omniture

Huawei dan Intel Bersama-sama Lancar Pelayan Pintar FusionServer Pro V6 Generasi Seterusnya

Huawei
2020-09-24 09:44 427

SHANGHAI, Sept. 24, 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, upacara Pelancaran Working Together to Drive New Value (Bekerja Bersama Dorong Nilai Baharu) -- FusionServer Pro V6 yang diadakan oleh Huawei disiarkan secara langsung ke seluruh dunia. Acara ini menyaksikan pelancaran rasmi Huawei FusionServer Pro 2488H V6, anggota terkini dalam keluarga produk FusionServer Pro. Ini merupakan produk pameran yang memaparkan kombinasi sempurna antara inovasi dan prestasi unggul. Ia dibina berdasarkan komitmen Huawei terhadap perkongsian industri untuk industri pengkomputeran yang sejahtera dan melambangkan langkah penting terhadap transformasi digital yang pesat untuk industri-industri.

Memperkasa Era Digital dengan Prestasi Tinggi 

Kenneth Zhang, Presiden Perniagaan FusionServer, Huawei, mengulas dengan panjang lebar mengenai bagaimana industri pengkomputeran perlu menggabungkan kuasa dan kepadatan pengkomputeran nod tunggal yang lebih tinggi dengan O&M pintar, bagi menangani cabaran semasa. "Peningkatan prestasi pelayan pada peringkat sistem," kata Kenneth, "berserta penggunaan pusat data berkepadatan tinggi dan O&M pintar, penting demi pembangunan industri pengkomputeran."

Pelancaran FusionServer Pro 2488H V6
Pelancaran FusionServer Pro 2488H V6

Pelayan pintar Huawei FusionServer Pro beroperasi dengan seni bina x86 bagi meneroka pengkomputeran am dan heterogen yang berkuasa. FusionServer Pro 2488H V6 generasi seterusnya menempatkan empat pemproses Boleh Skala Intel® Xeon® Generasi ke-3 dalam ruang 2U, dengan 48 DDR4 DIMM dan 11 slot PCIe untuk storan setempat. Pelayan pintar ini dilengkapi dengan modul latihan dan inferens AI terkini bagi menyerlahkan kuasa pengkomputeran sehingga 560 TFLOPS pada nod tunggal.

Intel ialah salah satu rakan kongsi global Huawei yang paling penting, menghadiri upacara pelancaran FusionServer Pro 2488H V6, yang mana ia mendemonstrasikan produk pusat data Intel yang terkini. Produk ini ialah pemproses Boleh Skala Intel® Xeon® Generasi ke-3. Ia menyediakan pemecutan AI dan membawa prestasi AI terbenam ke tahap seterusnya dengan Intel® Deep Learning Boost (Intel® DL Boost) yang menyokong format bfloat 16. Produk generasi baharu ini memberi prestasi inferens 1.9 kali ganda lebih tinggi berbanding pendahulunya. Intel menawarkan teknologi memori dalam bentuk memori berterusan Intel® Optane™ (PMem) 200 siri bagi menyokong analitik data raya masa sebenar. Beroperasi dengan konfigurasi pemproses Intel generasi seterusnya yang tiada tandingan, Huawei FusionServer Pro 2488H V6 memberi prestasi lebih tinggi dan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan.

Memajukan Ekosistem dengan Kolaborasi Erat 

Ekosistem yang berkembang maju menyokong pembangunan teknologi dan produk dari bawah. Ini menjelaskan mengapa Huawei terus membangunkan ekosistem dan menyokong kolaborasi demi kebaikan bersama. Kenneth Zhang menyatakan bahawa jalinan kerjasama dengan Intel serta rakan-rakan kongsi global yang lain, Huawei telah membina portfolio luas produk dan penyelesaian pelayan pintar FusionServer Pro. "Hasil daripada usaha bersepadu kami, ekosistem kolaboratif FusionServer Pro telah berkembang maju," kata Kenneth.

Satu lagi set penyelesaian bersama yang pelbagai ialah penyelesaian Huawei SAP HANA. Penyelesaian bersama ini terdiri daripada penyelesaian nod tunggal, kluster dan TDI serta mempunyai penskalaan yang berprestasi tinggi, berkeandalan tinggi dan lancar. Penyelesaian bersama ini dikuasakan oleh siri Huawei FusionServer Pro, yang membolehkan perusahaan mempercepatkan perkhidmatan kritikal mereka, seperti perancangan sumber perusahaan (ERP) dan gudang data serta menganalisis data utama dengan pantas bagi memanfaatkan nilai data besar-besaran dengan cekap.

Seorang lagi penceramah di acara tersebut ialah Li Peisong, Ketua SAP Partner Adoption Center (SAP PAC) China, rakan kongsi penting Huawei. Menurut pandangan beliau, hasil daripada kolaborasi teknikal yang erat antara SAP PAC dan Huawei, produk-produk bersama ini dapat mencapai prestasi yang tinggi dan berperanan sebagai platform IT yang mematuhi sepenuhnya spesifikasi teknikal SAP.

Siri Huawei FusionServer Pro dipandang tinggi oleh rakan-rakan kongsi industri lain di acara tersebut. Leon Wang, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Automated Systems Holdings Limited (ASL), penyedia penyelesaian global yang tersenarai pada Papan Utama Hong Kong, menyampaikan manfaat produk pelayan pintar Huawei FusionServer Pro. Bagi Leon, ASL akan bekerjasama dengan Huawei bagi mendorong perniagaan mereka ke tahap baharu dan bersama-sama mencipta nilai baharu.

Teknologi 5G, AI dan awan baharu menjadikan transformasi digital suatu yang dapat dicapai. Namun demikian, ia semestinya membawa cabaran tertentu, seperti keperluan terhadap pengkomputeran yang pelbagai dalam setiap aspek masyarakat. Bagi mendepani cabaran ini, Huawei akan bekerjasama dengan Intel dan rakan-rakan kongsi global yang lain untuk memenuhi komitmen terhadap sistem bekalan pelbagai global dan mendorong industri serta ekosistem pengkomputeran. Kami akan bersama-sama menawarkan produk dan penyelesaian pelayan pintar FusionServer Pro premium untuk pelanggan, menyediakan prestasi yang tiada tandingan serta ekosistem makmur yang dapat membantu industri-industri beralih kepada digital.

HUAWEI CONNECT 2020 ialah acara utama tahunan yang dianjurkan oleh Huawei untuk industri ICT global dan diadakan di Shanghai mulai 23 hingga 26 September 2020. HUAWEI CONNECT ialah platform terbuka yang diwujudkan untuk membantu pelanggan dan rakan kongsi kami menavigasi perubahan ini, berkongsi pengalaman dan bekerjasama bagi mencipta nilai baharu. Di acara tahun ini, kami akan meneroka trend dan peluang dalam pendigitan industri; mempamerkan teknologi, produk dan penyelesaian ICT termaju; memberikan anda pandangan orang dalam terhadap hasil inovasi bersama; dan berkongsi amalan terbaik dalam transformasi digital. Matlamat utama kami adalah untuk membina ekosistem industri yang terbuka dan kukuh yang akan memberi manfaat kepada semua pemegang kepentingan dan mencipta nilai baharu untuk semua industri. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:
https://www.huawei.com/en/events/huaweiconnect2020/

Latar Belakang Huawei 

Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Kami mempunyai lebih daripada 194,000 kakitangan dan kami beroperasi di lebih 170 negara dan wilayah, menawarkan perkhidmatan kepada lebih tiga bilion orang di seluruh dunia.

Visi dan misi kami adalah untuk membawa fungsi digital kepada setiap orang, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan mendorong sambungan merata dan mempromosikan akses yang sama rata ke rangkaian; membawa infrastruktur awan dan kecerdasan buatan ke semua empat pelosok dunia bagi menyediakan kuasa pengkomputeran unggul di mana anda memerlukannya, apabila anda memerlukannya; membina platform digital bagi membantu semua industri dan organisasi menjadi lebih tangkas, cekap dan dinamik; menakrifkan semula pengalaman pengguna dengan AI, lalu menjadikannya lebih diperibadikan buat orang ramai dalam segenap aspek kehidupan mereka, sama ada mereka berada di rumah, pejabat atau semasa bergerak.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei 
http://www.twitter.com/Huawei
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.google.com/+Huawei
http://www.youtube.com/Huawei

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200923/2924682-1?lang=0

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications New products/services