omniture

Pelayan FusionServer Pro 2488H V6 Huawei Lepasi Pensijilan Perkakasan SAP HANA

Huawei
2020-09-08 16:53 552

SHENZHEN, China, 8 September 2020 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, pelayan FusionServer Pro 2488H V6 terkini daripada Huawei telah melepasi ujian pensijilan ICC SAP dan memperoleh Pensijilan Perkakasan SAP HANA. Ia disenaraikan dalam senarai pensijilan produk bersepadu SAP yang terkini.

Pensijilan ini memperkayakan lagi pendayaan ekosistem SAP dan memberi peluang perniagaan yang baharu baik untuk pelanggan mahupun rakan ekosistem.

Keputusan pensijilan perkakasan FusionServer Pro 2488H V6 SAP HANA Huawei
Keputusan pensijilan perkakasan FusionServer Pro 2488H V6 SAP HANA Huawei

Sejak pemeteraian perkongsian kerjasama teknikal global pada tahun 2012, Huawei dan SAP komited untuk menggabungkan kekuatan mereka. Keupayaan perisian SAP dan keupayaan infrastruktur Huawei bersama-sama menyediakan penyelesaian yang cekap dan andal untuk pasaran perusahaan dan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi demi transformasi digital pelanggan global. Pusat Penerimaan Rakan Kongsi SAP memudahkan jalinan kerjasama yang strategik antara kedua-dua pihak, mendorong proses inovasi bersama bagi menghasilkan perkhidmatan sehenti buat pelanggan dan rakan kongsi.

Keputusan pensijilan perkakasan SAP HANA bagi FusionServer Pro 2488H V6 Huawei boleh didapati di laman sesawang rasmi SAP: https://www.sap.com/dmc/exp/2014-09-02-hana-hardware/enEN/appliances.html?textsearch=2488H+V6#categories=certified&search=2488H%20V6&recordid=2352

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200907/2909647-1?lang=0

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications