KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 September 2020 /PRNewswire/ -- AnyMind Group, sebuah syarikat teknologi dalam industri pemasaran, hiburan, HR dan terus-ke-pengguna, melalui jenama pemasaran pempengaruhnya, CastingAsia, bersama-sama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), mengumumkan 10 pemenang Cabaran TikTok #YoungCreators yang diadakan bersempena dengan Gerakan #SayaDigital MDEC.
Selain daripada memenangi hadiah bernilai sehingga RM60,000, pemenang akan mengikuti program yang ditawarkan oleh CastingAsia yang merangkumi latihan dan sumber untuk melengkapi mereka dengan keupayaan untuk membangunkan lagi kehadiran digital mereka pada platform media sosial seperti TikTok, YouTube, Instagram dan Facebook.
Lima peserta yang menunjukkan prestasi terbaik juga akan mengikuti program selama enam bulan lagi, yang mana AnyMind Group akan memanfaatkan sumber selanjutnya termasuk sumber penerbitan kandungan daripada CastingAsia Creators Network dan AnyMind D2C for Influencers untuk membolehkan pemenang mengkonsepsikan, mencipta dan melahirkan jenama dan barangan mereka sendiri.
Pemenang-pemenang bertuah ialah:
"Inisiatif #YoungCreators ialah satu usaha kolaboratif awam-swasta yang bertujuan untuk menggalakkan kemahiran digital dalam kalangan belia untuk menonjolkan daya kreativiti mereka dan membangunkan perangkuman bagi melahirkan rakyat Malaysia berkemahiran digital. MDEC gembira dapat melihat pencipta Malaysia muda ini menginovasi kandungan yang menginspirasikan dan kami berharap agar pada suatu ketika mereka akan dapat menukarkan daya kreativiti mereka menjadi peluang untuk mendapatkan mata pencarian atau meningkatkan kemahiran kebolehgajian mereka. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kongsi dan mengucapkan tahniah kepada pemenang Cabaran TikTok #YoungCreators," kata Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Pn Surina Shukri.
Lee Chin Chuan, Pengurus Negara Malaysia, AnyMind Group, berkata: "MDEC berhadapan dengan dorongan yang kuat ke arah memajukan ekonomi digital dan ia juga merupakan sesuatu yang amat kami hargai di AnyMind Group. Kami berusaha untuk memperkasa bakat yang hebat ini dengan menyingkirkan sempadan mereka untuk menjadi pencipta digital yang luar biasa dan membolehkan mereka menjadi inspirasi buat keluarga, rakan taulan, pengikut dan sesama rakyat Malaysia."
Latar Belakang AnyMind Group
Ditubuhkan pada April 2016, AnyMind Group ialah sebuah syarikat teknologi yang beroperasi dalam industri pemasaran, hiburan, HR dan D2C. Setakat ini, AnyMind Group telah mengumpul jumlah dana sebanyak US$62.3 juta, daripada pelabur-pelabur termasuk (tetapi tidak terhad kepada) LINE, Mirai Creation Fund, VGI, Japan Post Capital dan JAFCO Asia. AnyMind Group mempunyai lebih 750 kakitangan merentas 17 pejabat dalam 13 pasaran termasuk Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Kemboja, Malaysia, Filipina, Hong Kong, Taiwan, Tanah Besar China, Jepun, India dan Emiriah Arab Bersatu.
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200511/2800056-1LOGO?lang=0