omniture

Hari Pertolongan Cemas Sedunia 2020: XCMG Dedah Kenderaan Kecemasan dan Penyelamat Kebakaran Pertamanya

XCMG
2020-09-14 10:26 377

XUZHOU, China, 14 September 2020 /PRNewswire/ -- XCMG( SZ:000425) telah menghantar empat kenderaan kecemasan dan penyelamat kebakaran berbilang fungsi ke Golmud, Daerah Qinghai seminggu lalu, kenderaan tindakan kecemasan yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan XCMG membuka lembaran baharu untuk kegunaan komersial penyelesaian penyelamatan kecemasan.

World First Aid Day 2020: XCMG Unveils Its First Emergency and Fire Rescue Vehicles.
World First Aid Day 2020: XCMG Unveils Its First Emergency and Fire Rescue Vehicles.

Sejak tahun 2016, XCMG telah membuat pembangunan, penggunaan dan promosi kenderaan kebakaran dan penyelamatan kecemasan sebagai keutamaan. Turut serta dalam projek-projek utama negara untuk menyelidik teori asas, teknologi teras dan reka bentuk peralatan, XCMG telah berjaya merintis dalam meningkatkan pengendalian yang lemah, kecekapan yang rendah dan batasan fungsi tunggal peralatan penyelamatan kecemasan untuk meningkatkan keupayaan keselamatan awam China.

Sejumlah 10 kenderaan penyelamat kecemasan dihantar ke enam pangkalan demonstrasi. Empat kenderaan yang dalam perjalanan ke Golmud ialah kereta bomba kecemasan JY18 dan JY20, trak peralatan pemadam kebakaran QC700 dan kenderaan penyelamatan JY10.

  • JY18 ialah kenderaan serba boleh yang dilengkapi dengan cesi duo-bridge yang sangat mudah dikendali di semua bentuk muka bumi yang dibangunkan sendiri oleh XCMG dan disesuaikan untuk penyelamatan kecemasan dari bencana alam semulajadi yang termasuk gempa bumi, tanah runtuh, banjir dan banjir lumpur.
  • JY10 ialah model mantap yang direka untuk pengangkutan penyimpanan peralatan dan dilengkapi untuk menangani kebocoran kimia yang merbahaya dengan pasir kering sebagai agen pemadam.
  • QC700 boleh membawa lebih daripada 700 keping peralatan penyelamat dari 120 kategori.

"Reka bentuk dan pengeluaran peralatan industri keselamatan sentiasa menjadi sebahagian daripada strategi dan misi yang dipikul XCMG sebagai tanggungjawab sosial. Industri keselamatan ialah asas dan penting kepada pembangunan ekonomi, dan XCMG berkongsi pengetahuan secara aktif melalui pembelajaran bersama, yang merangkumi mengadakan latihan penyelamatan kebakaran dan menetapkan piawaian industri," kata Wang Min, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif XCMG dan Presiden Persatuan Industri Keselamatan China.

XCMG komited untuk menyediakan bantuan dan sokongan penyelamatan kecemasan dan telah turut serta dalam projek-projek bantuan menyelamat dan bencana utama di seluruh dunia, yang termasuk bencana empangan di Brumadinho, Brazil tahun lalu serta gempa bumi dan misi penyelamatan banjir di China.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah syarikat pengeluar jentera berat multinasional dengan sejarah selama 77 tahun. Ia kini berada di kedudukan keempat dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat ini mengeksport ke lebih daripada 187 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.xcmg.com, atau laman XCMG di FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200911/2914466-1?lang=0

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation New products/services Public Safety