scientific Sentinel Test serta pengurusan penyakit yang berterusan. Kekhususan dan kepekaan tinggi didemonstrasikan yang ditunjukkan dalam data yang menyokong kemungkinan penghindaran kos yang membazir dan kehilangan hari kerja yang sebaliknya berlaku apabila prosedur dan rawatan yang tidak diperlukan diberikan kepada pesakit. Seperti yang turut disokong oleh data, dengan keupayaan miR Scientific Sentinel Test™ untuk mengenal pasti pesakit berisiko tinggi daripada mereka yang tidak menghidap kanser prostat, atau yang mengalami penyakit indolen, hospital dan klinikal boleh mendapat manfaat dengan mengutamakan kapasiti dengan selamat dan bakat perubatan untuk mereka yang menghidap penyakit berisiko tinggi. Begitu juga dengan semua jenis pembayar yang cenderung untuk memproses tuntutan bayaran balik yang sedikit untuk prosedur yang tidak diperlukan dan morbiditi yang berkaitan, umpamanya dengan menjadikan pengawasan aktif sebagai pilihan yang lebih menarik dengan ujian tidak invasif dan mengurangkan kos dalam menyokong intervensi penyakit peringkat lewat.

Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Salman berkata bahawa, berdasarkan pengesahan yang berjaya bagi setiap satu daripada tiga unsur ujian Sentinel mandiri, miR Scientific kini telah mengambil langkah terakhir untuk menghasilkan Sentinel Prostate Test™ tunggal dan bersepadu sepenuhnya daripada pengumpulan spesimen urin yang mengelaskan dan memantau secara muktamad risiko subjek kepada satu daripada empat kumpulan: "Tiada Bukti Molekul Kanser Prostat" (NMEPC), atau, untuk pesakit dengan bukti molekul kanser prostat, kanser Risiko Rendah, Risiko Sederhana atau Risiko Tinggi.

Syarikat ini sedang bersiap sedia untuk pelancaran komersial berskala besar Sentinel Prostate Test™ sebagai Ujian Dibangunkan Makmal CLIA dan CLEP.

Latar Belakang Cerakinan Prostat Sentinel miR Scientific

Kertas kajian miR Scientific yang diterbitkan dalam Journal of Urology membuat rujukan kepada tiga ujian yang disahkan secara berasingan: Sentinel PCa Test™, yang menentukan sama ada terdapat bukti molekul kanser prostat; Sentinel CS Test,™ untuk mereka dengan Sentinel PCa Test™ positif (atau pengesahan diagnosis kanser yang lain), menentukan sama ada kanser tersebut berisiko rendah berbanding berisiko sederhana atau tinggi dan Sentinel HG Test™, untuk mereka dengan Sentinel PCa Test™ positif (atau pengesahan diagnosis kanser yang lain), mengenal pasti pesakit dengan kanser bergred tinggi, berisiko tinggi. Berasaskan pengesahan tiga ujian secara langsung dalam kohort Journal of Urology besar yang dirujuk, miR Scientific menghasilkan ujian tunggal yang mengintegrasikan empat hasil yang boleh ditunjukkan berdasarkan spesimen urin tunggal. Kepekaan dan kekhususan luar biasa ujian Sentinel membolehkannya digunakan secara tidak invasif untuk memeriksa, mendiagnosis, memprognosis dan memantau pesakit yang menghidap kanser prostat tanpa sebarang ujian tambahan atau input analitik yang lain seperti PSA tertentu, DRE atau nilai lain.

Latar Belakang miR Scientific

miR Scientific, LLC ialah sebuah syarikat rawatan kesihatan yang mana tujuannya adalah untuk mengubah pengurusan kanser dengan menyediakan pengesanan, pencirian dan pemantauan penyakit peringkat awal dan amat tepat. Pasukan kami membangunkan miR Scientific Disease Management Platform™, yang merangkumi ujian urin biopsi cecair proprietari, tidak invasif dan amat tepat bagi tujuan pengesanan, pengelasan dan pemantauan kanser urologi. miR Scientific ialah subsidiari operasi milik majoriti Impact NRS LLC, beribu pejabat di New York dengan subsidiari-subsidiari operasinya terletak di Israel, Kanada dan Puerto Rico.

i https://www.cancer.gov/types/prostate 
ii Hoffman et al., 2001; Penner et al., 2012; DeSantis et al., 2016, 2019.
iii Joseph Presti, Jr. et al., Changes in Prostate Cancer Presentation Following the 2012 USPSTF Screening Statement: Observational Study in a Multispecialty Group Practice¸ 35(5) J. Gen. Intern. Med. 1368 (Disember 2019).

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/701096/miR_Scientific_Logo.jpg?p=medium600  

Source: miR Scientific, LLC
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Publishing/Information Service Clinical Trials/Medical Discoveries Hispanic-oriented news